Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Monday, April 20, 2009

Pesta buku PWTC: Novel baru Creative dan alaf 21




Dua novel baru dari CESB
Terlanjur Mencintaimu Penulis: Aide SuradiTerbitan Creative Enterprise Sdn. Bhd2009
"Cinta tidak semestinya bersatu"
----------------------
Masih Ada Cinta Penulis: Haslinda IsmailTerbitan Creative Enterprise Sdn. Bhd2009
"Sang bayu sampaikan salam rinduku padanya"
-------------------





Dua novel baru dari Alaf 21
Sungguh Aku Cinta Penulis: Anis AyuniTerbitan Alaf 21 Sdn. Bhd2009RM19.90512 mukasurat
"Walau ke mana kau pergi, dirimu sentiasa hadir di hati ini"
sinopsis belakang buku:
TIDAK pernah terlintas di fikiran Maira yang janji setia Azhan terhadapnya akan sirna. Sehabis daya Maira memujuk, tetapi lelaki itu tetap mahu menikahi Sofia. Dia ditinggalkan mengutip serpihan harapan yang sudah berkecai.
Maira bangkit mendepani takdir. Bukan serik untuk bercinta lagi, tetapi salam kasih Fajar dibiarkan sepi. Namun, kesungguhan lelaki itu mendamba cinta, perlahan-lahan melarutkan kedukaannya.
Azhan muncul kembali merayu cinta Maira. Dijaja rasa hati yang tidak bahagia untuk meraih simpati, sedangkan bagi Maira, kasih yang sudah terputus takkan ada sambungnya lagi.
Sekali lagi ketabahan Maira diuji apabila Fajar dipaksa membuat pilihan oleh ibunya. Maira pasrah pada takdir ILAHI. Dia menerima hakikat bahawa hidup ini bukan semata-mata kerana cinta...
------------------


Tajuk: Tiada Yang Kedua
Penulis: Sania Yasmin
Terbitan Alaf 21 sdn bhd
2009
"AKhirnya kusedari tiada yang seindah peribadimu"
----------------------
keempat empat buku ni sudah boleh dibeli di pesta buku antara bangsa kuala lumpur. Dengar2nya minggu depan buku baru dari Norzailina Nordin dan Buku terbaru dari Aleya Aneesa akan turut berada di Pesta Buku Antarabangsa kuala lumpur.
Jumpa di sana ya? penulis2nya pun ada di sana :)
sure fine whatever
rinn

Sekitar Hari Pertama Pesta Buku Antarabangsa KL 2009




























































































Tuesday, April 14, 2009

Jadual Penulis Creative di Pesta Buku PWTC 2009


JADUAL PENULIS CREATIVE DI PESTA BUKU ANTARA BANGSA KUALA LUMPUR



17 April 2009
Ahadiat Akashah
Najwa Aiman
Ujang
Imuda



18 April 2009

Ahadiat Akashah
Najwa Aiman
Ujang
Imuda



19 April 2009
Ahadiat Akashah
Najwa Aiman
Ujang
Imuda



20 April 2009
Aidie Suradi(pagi)
Ana Wenta (petang)


21 April 2009 Ana Wenta


22 April 2009 Haslina Ismail


23 April 2009 Siti Hazneza


24 April 2009
Aidie Suradi
Diya Elora (petang shj)


25 April 2009
Ahadiat Akashah
Ujang
Imuda
Diya Elora (petang shj)


26 April 2009
Rosliza Razali
Ujang
Imuda



Lain2 Kartunis, Novelis, Artis yang akan menemani anda:

Jaafar Taib
Ramzahurin
Nud’s
One

Jadual Penulis Alaf di Pesta Buku PWTC 2009




Tadi sempat ronda2 kat website alaf 21 dan ini jadual penulis2nya :)




lagi la excited nak pegi hehe.



JADUAL PENULIS ALAF
17HB (JUMAAT)
1. LIZA ZAHIRA
2. DURRA FATIHA
3. HEZZY AZRA


18HB (SABTU)
1. RAMLEE AWANG MURSHID
2. ANIS AYUNI
3. SERUNAI FAQIR
4. EYMAN HYKAL


19HB (AHAD)
1. RAMLEE AWANG MURSHID
2. ANIS AYUNI
3. HASREEYATI RAMLI
4. USTAZ MASZLEE MALIK
5. EYMAN HYKAL


20HB (ISNIN)
1. HASREEYATI RAMLI
2. DURRA FATIHA


21HB (SELASA)
1. DURRA FATIHA


22HB (RABU)
1. DURRA FATIHA


23HB (KHAMIS)
1. Dr HM Tuah Iskandar
(10.00 – 11.00 pagi)


24HB (JUMAAT)
1. RANIA FIRDAUS
2. HEZZY AZRA
3. ROZITA ABDUL WAHAB
4. LEEYA MYRA
5. SANIA YASMIN


25HB (SABTU)
1. RAMLEE AWANG MURSHID
2. ANIS AYUNI
3. LEEYA MYRA
4. LYNN DAYANA
5. FATIN NABILA
6. ALEYA ANESSA
7. AIMI HUSNA
8. EYMAN HYKAL


26HB (AHAD)
1. RAMLEE AWANG MURSHID
2. ANIS AYUNI
3. FATIN NABILA
4. INTAN ARDINA
5. LYNN DAYANA
6. ALEYA ANESSA
7. LEEYA MYRA
8. SANIA YASMIN
9. AIMI HUSNA
10. EYMAN HYKAL



Mini Forum Sai-Fai & Fantasi


Terima kasih kepada Saudara Khar atas makluman ini




Jemput hadir kepada semua kawan-kawan, terima kasih.

Sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, Sai-Fai.com dengan kerjasama Majlis Buku Kebangsaan akan melaksanakan program di atas berdasarkan maklumat berikut:

Tajuk : “Apresiasi Bakat Fiksyen Sains dan Fantasi Tempatan”

Tarikh : 19 April 2009 (Ahad)
Jam : 2.00 petang
Tempat : Dewan Kedah/Johor, Pusat Dagangan Dunia Putra, KL.

Ahli Panel :
Ahmad Patria Abdullah
Nisah Haji Haron
Nizam Zakaria
Azhar Abdullah

Moderator : Fadli Al-Akiti


Peminat sastera, khususnya Sai-Fai dipersilakan hadir.
Atur Cara
2:00 ptg Pameran bermula

3:00 ptg Forum bermula
Tajuk: “Apresiasi pengkarya fiksyen sains dan fantasi – Cabaran dan Masa depan”

5.00 ptg Sesi soal-jawab

5:30 ptg Forum berakhir

6:00 ptg Pameran berakhir

Saturday, April 11, 2009

Bila Dah Suka by Mimie Afinie


Antara novelis kesukaan saya :) novel2nya menarik dan menghiburkan :) kalau nak baca karya2 terbaiknya, dapatkan novel Masih Ada Rindu (Alaf) dan Kalau Ada Jodoh (KarnaDya). Pasti tidak menghampakan Insyallah. :)


Tajuk Novel: Bila Dah Suka


Penulis: Mimie Afinie


Cetakan Pertama: Tahun 2009



sinopsis belakang buku:



Kata orang, cinta pertama paling sukar untuk dilupakan. Kata orang lagi, bila kecewa dalam bercinta, kita memerlukan masa yang lama untuk sembuh. Benarkah begitu? Kalau benar, masakan dia senang sangat jatuh cinta dan senang pula melupakan?



Sebelum ini, sudah dua kali. Kini, hatinya terisi dengan nama lain pula. Mudah sungguh. Mungkin betul, dia memang jenis yang tidak boleh dibuat baik. Pantang orang buat baik sikit, senang sangat nak beri hati. Entahlah... Tapi apa sekalipun, dia yakin yang dia cintakan si dia. Cinta sungguh-sungguh.



‘BILA DAH SUKA’ membawa anda menyelami hati seorang gadis genit bernama Nurul Huda. Dia yang kecewa dengan perkahwinan insan yang dicintai membawa diri ke utara tanah air. Tetapi setiba di sana, sesuatu yang tidak diduga telah menimpa dirinya, lalu mengubah perjalanan hidupnya.



MIMIE AFINIE tampil sekali lagi dengan sebuah karya yang mampu ‘meringankan’ kepala anda dengan bahasa mudah dan bersahaja. Seperti biasa, ada unsur-unsur humor, suspens dan juga sedih. Moga terhibur...


Temui Penulis-penulis berikut di PWTC 2009



ni saya tempekkan jadual2 penulis-penulis yg bakal berada di pesta buku nanti. Kalau nak amik signatures tu boleh la angkut buku dari rumah ke tempat kejadian.. perghh yang nak beli pun nak, yang nak bawak lagi.. aduih.. dah la bahu ada dua jer.. hehe.
untuk maklumat lanjut, boleh lah berkunjung ke laman2 web rasmi penerbit seperti Fajar Pakeer, Jemari Seni, NB Kara, jendelaku dot com, PTS.
Alaf 21 pun belum release lagi jadual penulis2nya.. esok lah kot sbb minggu depan dah nak start.. jumaat ni first day. mintak2 la bos bagi cuti. hehe





PENULIS JEMARI SENIJadual kehadiran penulis di Pesta Buku (dikemaskini 3 April 2009)
17 April 2009(Jumaat)
pagi: * IMAEN * IMAN XARA
petang:
* SYUD * IMAN XARA
18 April 2009(Sabtu)
pagi: * PINGU TOHA * AIDIL KHALID * NAZURAH AISHAH * IMAEN
petang: * PINGU TOHA * AIDIL KHALID * NAZURAH AISHAH * SYUD
19 April 2009(Ahad)
pagi: * IMAN XARA * IMAEN * NAZAWATI * NAZURAH AISHAH
petang:
* IMAN XARA * IMAEN * NAZAWATI * SYUD
24 April 2009(Jumaat)
pagi: * SYUD * NAZAWATI * IMAEN * JOHN NORAFIZAN
petang:
* SYUD * NAZAWATI * IMAEN * JOHN NORAFIZAN
25 April 2009(Sabtu)
pagi: * JOHN NORAFIZAN * NAZURAH AISHAH * NAZAWATI * PINGU TOHA
petang:
* JOHN NORAFIZAN * NAZURAH AISHAH * SYUD * IMAN XARA
26 April 2009(Ahad)
pagi: * NAZURAH AISHAH * IMAEN * NAZAWATI * RYNSA
petang:
* JOHN NORAFIZAN * NAZURAH AISHAH * NAZAWATI * RYNSA

----------------------------
PENULIS FAJAR PAKEER
PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2009PWTC17-26 April 2009
Berkunjunglah ke Booth FP:3026, 3027, 3042 & 3043(Dewan Tun Razak 3)Sesi bertemu penulis FP:
18 April 2009- Cempaka Meerniz- Ebriza Aminnudin- Sofieza Isqandar- Suria Areesya- Mahizan Husain- Wannie Nordin
19 April 2009- Fateen Najwa- Dinaz Salsabila- Qaseh Qaisara- Ellise Gee- Eny Ryhanna- Romibaiduri Zahar
25 April 2009- Sarnia Yahya- Nor Rafishah Md. Hassan- Anita Aruszi- Umaira Dzul Widad- Siti Rozilah
26 April 2009- Rehal Nuharis- Hafirda Afiela- Ezi Afiza

-----------------
PENULIS NB KARA
17 April 2009pagi & petang:Norhayati BerahimLily Haslina NasirNora IsmailIejay Zakaria
18 April 2009Pagi & petang:Norhayati BerahimLily Haslina NasirNora IsmailZuliana AbuasZara AluwiSarnia Yahya
petang:Nurasikin Arsad
19 April 2009Pagi & Petang:Norhayati BerahimLily Haslina NasirNora IsmailZuliana AbuasZara AluwiSarnia YahyaNurasikin Arsad
Petang:Iejay Zakaria
20 april 2009 hingga 23 April 2009
Pagi & PetangNorhayati BerahimLily Haslina NasirNora Ismail
24 April 2009Pagi & PetangNorhayati BerahimLily Haslina NasirNora IsmailZara Aluwi
Pagi:Zuliana Abuas
25 April 2009Pagi & Petang:Norhayati BerahimLily Haslina NasirNora IsmailZuliana AbuasZara AluwiNurasikin Arsad

------------------------------------
bagi sesiapa yg nak jumpa Elly si mat rempit yg menjadi juara, dari buku yang dikarang Rose Harissa tu, boleh la berjumpa dan mendapatkan tandatangan beliau di booth PTS pada 24 April 2009 dari jam 3-4 ptg.

----------------------------------------
kusyi hirdan pun akan berada di pwtc pada 23 april 2009 dari jam 10-12 tengahari. booth mana tak sure lah pulak.

------------------------------------------
Lynn Dayana ada mention kat blog dia yg she will be there (booth alaf) pada 25 dan 26 April 2009.

----------------------------------------
setakat ni, info2 ni saja lah yg dpt. bleh cek kat website2 rasmi penerbit atau pun blogspot gengkicap :)

ha.. lagi satu.. jadual acara msa pesta buku nanti boleh cek kat link ni:
http://klbookfair.com/index.php/event09/

Thursday, April 9, 2009

Dari Mata Arisa TV2


Makin best pulak layan citer ni. walaupun tak dpat tengok kat tv, dpt jugak la tengok online :)


Novel Baru dan segar :)





























Ada sapa2 lagi nak cari novel2 baru? ni ha banyak lagi di pasaran :) memang penerbit belumba lumba nak kuarkan masa bulan april kot sempena pesta buku antara bangsa kat pwtc dari 17-26 April nanti. Tak sabar menunggu tarikh tu.




Wednesday, March 25, 2009

Jom Cari Novel Baru!

Banyaknya novel baru bulan mac dan akan datang bulan April! boleh la cari masa pesta buku.. pergghh senget la bahu galas beg.




































Sunday, March 15, 2009

Tukar Siaran Dari Mata Arisa?




Saya ada hantar emel kat rtm utk mintak tukar siaran Dari Mata Arisa sbb betul2 masa kerja saya yg busy pukul 11.30 - 12.30 tgh tu. kalau masa lunch break tu lain la kan. Saya dapat reply suruh tengok VOD secara streaming kat web rtm. well paham2 jer la kalau keja gomen, byk web yg kena block. macam mana lah nak tengok. lagi pun tak kan la nak curi masa kerja utk tengok. Lagi pun streaming video tu hanya siarkan episod yg latest jer, tak derpun episod2 yang sebelum2 tu.


so pada those yang nak mintak tukar siaran Dari Mata Arisa, please, please emel ke alamat2 emel di bawah, tak yah emel salah satu, send saja kat ketiga-tiga emel address tu utk minta tukar siaran ke lepas waktu pejabat la senang sikit, tak der la rasa bersalah kalau nak cilok2 tengok pun. haha.




kerjasama anda amat2 dihargai ;) hehe
sure fine whatever
rinn

Wednesday, March 4, 2009

Review 10: Belaian Jiwa by Eka Fahara


Belaian Jiwa
Penulis: Eka Fahara
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd
Cetakan pertama: Tahun 2007

"Ku tak jemu menanti mentari turun beradu tujuh hari seminggu asal kau di sisi ku"
Ganti diri aku dan penceritaan orang ketiga yang diguna berselang seli dalam perenggan dan bab yang sama membuatkan pembacaan terasa janggal tetapi tidak mengelirukan. Dua buku E.F sebelum ni membuat saya rasa detik2 menarik muncul di akhir2 cerita, tapi dalam Belaian Jiwa, perjalanan hidup Fizi & Eisya dalam cinta rahsia menarik utk diikuti. Bagi saya Fizi & Eisya ni lebih jiwang la :)
.

Biler ada mention iras wajah2 hero & heroin citer ni dgn Ary Wibowo dan Nasha Aziz, imaginasi saya agak terhad. Imaginasi tu! Apa2pun dua2 tu memang sama cantik dan sama padan ;)
Eisya dan Fizi saling jatuh cinta tetapi awal2 lagi Tengku Amnah sudah menentang kerana Eisya tidak tentu keturunannya dan sebatang kara. Fizi dan Eisya meneruskan cinta rahsia dan berkahwin dengan restu adik beradik Fizi.
.
Tengku Amnah tu memang control betul Fizi sbb takut terjebak dalam cinta Eisya. Sampai nak cakap di telefon dgn org yang kuar dgn Fizi. Aku pun penah jadi tukang konfirm betul ker tunangannya berada dengan aku dan bukan dgn org lain. Aduss kesian pulak kat budak tu.
.
Berita gembira kedatangan ahli baru dalam perkahwinan rahsia mereka dicemari pengumuman pertunangan Fizi dgn Dalila. Eisya kecewa dan Fizi termangu dgn pertunangan yg tidak diketahuinya itu. Ini memaksa Fizi utk mengumumkan perkahwinan mereka yg sudah melewati usia satu tahun. Fizi menerima kejutan lagi apabila Zahri, sahabat baiknya, mengenali Eisya dan kemesraan mereka membuatkan Fizi cemburu. Zahri pernah bercerita yg dia pernah ditinggalkan tunangnya semalam sebelum perkahwinan mereka. Adakah org itu Eisya? Makin sesak nafas Zahri.
.
Kehilangan kandungan Eisya memberi sedikit sentuhan duka dalam kisah ini namun restu Tengku Amnah adalah pelengkap ending kisah ini. A pleasant read :)
.
sure fine whatever
rinn

sinopsis belakang buku:
Indahnya cinta yg membelai jiwa tatkala kau berada di sisi. Manisnya madah bila dicita tatkala kau ucapkannya. namun, sering pula aku resah bila ada saja penghalangnya. Pedih dan sedih dihina hanya aku yg merasainya. Rasa sakit kerana dibohongi hanya aku yg mengerti. Terkapai-kapai kukelemasan utk merungkaikan suatu kejujuran. Hanya ALLAH yg tahu betapa parahnya aku menanggung. Maka, perlu lagikah aku merahsiakan gelodak hati ini?
.
Syed Danial Hafizi... di manakah harus kuletakkan harga diri ini bila Tengku Amnah mempersoalkan keikhlasan hatiku? Persoalan yg terus memburu dan mengacau damai kasih tika cinta suci kita telah kukuh tersemat di sanubari. Ah... aku tak sanggup menghadapi perpisahan ini.
.
Zahri... kasih sayangku terhadapmu hanyalah syg seorg adik terhadap abg. Aku tidak mahu meneruskan perkahwinan ini kerana aku belum bersedia ke arah itu. Walaupun pahit dan penuh duka, aku nekad menoktahkan hubungan ini. Maafkan aku...
.
Adim... sikap ambil beratmu membuatkan aku terharu. Bergetar jiwa ini bila panahan matamu menikam jantungku. Namun bila mendari siapa diri ini, rasa bersalah bercambah di hati.
.
Alisya rimas mendambakan cintanya. Antara 3 lelaki itu, yg manakah harus dia menyemai kasih? Di saat cinta bersemi, perhatian lelaki itu amat dinantikan. Lantaran, dia berasa damai menumpang teduh di bawah payung kasih yg menjadi hak mutlaknya.
.
RM19.90
503 mukasurat
ISBN: 978-983-124-313-8

Tuesday, February 24, 2009

2nd Hand Books For Sale







Harga adalah termasuk kos penghantaran.


Bayaran ke akaun maybank sahaja.


Jika berminat, sila emel kpd saya rinn.jay.you@gmail.com untuk urusan selanjutnya.



(P/S: pesanan berjaya adalah berdasarkan first come first serve, sapa cepat dia dapat dan bukannya berdasarkan bidaan tertinggi. Terima kasih)

Friday, January 16, 2009

Kuiz Teka Cover Novel-novel Akan Datang Jemari Seni


Sepuluh jawapan yang tepat akan menerima baucar untuk ditukarkan dengan DUA buah novel pilihan serta satu beg cenderahati. Sekiranya tiada yang meneka dengan tepat, jawapan yang paling hampir akan diambil kira. Sekiranya kami menerima lebih daripada 10 jawapan yang tepat, undian akan dibuat.

Hantarkan jawapan anda ke alamat e-mel jemariseni.kuiz@gmail.com
sebelum pukul 12 malam 24 Januari 2009 (Sabtu).

Nyatakan
1. Username
2. Nama penuh
3. Alamat surat-menyurat
4. Nombor telefon

Nama pemenang akan diumumkan di laman sesawang www.jemariseni.com pada hari Rabu 28 Januari 2009.

Syarat-syarat: 1. Terbuka kepada mereka yang berdaftar di laman sesawang http://www.jemariseni.com/ sahaja. 2. Penulis JS, ahli warga kerja JS dan keluarga mereka tidak dibenarkan menyertai kuiz ini. 3. Seorang peserta hanya boleh meneka sekali sahaja.

Thursday, January 1, 2009

Novel Paling Kerap diulang baca 2008


SELAMAT TAHUN BARU 2009!!


Sepanjang tahun 2008 banyak jugak novel2 yang dah aku ulang baca. Kadang2 mood utk membaca novel baru atau novel yang belum pernah aku baca hilang macam tu saja. So biasanya kalau dalam keadaan macam tu aku akan mencapai2 novel2 yang pernah aku baca dan aku rasa seronok so tht mood nak membaca tak terus hilang. sepanjang 2008 ni ada 15 buah buku yang paling kerap aku ulang baca. Biasanya aku target buku2 yang nipis sedikit dari biasa. tapi kadang2 tu capai gak buku2 tebal :) kebanyakannya novel2 jiwang yg sweet2 dan kelakar lah. hehe.


Ni stail top 10 ni... eh bukan top 15 ;) Ada buku baru ada jugak buku lama.




15. Zahrah de Tigris



14. Rindu Belum Berhenti



13. Ria Qistina



12. Masih ada Rindu



11. Jika Benar Cinta



10. Kopi susu sepatu biru



9. Pergilah Sepi



8. aA + bB




7. Percayalah...



6. Cinta Mekar Di Hati




5. Surat Ungu Untuk Nuha



4. Dengan Nama Cinta




3. Kebun Mimpi: Tas merah Jambu



2. Gurindam Jiwa: Schubert's Serenade




1. TENTANG... DHIYA


sure fine whatever
rinn

Tuesday, December 30, 2008

Arkib Promosi Jemari Seni

--------------------------------


posted 25/3/2009





--------------------------------------







posted 30/12/2008





wah macam teruja pulak tengok cover novel terbaru dari Jemari seni yg bakal terbit nih. dah siap pre order lagi! terima kasih kak yah ;)


Tajuk: Tanya Pada Hati
Penulis: Iman Xara
Penerbit: Jemari Seni Publishing
ISBN: 978-967-5118-14-2
Harga: RM20.00 (belian secara online di Web Jemari Seni RM18 shj mulai 10 Jan 2008)


blurb:


Kata orang jodoh pun kena dicari...
Kata orang jodoh tertulis sukar sudah untuk dialih...
Kata orang gadis yang menawan mudah saja menemui jodohnya...


Banyak betul kata orang. Inilah dilema seorang akauntan, Farisya Ibrahim. Kerjanya yang berdepan dengan angka-angka membuat dia terlupa pada ‘angkanya’ sendiri. Sedar-sedar umur sudah melangkah ke ambang 30-an!Lalu, kenapa pula dia harus berlengah waktu, bilamana pilihan sudah menunggu?



Farisya Ibrahim! Tidak pernah sekali pun dia pernah bercinta, apatah lagi untuk pernah putus cinta. Namun, kenapa pula hatinya sukar ditembusi? Sakit apakah ini? Apa yang menyukarkan dia memilih?


Dia bukannya tidak cantik dia bukannya tidak menarik dia gadis periang yang sangat disenangi!



Jadi, kenapa hatinya harus dibiarkan terkatup tertutup?

Tanyalah pada hati... lalu apa jawabnya hati?


-------------------
Tanya pada Hati, bukannya tulisan pertama IMAN XARA. Kematangan IMAN XARA terserlah pada keupayaannya membina watak utama yang mantap dalam novelnya ini.



-----------------------------






Tuesday, December 2, 2008

Arkib Promosi Kaki Novel




--------------------
















Tajuk Novel: Kuintai cinta di dalam rahsia
Penulis: qurratu'ain
Tahun: 2008
Penerbit: Kaki Novel
isbn: 9789675067143
harga: RM19.00
" cinta itu kulontar jauh dari hatiku, namun dalam diam cinta itu hadir tanpa kusedari. "
sinopsis belakang buku:
LOKE YEE-REN tidak pernah menjangkakan cinta itu miliknya. Kematian Iman Fakrulsy, sahabat yang disayangi membuatkan dirinya diselubungi dengan rasa sedih dan bersalah. Bayangan silam terus-menerus menghantui kisah hidupnya. Namun satu pertemuan yang tidak diduga telah mengganggu perjalanan hidupnya. Dia telah bertemu Iman Farhan yang wajahnya begitu mirip dengan Iman Fakrulsy. Wajah yang serupa, namun tingkah laku amat berbeza.

TINGKAH LAKU Iman Farhan agak kasar dan dia seorang yang berhati dingin. Persahabatan yang terjalin di antara Yee-Ren dan Iman Farhan terselit dengan agenda yang tersembunyi.

PUAN ELISHA, ibu Iman Fakrulsy tiba-tiba muncul kembali dalam kamus hidup Yee-Ren. Benci dan dendam Puan Elisha kepada Yee-Ren tidak pernah padam. Mana mungkin dia membiarkan gadis itu hidup dengan aman selagi dendamnya tidak dilunaskan.

Friday, November 28, 2008

Semalam Yang Berlalu by Julia Jazmine

Tajuk Novel: Semalam Yang Berlalu
Penulis: Julia Jazmine
Penerbit: Pekan Ilmu Publications Sdn. Bhd
Tahun: 2008
Harga: RM16.00
ISBN: 978-967-5106-24-8


"Dia berharap langkahnya itu akan meninggalkan semua kenangan semalam. Kenangan yang ingin dilupakan"


sinopsis belakang buku:


Afira berhijrah ke Kuala Lumpur setelah mendapat tawaran kerja di sana. Di KL, dia menumpang di rumah Hani, temannya semasa di universiti. Afira jatuh hati kepada Mohd Aidil merangkap bosnya tanpa menyedari lelaki itu adalah sepupu kepada teman serumahnya. Namun perasaannya itu dipendam kerana lelaki itu sudah pun bertunang.


Pertemuannya secara tidak langsung dengan Annuar telah berjaya mencuri hati Afira. Namun Afira tidak segera menerima apabila Annuar menyatakan niat hatinya utk memperisterikannya. Disangkakan panas hingga ke petang tetapi hujan di tengah hari. Hubungan mesra Annuar dengan Afira putus di tengah jalan disebabkan oleh satu kejadian ngeri yang menimpa diri Afira.


Berjayakah Annuar meyakinkan cinta sucinya hanya utk Afira? Dapatkah Mohd Aidil mencari punca mengapa Afira ingin berhenti menjadi setiausahanya? Percayakan Hani dengan pengakuan Afira mengenai apa yg menimpa dirinya? Bagaimana pula penerimaan Opah Milah terhadap cucunya itu...?



catatan di blog Pekan Ilmu Publications:


"Dia memandang ke langit. Cuaca mulai mendung, awan hitam hampir menyelubungi seluruh langit tetapi dia masih tetap berdiri di situ. Kereta sewanya dipandang. Dari tempat dia berdiri, dapat dilihat beberapa buah kotak tersusun rapi di bahagian tempat duduk belakang..."


Haruskah percintaan berakhir dengan tragedi? Apakah kematian akan mewajarkan segala perngorbanan yang telah dilakukan selama ini. Memang dalam hidup, bukan semua yang kita idamkan akan tercapai. Seringkali halangan yang mendatang, memusnahkan segala impian yang ingin dicapai. Afira dan nafasnya yang mengensot pergi dalam titis air mata dan pelukan kasih sukma yang didambakan selama ini.


Apakah yang sebenarnya berlaku? Dapatkan jawapannya di dalam novel 'Semalam Yang Berlalu' - garapan Julia Jazmine.


(untuk membeli novel ini secara online, sila ke blog http://mekmulong.blogspot.com/ atau emelkan ke mekmulong@gmail.com)

Wednesday, November 12, 2008

Arkib Promosi NB Kara


Tajuk: Chinta
Penulis: Norhayati Berahim
Terbitan NB Kara
Harga RM24.90-(Semenanjung) , RM27.90-(sabah sarawak)
isbn: 978 967 5229 02 2


"Rahsia itu dipendamnya sehingga menyakitkan dirinya sendiri"


Sinopsis:


Zahirnya dia lelaki yang sempurna ada gaya ada harta. Sedangkan tiada sesiapa yang tahu dia sebenarnya sedang menderita. Derita jiwa yang menghantui bertahun lalu lama. Kerana angkara si emak, lelaki yang bernama Raja Akid itu tidak pernah percaya pada cinta. Bahkan dendam yang berladung di hati tidak pernah dapat diusir dari diri. Dan sampai suatu saat, gadis yang bernama Chinta itu hadir. Raja Akid terperangkap antara kasihnya terhadap Chinta dan bencinya apda wanita.


Beranikah dia menghuraikan segala rahsia yang disimpan? Dapatkan dimiliki kasih Chinta?


Sebenarnya... hanya Raja Akid sahaja yang boleh menjawabnya...

(nantikan kemunculan novel ini Disember 2008)