Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Thursday, June 30, 2011

Review 438: Tak Mungkin Kuhindar by Ana Sofiya



Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan Fajar Pakeer
Editor: Norhafedah Jamiyil / Sari Masrul
Cetakan Pertama 2010
RM22.90
Sabah/Sarawak: RM25.90
9789673650149
628 mukasurat


"Kasihku, sayangku, cintaku tiada dua, namun mengapa hatimu penuh curiga?"

Kisah cinta mereka bermula dengan lakonan untuk menyelamatkan Maria/Lia dari gangguan Wan, bekas teman lelaki Maria. Hisyam kebetulan berada di situ lalu bermulalah lakonan mereka yang membawa kepada pertemuan demi pertemuan. Maria cuba untuk tidak mempedulikan Hisyam kerana dia masih kecewa dengan tindakan Wan yang mengahwini wanita lain.


Hisyam sudah lama berkawan dengan Salina tetapi dia tidak pernah ada perasaan kasih kepada Salina. Maria yang baru dikenali sudah mengajarnya erti rindu. Hisyam dengan sabar mengorat Maria. Huluran cintanya akhirnya bersambut tetapi keakraban mereka dicemburui Salina dan Wan. Fitnah Wan terhadap Maria sedikit sebanyak menimbulkan curiga di hati Hisyam sehingga dia hampir-hampir kehilangan Maria.


Maria mempunyai trauma perasaan terhadap lelaki bergelar bapa. Dosa bapanya tidak terampun baginya. Tindakan ibunya menerima bapanya semula telah mengguris perasaan. Kisah cabaran hidup rumahtangga Hisyam-Maria disulam kisah dilema seorg anak sama ada menerima semula bapanya yang dulunya seorg yang kejam.


Watak Salina yang hipokrit dan penuh kepura-puraan dilakarkan penulis dengan baik sekali sehingga membuat kita pun rasa geram dengannya. Watak Hisyam kelihatan sangat lemah berbanding watak Salina. Tindakan Hisyam kadang-kadang kelihatan seperti tidak logik juga. Dia lebih percayakan Salina, seorg perempuan yg mengakui menyintainya tetapi Hisham hanya mampu menerimanya sebagai sahabat, daripada isteri sendiri. Agak keterlaluan tindakan Hisyam.


Secara keseluruhannya kisah ini ada manisnya dan pastinya membuat kita tersenyum puas di hujung cerita :) Tak sangka Hisyam berjaya menjejak Maria sampai ke KULIM! Laaa naper tak singgah rumah den? haha.


Lepas baca buku ni terus rasa nak baca buku Ana Sofiya yang lagi satu :)


sure fine whatever
rinn




blurb/novelcinta@multiply/sinopsis


Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. dalam beci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.


Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda tersendiri.


Semakin hari semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.


Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

Review 437: Datang Dengan Indah by Sarnia Yahya




Datang Dengan Indah
Penulis : Sarnia Yahya
Editor: Eve Hawa / Sari Masrul
Terbitan Fajar Pakeer
RM20.90
Sabah/Sarawak: RM23.90
523 mukasurat
9789673650187


"Setelah berkurun menjemput rindu,
haruskah kumenunggu..."


Rasanya bukan kali pertama Sarnia memilih untuk melayarkan kisah cinta selepas kahwin. Kalau kisah adik yang mengganti kakaknya di pelamin, part yang paling aku tunggu adalah bagaimana penulis menangani scene kembalinya si kakak ke dalam hidup mereka.


Izzuddin hanya membilang jam untuk disatukan dengan kekasih hatinya Ruzana. Tetapi dia terpaksa menerima Ardini sebagai isteri kerana Ruzana telah lari dua hari sebelum hari pernikahan. Ardini menerima Izz yang dianggap seperti abang sendiri dan terpaksa melupakan kekasih hatinya, Farhan yg merancang untuk merisiknya sebelum melanjutkan pelajaran ke luar negara.


Kisah mereka bermula 5 tahun kemudian. Ardini dan Izz tinggal bersama ibu Izz. Ibu Izz memang sedia maklum mereka tidak tinggal sebilik, hanya berinteraksi seperti rakan serumah. Izz banyak melepaskan amarah jiwanya terhadap Ruzana kepada Dini. 5 tahun telah menyerlah Dini sebagai seorg yang jauh berbeza dari Ruzana yang memandang jenama dan kelas. Dini hidup dalam keadaan yang penuh kesederhanaan, malah ibu Izz amat menyayangi Dini. Izz keliru dengan perasaan sendiri apabila Dini menuntut janjinya 5 thn yang lalu. Dia pernah berjanji akan melepaskan Dini selepas Dini menamatkan pengajian. Namun tarikh itu telah berlalu 3 tahun yang lalu tetapi Dini masih lagi bergelar isterinya.


Farhan kembali dan membuat hidupnya rimas. Farhan tahu keadaan sebenar dirinya melalui Saodah, sahabat baik Dini. walaupun Dini banyak berahsia dgn keluarganya sendiri, Saodah menjadi tempat utk Dini meluahkan perasaan. Odah menyangka mungkin Farhan boleh membahagiakan Dini setelah dilepaskan Izz nanti. Dini memang rela dilepaskan dari ikatan perkahwinan itu, tetapi bukan untuk kembali kepada Farhan yg semakin mendesak.


Izz ditimpa kemalangan sehingga patah kakinya. Keadaannya itu membuat dia banyak memuhasabah diri dan rumah tangganya. Dini sabar melayan kerenahnya malah ketika di hospital, Dini yg banyak menemaninya. Izz cuba mencipta alasan utk melengah-lengahkan janjinya. Dia amat berterima kasih pada ibunya yang bijak memikat dan mengikat Dini dengan kata-kata dan janji baru. Izz menggunakan peluang itu utk mengambil hati Dini.


Interaksi Izz dan Dini memang ada chemistry yang tersendiri. Di saat bahagia sedang menyelubungi, Ruzana kembali dgn agenda utk merebut kembali Izz. Rupa2nya dia pergi dulu sebab cemburukan Izz yg sentiasa pernah memberi hadiah yg sama kepada Dini. Izz pada masa itu sekadar menjaga hati bakal adik iparnya tetapi segala-galanya disalahtafsir oleh Ruzana. Ruzana yakin dia adalah mangsa dan bukannya. Izz bertindak bodoh apabila membenarkan Ruzana tinggal di rumahnya sementara mencari rumah sewa. Tindakannya jelas telah melukakan hati ibunya sendiri, hati keluarga mertua dan paling luka adalah hati Dini. Sikap Izz terus membuat aku rasa letih baca buku ni. hehe. Dia sedang dilamun cinta dengan Dini tetapi kena mesti nak musnahkan kebahagian itu dengan membenarkan Ruzana masuk dalam hidup mereka? memang mencari nahas. Kalau Ruzana tu berpura-pura baik dan insaf, kot la Izz tertipu, tapi Ruzana jelas menunjukkan rasa tak puas hati terhadap Dini di hadapan Izz dan keluarganya sendiri. Tindakan Izz aku rasa tidak logic.


apa-apapun, kehadiran Ruzana memang merencahkan kisah ini dan membuat scene sedih menjadi lebih sedih cuma reason mengapa dia hadir dalam keluarga itu aku rasakan agak tidak boleh diterima akal.


Aku suka bila Dini mengenakan Odah hingga terpaksa balik kampung dengan abgnya saja dia nak kenen odah dgn abg dia yg baru putus tunang ;)


sure fine whatever
rinn








blurb/alongside/sinopsis


Haruskan dia setia kpd seseorg yg meninggalkannya begitu sahaja. Betapa lama dia harus menunggu? Mengapa yang di hadapannya tidak diterima seadanya? Dia memang lelaki yg tidak tahu bersyukur.


"Aku takkan jatuh cinta pada dia. Adik dan kakak sama saja. Kalau tidak disebabkan umi aku, tak ingin aku berkahwin dengan gadis sedarah dgn perempuan itu."


"Itu dinamakan kita merancang, Allah yang akan tentukan. Bila hendak bercakap cuba fikirkan akibatnya..."


Dia tidak pernah fikirkan ia. Dia tahu hanya membenci isteri sendiri. Sudahnya ia menjadi bebanan kepada hati dan perasaan apabila cinta kembali mengetuk hati. Payahnya untuk mendapatkan cnta Ardini, apabila si isteri pula membenci. Begitupun, hati perempuan dipujuk dan dibelai akhirnya mengalah kerana memang itu fitrah wanita.


Ruzana kembali tanpa tujuan yg pasti. Tergugat hati melihat kemesraan adik dan bekas tunang yg ditinggalkan dahulu. Ruzana cuba memujuk hatinya kembali, mengambil hak yang ditinggalkan. Tegarkah Izzuddin melepaskan Ardini sedang hatinya baru sahaja belajar untuk menyayangi dan cuba untuk mencintai isterinya itu? Dan Ruzana, tegakah melukai hati adik sendiri demi nama hak hatinya?

Review 436: Budak-Budak Setan I, II & III by Idzham Asyikin


Terbitan Sri Ayu Publishers
Budak-Budak Setan I, II & III
Penulis: Idzham Asyikin
RM7.90 each


Buku2 ni kelihatannya seperti buku utk bacaan budak2 kecik, tulisannya, cara permulaan babnya.. kulit dihiasi gambar awek2 cun. tapi jangan tertipu.. kalau tengok tajuk tu mungkin kita pikir ni citer2 set2 jenis Ali setan dan Budak Setan by Ahadiat Akashah tu.. ni bukan citer2 macam tu! ni memang setan betul setan ni.. ala yang jenis menjelma sana sini, hadir dalam bentuk bayangan, mengganggu penghuni2 asrama.. eeeeeeeeeeeee takot! nyesal pulak baca.. tapi bg yg suka citer seram/thriller buleh la baca.. persekitaran nya di kawasan sekolah/asrama.. kisah2 cikgu2 dan murid2 di situ.. Ada yg mengalami sesuatu dan nampak orang lain terlibat, tapi biler ditanya, orang tu tak tau pulak.. macam tu la.. lebih kurang, aku nak citer pon takut..

antara yg dipaparkan kisah seorang murid dan gurunya yang seperti ada kisah silam tersendiri, saling bermusuh dan si cikgu macam ada rasa takut dgn murid tu, may sebab ada 'ilmu' yg dipraktikkan.

kisah cinta seorang guru dgn anak muridnya yang sering berjumpa secara rahsia utk memadu asmara. kisah sepasang pasangan halimunan, beberapa cikgu pernah terserempak ngan diorang ni tapi tak nampak..

dalam buku ketiga baru di revealkan pasangan kekasih tu dibunuh kerana
berlaku sumbang oleh bapa si gadis. ni siap potong2 kepala nih. akhir cerita seperti memberi hint kat kita orang yg selama ini kita rasa jahat rupa2nya menentang kejahatan yg menyerupai seseorang yg biasa2 saja.

yg pastinya pembaca(sayala) seraaaaaaaaaaaaaaam..

p/s ptg semalam lepas baca buku ni apa sal macam bau wangi2 jer..
*tengok kiri, tengok kanan*

sure fine whatever
Rinn

Review 435: Lukisan Hati by Nazifah Halmi


Terbitan Creative Enterprise Sdn. Bhd
Lukisan Hati by Nazifah Halmi
RM19.90
380 muka surat

"Ada waktu-waktunya... aku ingin tidur sepanjang masa. Tanpa mimpi lagi."

Sebuah kisah yang sarat tetapi disampaikan secara average tetapi lancar dan ada perkembangan, tak la mendatar saja. Bagaimanapun cerita agak predictible dan tak curios sangat sbb ada sisipan nota di permulaan bhg dlm kulit yg telah menceritakan kejutan terbesar dalam kisah ini. so bila baca tu tak der la tekejut sgt. tapi kalau tak terbaca nota tu memang kita akan terkejut dengan takdir yg menimpa anak Marshitah.

sebuah lagi kisah masyarakat, haruan makan anak hingga anak yang paling pandai di sekolah gelap masa depannya dan mengalami masalah emosi yang serius lebih2 lagi setelah melahirkan seorang anak yg tak diingini lalu diserahkan kpd orang lain utk memeliharanya. Dia amat takut pada lelaki. Marshitah hidup dlm dunianya sendiri, menangis ketawa sorang2 hinggalah Razlan, anak jirannya pulang dan membawa Haqeem seorang pakar sakit jiwa utk merawat Marshitah. Dia kembali ke landasan yg betul dan menyambung pelajaran hingga melayakkan dia menjadi seorang peguam yg disegani. Cinta Haqeem berbalas lalu mereka
berkahwin dan dikurniakan seorang anak perempuan, Balqis. Bapanya yg kejam kembali dgn penyesalan dan memohon maaf, Marshitah trauma kembali. Ingat ka dah tobat, tapi still perangai setan. Abih barang2 kemas ibu Marshitah dilarikan dan tk lama lepas tu rumah marshitah diselongkarnya. tapi yg jahat tetap mendapat pembalasan setimpal.

Cerita ni tak mendatar kerana ada saja watak2 yang cuba mencabar marshitah seperti Hasliza yg dari kecil cemburukan marshitah, juga watak Sarah bekas isteri Haqeem yg mahu kembali ke pangkuan Haqeem hingga sanggup cuba langgar Marshitah dgn kereta.

part yg mengejutkan adalah Balqis yg bercinta dan hampir berkahwin dgn Luqman tapi tak buleh sbb dia dan Luqman lahir dari rahim yang sama. tapi masa merawat segalanya dan pertemuan mata antara Marshitah dan Luqman di Tanah Suci membuahkan senyuman.

sure fine whatever
Rinn

terbitan creative enterprise sdn. Bhd

Sinopsis Belakang Buku:

Dia perempuan malang. Malang kerana diperkosa ayah sendiri. malang lagi bila diri mengandungkan zuriat yang tidak diingini. Seketika dia menjadi manusia nanar. Nanar bila hidup bagai tiada nilai. Maruah yang dijunjung telah jatuh berkecai di tangga harapan. Lelaki itu neraka untuknya. Lelaki itu telah mencelakakan dunia indahnya. Namun bagai tidak percaya tatkala diutuskan seorang lelaki mulia untuknya... yang sudi menghulur simpati, yang sudi mengangkat dirinya untuk menjadi 'manusia'. Dan dia akur kini, masih ada lelaki yang baik di dunia yang kejam ini...

Review 434: Antara Dua Persimpangan by Siti Rozilah


Antara Dua Persimpangan by Siti Rozilah
Terbitan Creative Enterprise
Cetakan pertama 2002
RM22.90
467 mukasurat
isbn: 983-893-466-6


"Sandiwara ini di manakah titik akhirnya..."


Penulis membawa kita melayari kisah ini bersama Suraya yg membesar dalam didikan
nenek dan atuknya. Dia membesar dgn tanggapan ibu dan ayahnya telah tiada dan
dia tiada saudara mara lain. Namun tiba2 satu hari, ada keturunan Tengku2 yg
datang mendakwa mereka ada saudara. Dgn berat hati atuk dan nenek membenarkan
Suraya ke Kuala Lumpur. Ingat ker jadi mem tapi rupa2nya tolong mengasuh anak2
Tengku Fuad. Tengku Fuad spt tak dapat menerima hakikat yg sepupunya yg berusia
18 tahun tu enggan menerima dirinya yg merupakan duda beranak tiga sebagai
suami. Kesian kat Suraya tu.


Suraya meninggalkan keluarga Tengku Fuad agar Zaimah dapat bersatu dalam
keluarga itu.


Suraya kemudian tinggal bersama neneknya, Tengku Khairiah. Seorg wanita
berkerjaya yang bercita-cita tinggi. Dia mahu menjadikan Suraya seorg yg berjaya
dlm bisness namun dia kurang kepercayaan pada ketangkasan Suraya di Pejabat sbb
Suraya lebih tangkas di dapur dan lebih senang mentelaah al-Quran daripada
membaca dokumen2 di pejabat.


Demi membina empayar business yang lebih besar, Suraya terpaksa berkawin dengan
Tengku Badrul yg telah mempunyai kekasih. Apabila rahsia hubungan sulit Tengku
Badrul terbongkar, Suraya mahu Tengku Badrul memperisterikan Fatin Mastura yg
sudah berbadan dua. Di saat Tengku Badrul pasti dengan cintanya pada Suraya,
tragedi menjengah. Penghujungnya seperti belum menjumpai garis penamat dan
perjalanan hidup Suraya dan anaknya masih jauh.


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:



Dia keliru di dalam mengenal salasilah diri. Kekeliruan yg membentengkan antara
kebenaran dan dongeng zaman kanak2. Kekeliruan yg menimbulkan kebencian dan
dendam... Andai hari semalam dpt diputarkan menjadi hari ini, barangkali dia
tidak perlu lagi meratapi kehilangan semalam bersama luka pertemuan hari ini...

Review 433: Berakhirnya Mimpi by Siti Rozilah Jantan


Berakhirnya Mimpi
Penulis: Siti Rozilah Jantan
Terbitan Creative Enterprise Sdn. Bhd
RM6.90
155 mukasurat

"Aku tak pernah menyayangi seorg perempuan seperti aku menyayangi Johana. Aku dah cuba lupakan dia tapi aku tak berdaya. Aku tahu dia sudah ada kekasih yg lebih kacak daripada aku, tapi hati aku ini masih degil."


Nama 'Siti Rozilah' di cover buku ni yang menarik perhatian saya utk mencapai buku ni. Ada dua kisah yang berjalan serentak dalam novel ini. Satu mimpi yang pernah menjadi realiti dan satu lagi ada realiti semasa. Kedua-duanya dilalui oleh Johana. Dia menjadi mangsa apabila misteri mimpinya terbongkar dan ia meragut nyawa lelaki yang menyintainya sepenuh jiwa. Lelaki yang dicintainya ada kaitan rapat dgn mimpi2nya semenjak sebuah manuskirp misteri singgah di tangannya. Fuad bukan saja mewarisi kekayaan dan gelaran keturunannya, tetapi juga sesuatu yang menakutkan. Penceritaan tidak pantas tapi tak puas baca.


sure fine whatever
rinn


Sinopsis belakang buku:


Johana terperangkap dalam kehidupan masa lalu yang membingungkan. Kehadiran wanita misteri menyerahkan sebuah manuskrip, mengundang mimpi aneh dalam hidupnya. Lalu dicuba menyelesaikan kekusutan yang terdampar di Istana Pawana yg mampu membongkar segala misteri mimpinya itu.

Review 432: Titipkan Aku Bahagia by Siti Rozilah


Titipkan aku bahagia
Penulis: siti rozilah
Terbitan CESB

Mengisahkan syakila yang punya kisah yg paling hitam yg hampir2 meragut kewarasannya. Trauma yang dihadapinya sentiasa menghantui hidupnya. Dia seorang gadis yang sempurna fizikalnya, sorang model yang menjadi igauan lelaki. Ramai sungguh yang menaruh hati padanya. Tapi Syakila sentiasa berhati-hati, tak mahu sejarah bersama Johari berulang kembali. Dia pernah menggoda dan menguasai lelaki itu sehingga isteri Johari hilang akal dan mendera fizikalnya sehingga dia disangka tidak dapat hidup lagi. Namun kini dia masih bernyawa dan meneruskan hidup. Lelaki2 yg di sekitarnya ramai yang baik dan mendambakan cintanya.. Mirzan yg tahu sejarah hitamnya, begitu juga Dr Azam yg menjadi kaunselornya, Kedua2 lelaki ini menganggap Syakila seorang survivor.

Hazriz mengaku mnyintainya tetapi mereka rupa2nya berkongsi ayah yg sama. Johan mengejar Syakila kerana mahu terus melukakan perasaan Johari. Syakila mahu dijadikan pelengkap deretan ‘piala’ yang berjaya direbut dari Johari. Cinta pertamanya Mat Aris terpaksa ditolak dan dia mendoakan jodoh yg lebih baik utk lelaki yg pernah menjadi kekasihnya itu.

Selepas dijerat Irdani barulah Dr Azam berani meluahkan perasaan kpd Shakila. Nampaknya Shakila ni adalah wanita yg sangat2 tidak disenangi wanita2 yg memiliki suami2 hensem spt Tiara, Tengku Sarah dan Irdani. Dendam perempuan2 ini menjadikan Shakila diburu lagi. Irdani memasang jerat utk menyerahkan Shakila kpd Johan tapi Johari tiba sbg penyelamat.

Cerita ini penuh dengan kisah tetapi saya tidak terkesan dgn cara penyampaian kisah ini. Byk watak2 ‘hitam’ yang boleh dimanipulasi sbb rasa pedas dalam cerita ini tapi kurang berkesan, kurang chemistry antara watak. Shakila yang menjadi mangsa di sepanjang kisah ini pun gagal meraih simpati saya. Walau bgmanapun penghujung cerita ini memang sukar diduga namun amat menyenang kan ?.

Sure fine whatever
rinn

Review 529: Metamorfosis by Tomi Jefri


Metamorfosis
Penulis: Tomi Jefri
RM7.90
220 mukasurat

"Lumrah kehidupan perubahan ke arah kebaikan
perubahan ke arah kejahatan
ada imbuhan setimpal"

Bila tengok cover dan tajuk, saya ingat ker ni kisah cinta mendayu-dayu semata-mata... tapi banyak kisah tersembunyi di sebalik Metamorfosis. Tomi Jefri ada keistimewaan tersendiri mengalun kisah thriller dengan gaya bahasa yang tidak keterlaluan. Watak utamanya tetap gadis jelita yang menawan tetapi 'hard-to-get'.

Liza seorang gadis berkejaya yg menyimpan misteri besar dalam hidupnya. Dia hidup tanpa ayah dan ibu bersama dua adik yang disayangi. Jimi dan Joshua sama2 jatuh cinta pada Liza tetapi Harris terlebih dahulu menyintai Liza, tetapi cinta sejak zaman sekolah itu tidak membawa ke jinjang pelamin. Pertemuan semula dengan Liza membuat Jimi mahu merebut cinta Liza dan membawanya pergi jauh dari Malaysia, tetapi rupa2nya Jimi dihantar kepada Liza dengan satu agenda yang besar oleh isteri Thomas Koh. Bila Liza gagal dijerat, Jimi beralih
kepada adik liza, Aida. Kenaifan Aida membuat Jimi senang memerangkapnya. Tetapi Jimi tidak tahu yang bapa Aida dan Liza (yg telah lama menghilang) jauh lebih berkuasa dari orang yang mengupahnya. Saya pun mulanya tak sangka yang Thomas Koh adalah bapa kandung Liza, Aida dan Reza. Ingat ker dia amik berat pasal Liza dan Aida sbb diorang tu kan awek2 cun.

Liza rupa2nya masih setia pada Harris tetapi Harris pulak dah nak bertunang dengan orang lain. Joshua tu hampeh semacam jer.. nampak kakak (Liza), jatuh cinta ngan kakak, nampak adik (aida), jatuh cinta ngan adiknya pulak.. Nasib baik Reza tu lelaki. hehe.

sure fine whatever
rinn


Sinopsis belakang buku:

Selepas metamorfosis...
Kepompong berubah rama-rama

Selepas metamorfosis...
Pemalu berubah penggoda
Gadis berubah wanita
Cinta berubah dosa

Selepas metamorfosis...
Bagaimana pula dengan cinta?

Review 431: ...kuburkanlah kasihmu by Siti Rozilah


Terbitan Creative Enterprise Sdn. Bhd.
...kuburkanlah kasihmu by Siti Rozilah
RM24.90
510 mukasurat

"Cinta seperti kematian, bisa merubah segalanya"

kisah cinta yg sarat, penuh simpang siur, tak kesampaian, diselubung dendam, syak wasangka dan cemburu. semuanya bermula dari perasaan 'cinta'. Insan yg baik pon dibaja dgn cebis2 rasa negatif akibat kecewa dengan cinta. sekiranya cerita ini berkisar kepada dua tiga orang yg sama saja, mungkin akan membosankan tetapi penulis memasukkan lebih banyak character dan lebih merumitkan lagi kisah cinta dalam buku ini.

berkisar watak2 seperti Minarni, Iskandar, Norman, Airin, Farhana, Johan dan Datuk Mukhri. Minarni cintakan Iskandar tetapi Iskandar berkahwin dgn janda muda Farhana kerana tak mahu Farhana merosakkan diri sendiri. Norman sahabat Minarni sudah lama cintakan Minarni tapi Minarni masih lagi dibayangi Iskandar. Iskandar juga masih cintakan Minarni walaupun dah kawin. Norman cuba bantu rakannya Johan utk ngorat Airin tapi Airin jatuh cinta dengan Norman. Datuk Mukhri pulak syok kat Minarni yg kerja dengan dia tapi dia terikat dengan Datin Sri
Kalsom yg membantunya dalam perniagaan. ha kalau nak buat segi dah jadi berapa segi kisah cinta ni? pentagon? hexagon?

Min pulang ke Malaysia dgn dendam. Dia mendedahkan keburukan syarikat Iskandar melalui akhbar hingga tergugat syarikat tu. Norman sahabatnya yg disenangi tapi mungkin kerana Norman anak saudara Iskandar menjadikan dia susah utk menerima Norman, lagipun dendamnya terlalu tebal terhadap Iskandar. Min mesti menguburkan kasihnya supaya dendamnya dapat dipadamkan. Min pergi merantau lagi melanjutkan pelajaran namun ada seorang di antara 3 jejaka itu masih setia menunggunya.

sure fine whatever
rinn

terbitan Creative Enterprise sdn. Bhd.
Sinopsis belakang buku:

Bukan sedikit luka hati ini tercarik. bukan sehari dua pedih denyutannya menyurut... bertahun! Merawat luka di hati, tak sama dengan merawat luka di jari. Lalu di sini aku berkelana sendiri-sendiri... mencari kekuatan atas sebuah kehilangan... ratapan yang ada waktu-waktunya tidak mampu ku sembunyikan. Iskandar, sakitnya mengenang cinta kita yang tidak kesampaian. Sakit lagi tatkala namamu tak mampu kukuburkan di balik timbunan puing-puing salji yang
membeku... lantas salahkan rasa sakit ini kubawa pulang untuk menjadi dendam?

Review 430: Erti Rindu Ini by Zara Juita


Terbitan Alaf 21 Sendirian Berhad
Erti rindu ini by Zara Juita
RM 18.00
492 muka surat


"Apa yang pasti dirimu tetap kunanti selagi mentari mengintai hari"

kisah love at second chance yang menarik juga. Tapi cara penyampaian tidak dapat membawa saya untuk sama2 merasai kesedihan watak Yana. memang tak menyangka Yana dirompak dan dirogol lalu pregnant dan membawa diri ke Amerika syarikat selama 10 tahun. even masa kematian Ikmal pon cara penyampaian tidak cukup menyedihkan utk membuatkan saya rasa mcm nak nangis.. anyway jalan cerita memang mantap dan menarik. Watak Puan Sri Zulaikha yg tak merestui perkahwinan Faris-Yana agak menjengkelkan pada mulanya tapi semakin sejuk dan akhirnya gembira sbb Yana akhirnya mengandung anak Faris, tht's too easy.

byk scene yg sepatutnya boleh meruntun hati pembaca agar turut bersedih dan menangis contohnya:

- masa Razman menderita cancer dah rahsiakan dari Yana
- Yana sedih tak dpt berita dari Razman
- Yana bertembung dgn Razman dan wanita yg disangka tunang Razman
- Yana dirompak dan dirogol
- Razman menderita dan mati
- berita Yana mengandung
- keperitan hidup Yana di California
- penerimaan Puan Sri Zulaikha yg negatif
- kematian Ikmal

walau apa pun, watak Faris dan Yana memang mempunyai chemistry yang kuat dan kisah2 mereka memang ada yg jiwang la kalau baca :)

sure fine whatever
Rinn

terbitan alaf 21 sendirian berhad
Sinopsis belakang buku:

MENGAPA kau tinggalkan aku ketika cinta ini sedang mekar mengharum? Sedangkan kau tahu aku tidak bisa hidup tanpa kau di sisi. Jangan kata kau lupa saat-saat manis yang pernah kita lalui bersama. Kita pernah menabur kasih dan cinta di taman hati. Kupersembahkan segala yang aku ada untukmu. Apa lagi yang kau mahu sudah kuturutkan. Kerana cinta, kasih dan setiaku, kerana janji dan sumpah yang kau lafaz dulu, air mataku ber­linangan. Tapi kau pergi jua...

Yana mengharungi liku-liku hidup sendirian setelah Razman pergi menghadap ILAHI. Jiwanya nanar. Cinta yang terbina sejak di bangku sekolah tidak kesampaian. Luka dan sengsara di hati dirawat sendiri dalam kepayahan.

Kau kata, aku bagai lilin yang menerangi kegelapan duniamu. Kehadiranku umpama air di kali yang menyegarkan perasaanmu. Kau sedia berkorban untukku. Sedia merawat kelukaan hatiku. Ku dibuai cinta, kasih, sayang dan rindumu yang luhur sejati. Tersentak aku dari lamunan yang panjang. Mawar tanpa haruman tidak mungkin disunting buat penyeri syurga asmara. Di tangkai jua ia layu...

Cinta Fariz terlalu luhur untuk Yana. Bergetar jiwanya setiap kali berada di sisi jejaka itu. Namun, sudikah Fariz menerima dirinya seadanya? Apatah lagi keluarga Fariz terlalu me-menting­kan maruah dan prestij. Layakkah dia berganding dengan je­jaka yang berjaya menakluk hatinya itu?

Monday, June 27, 2011

Review 429: Panduan Protokol & Tatatertib Majlis by Samsudin Wahab



Membaca buku ni buat aku sedar protokol sangat penting dalam kehidupan tetapi sekarang ni kita banyak meninggalkan protokol kerana ianya dianggap menyusahkan. Tengok lah sekarang, sudah banyak protokol yang kita buang dari kehidupan seharian sehingga rasa hormat dalam pelbagai lapisan kehidupan sudah semakin hilang. Sekarang ni orang pergi kenduri kahwin pun pakai t-shirt dan seluar jeans sahaja tak kiralah lelaki atau perempuan. Aura majlis kenduri kahwin pun terasa kurang apabila orang yang hadir pun berpakaian lebih kurang sahaja dan seperti tidak mahu menunjukkan kegembiraan meraikan pengantin dengan berpakaian cantik dan bersiap-siap dengan gaya meriah.

Panduan Protokol & Tatatertib Majlis
Penulis: Samsudin Wahab
Penerbit: PTS PROFessional
Cetakan 1: 2004
Cetakan 5: 2006
978983385663
RM20.00
Sabah/Sarawak: RM23.00
224mukasurat


Dari Pengarang:
Protokol merupakan satu bentuk peraturan yang menekankan kepada kepatuhan terhadap etiket rasmi yang mengandungi aspek-aspek tingkah laku yang diterima umum oleh masyarakat. Bermula dari zaman kesultanan Melaka lagi kita sudah mempunyai peraturan-peraturan khusus yang diamalkan di istana dan majlis-majlis yang dihadiri oleh pembesar-pembesar negeri. Dalam kehidupan seharian kita juga mengamalkan protokol di rumah di mana anak-anak perlu menghormati tatasusila keluarga yang memang sudah wujud sejak zaman berzaman.

1. Apa itu Protokol Majlis?
Berasal dari bahasa Yunani(Greek) yang membawa maksud tanda taraf atau status yang membuktikan kesahihan undang-undang zaman Yunani. Mengikut kamus dewan, protokol adalah peraturan-peraturan dalam istiadat rasmi misalnya prosedur menyambut tetamu dan lain-lain

Peranan protokol
a. memberi penghormatan dan kemudahan-kemudahan kepada mereka yang wajar menerimanya serta mengelakkan pertelingkahan dan salah faham dengan yang lain-lain.
b. Mengekalkan hubungan awam antara indiviidu dan seterusnya antara Negara bagi mengelakkan salah faham
c. Mewujudkan rasa hormat dan taat keapda mereka yang sepatutnya mendapat kehormatan.
Kegagalan menjaga protokol akan menjadikan majlis kurang adab dan menjatuhkan imej tetamu istimewa.

Ringkasnya, pengetahuan protokol sangat penting bagi tujuan berikut:
a. Kegunaan harian untuk individu
b. Dalam hubungan masyarakat
c. Dalam mengurus dan mengendalikan majlis
d. Dalam hubungan antarabangsa

Istilah protokol tidak asing lagi dalam budaya dan cara hidup masyarakat melayu. Dewasa ini amalan protokol sudah kurang dan member kecacatan kepada berbagai majlis.

Sekiranya pengetahuan protokol kurang,
a. Individu akan tiada kesedaran pentingnya hormat menghormati
b. rasa hormat dalam keluarga akan berkurangan
c. masyarakat tidak akan menghormati pemimpin

Buku ini banyak menekankan protokol menghadiri majlis dan susun atur tetamu-tetamu kehormat, peranan host dan peranan pegawai protokol. Adab-adab berbual dan berkenalan turut diselitkan. Ianya sedikit sebanyak mengingatkan kita betapa indahnya adab dan protokol orang melayu dan orang Islam. Hampir keseluruhan buku ini disampaikan dalam bentuk akademik dalam susunan yang mudah dibaca. Mungkin lebih sesuai untuk kakitangan kerajaan yang nak ambil peperiksaan awam atau pegawai-pegawai yang sering terlibat dalam penganjuran majlis yang melibatkan VIP. Hmm ada juga kesalahan ejaan sikit-sikit. Tergelak aku bila baca tajuk "Hadiah Cedera Hati untuk Tetamu". Oh tidak, aku tidak mahu hadiah itu.

Di penghujung buku ini adalah diselitkan banyak pantun melayu yang sesuai dijadikan penyeri majlis.

Blurb/novelcinta@multiply/synopsis

Menganjurkan majlis bukanlah suatu perkara yang mudah dilaksanakan. Banyak pihak yang terlepas pandang dalam isu-isu protokol serta etiket yang betul dalam menganjurkannya.

Buku ini menerangkan dengan jelas cara berpakaian yang betul, tatatertib di meja makan, penyusunan meja makan dengan cara yang betul, adab sopan dalam pertemuan dan perkenalan dalam majlis. Selain itu, ia juga menerangkan cara membuat panggilan yang betul bagi tetamu-tetamu daripada pelbagai jawatan dan gelaran, penampilan diri dalam majlis serta adab sopan ketika memberikan ucapan dalam majlis.

Buku ini sesuai dijadikan rujukan bagi setiap keluarga, jawatankuasa daerah, negeri, jabatan kerajaan dan swasta atau institusi pengajian tinggi.

Samsudin Wahab adalah Pensyarah Fakulti Pengurusan dan Teknologi Pejabat, Universiti MARA (UiTM Dungun, Terengganu.

Sunday, June 26, 2011

Review 428: Impikan Mentari by Shahzy Hana



Impikan Mentari
Penulis: Shahzy Hana
Editor: Putri Nur Iman & Mohd Rosdi Mohd Zin
398 mukasurat
RM18.00
Sabah/Sarawak: RM21.00
9789675118555


Semasa membaca bab-bab awal cerita ini aku rasa ada part yang seperti tidak kena dan terburu-buru. Bakal pengantin perempuan sibuk nak balik kampung untuk persediaan akhir tapi bakal pengantin lelaki memilih untuk memadu asmara dengan bakal adik ipar di rumah bakal pengantin perempuan? Apo lah tak kreatif nya si pembuat onar berdua tu. Pilih la tempat strategik sikit.


Kisah ini banyak melagukan kisah sendu seorang Izzati. Hatinya luka parah setelah bakal suaminya bermukah dengan adiknya sendiri di rumahnya sendiri. Dia rela melepaskan Fahmy kepada Hanni.


Kehadiran watak Ikhman terasa seperti tiba-tiba sahaja berada di depan mata dan menawarkan cinta. Terasa ada shortcut dan tak terasa bulan-bulan atau tahun-tahun yang berlalu. Ikhman tu pulak rasanya seperti seorg pelajar sekolah yang remaja, bukannya seorang lelaki berkerjaya yang menguruskan sebuah syarikat. Mudah saja dia meninggalkan kerja hanya kerana frust cintanya ditolak Izzati.


Berdasarkan maklumbalas yang aku terima dari sorang dua yang dah mula baca novel ni, ada yang sudah berenti sebelum sampai separuh cerita. Adus ruginya! Aku syorkan korang teruskan baca sampai habis kerana emosi cerita ini sangat menyentuh hati.


Hanni seperti diburu bayang2 sendiri apabila dia sering mencemburui Izzati dgn suaminya, sedangkan dia sendiri yang merampas Fahmy dari kakaknya. Perkahwinan antara Izzati dengan Ikhman melegakan keluarga dan sedikit sebanyak mengelak Izzati dari menjadi mangsa salah sangka adiknya. Perdamaian antara Hanni dan Izzati sangat menyentuh hati tapi sedikit sebanyak aku curiga juga dengan perubahan Hanni yang mungkin menyimpan perasaan dendam dalam diam.


Apabila Izzati disahkan mengidap leukimia, keikhlasan kasih sayang Hanni dan Ikhman terhadap Izzati teruji pada tahap maksima. Ikhman yang di awal cerita cintanya kelihatan seperti terburu-buru dan keanak-anakkan berubah kelihatan seperti cinta sejati yang ikhlas dan matang. Dia setia menemani Izzati yang terlantar dan terserlah sebagai seorang lelaki yang bertanggungjawab dan ikhlas menyintai Izzati.


Hanni pula memang sudah sedar diri dan tanpa berfikir dua kali dia sanggup mendermakan sum-sum tulangnya demi menyelamatkan nyawa Izzati. Tapi dia sedang sarat mengandung, maka dia tak dapat menderma dengan serta merta. Susur cerita di akhir-akhir kisah ini kelihatan seperti harapan semakin malap; tapi akhirnya terang benderang disuluh mentari :). Ending yang membuat kita menghembuskan nafas lega :)


Cerita ini tak banyak conflict, hanya Hanni dan Fahmy yang menjadi pencetus tragedi cerita. izzati tiada sebarang masalah dengan keluarga mertua atau keluarga mertua-tak-jadi. Dia seorang yang sangat disenangi oleh semua orang.


Penggunaan ganti nama aku yang kadang2 berselang antara Zati dan Ikhman kadang2 mengelirukan. Sekali sekala kena semak awal bab untuk pastikan siapa yang menjadi 'aku' pada masa itu.


sure fine whatever
rinn


blurb/alongside/sinopsis:


Pernahkah anda mengalami rasa sedih seperti Izzati? Saat Hati dilambung rasa bahagia melalui hari-hari indah, tiba2 Izzati 'dihidangkan' dengan babak bakal suaminya bermukah dgn adiknya sendiri?


Tunang yang amat dicintai dan mengakui amat mencintainya, telah membelah hatinya... nipis-nipis; berdarah parah, tidak mungkin sembuh. Lalu bagaimana kalau anda sendiri mengalami keadaan itu. Sedalam manakah luka anda? Masih percayakah anda pada insan bernama lelaki?


Izzati juga seperti anda, hilang keyakinan diri untuk jatuh cinta dan bercinta lagi.


Namun hatinya yang beku, cair jua dengan gigihnya Ikhman mengetuk hatinya. Hatinya yang berbunga kembali mekar di jenjang pelamin bersama Ikhman. Namun takdir rupa-rupanya masih mahu mengujinya. Ketika bunga-bunga bahagia kembali mewangi, dia disahkan mengidap sakit di ambang maut. Kuatkah dia untuk bergelut melawan sel-sel darah putih yang rakus menelan darah merahnya dan berjuang untuk terus hidup bahagia bersama suami tersayang?


Impikan Mentari


Shahzy Hana menulis tentang luka, cinta dan kuatnya hati seorang perempuan. Mampukah anda jadi setabah Izzati yang tak pernah jemu-jemu untuk Impikan Mentari?

Review 427: Bisik-Bisik Gelora by Fauziah Ashari



Bisik-Bisik Gelora
Penulis: Fauziah Ashari
Editor: Mohd Ali Haji Mohd Noor
Terbitan Buku Prima
598 mukasurat
RM25.90
Sabah/Sarawak: RM28.90
978960184487


"Cinta yang berbisik di hati kan kusulam
menjadi bait-bait gelora beralun rindu"


Arumi ni masa zaman2 sekolahnya sangat nakal dan agak liar. Dia suka membuli Wari yang nerd semacam. Kejadian dia ditangkap sedang berpelukan dgn lelaki menjadikan ayahnya marah lalu menghantarnya ke kampung utk tinggal bersama nenek dan nenek saudaranya dgn harapan suasana kampung akan dapat menjinakkan Arumi.


Jad, jejaka nakal di kampung yg gemar mencuri. apa yg menarik pada Arumi ketika pertemuan pertama mereka adalah barang kemas yang menyaluti tubuh Arumi. Pada malam dia berhasrat merompak Arumi, Jad dianiaya sahabat sendiri. Sedar2 saja dia dalam keadaan yg mengaibkan bersama Arumi. Ibu bapa mereka yg merupakan orang terhormat di situ memutuskan utk menikahkan mereka dengan segera. Di hari pernikahan itu Arumi kehilangan suami yang tak pernah dikenalinya kerana suaminya terus kena tangkap polis dan dipenjarakan dan ibu bapanya meninggal dalam sebuah kemalangan. Arumi membuat keputusan untuk pergi ke luar negara.


Kisah ini benar2 bermula 7 tahun kemudian. Tuntutan tugas memaksa Arumi kembali ke Malaysia dan takdir menemukan dia semula dgn suaminya. Jad mahu Arumi menjadi haknya kerana dia sangat dendam dgn Arumi. Keakraban Arumi dan Fakhri telah memarakkan lagi kemarahan Jad. Arumi diperkosa Fakhri tetapi Jad tidak mahu mendengar langsung penjelasan Arumi sedangkan Arumi sudah pun mengandung ketika itu. anak yg dikandungnya anak Jad tetapi Jad enggan percaya kerana dia yakin Arumi suka berpeleseran dengan jejaka2 kaya dan kacak. Walaupun dia meragui Arumi, dia tak mahu melepaskan Arumi. Dia mahu melihat Arumi menangis tiap2 hari.


Kelahiran Akif tak pernah dipedulikan Jad. Watak Akif yg pelat dan naif sangat menyentuh perasaan. Dialog-dialog pelatnya menyentuh hati dan melucukan. Arumi dibayar utk menjalankan tugasnya sbg isteri dan pembantu rumah kerana Arumi mahu mencukupkan wang utk pembedahan jantung Akif.


Penemuan baju Arumi yang koyak rabak menimbulkan tanda tanya di hati Jad. Dia mula mengira semula detik-detik silam. Kerinduan juga membuat Jad berfikir dengan waras dan mula percayakan Arumi yg selama menjadi isterinya, tidak pernah bersikap buruk, malah dia seorg ibu yang bertanggungjawab. Jad mula merungkai persoalan demi persoalan dan pada masa yang sama cintanya mula berbunga. Macam mana nak pikat semula Arumi? Dia mula beli mainan utk Akif dan mencurahkan kasih sayang kpd Akif yang sudah berusia 3 tahun tapi belum pernah memanggilnya ayah. Memang rasa nak nangis mengenangkan nasib Akif dan perubahan sikap Jad membuat kita rasa hiba dan dapat membayangkan betapa bahagianya anak kecil seperti Akif yang akhirnya dapat seseorang yg boleh dipanggil ayah.



Watak Wari menyerlahkan lagi sentuhan thriller dalam kisah ini. Penyiksaan yang melanda Arumi angkara Jad terasa sangat tidak adil buat Arumi dan Akif tetapi cara Fauziah Ashari menamatkan kisah ini dgn sesuatu yang manis mengubat hati yang luka :)


sure fine whatever
rinn




sinopsis/alongside/blurb


Banin Arumi atau Umi adalah gadis nakal dan lincah. bapanya, Tuan Akalil menghantar dia ke kampung agar anaknya itu akan berubah tingkah laku kerana kampung mentuanya jauh daripada kota. Di kampung, Arumi telah bertemu dengan Jad Izzuddin, seorg pemuda yang alim di hadapan keluarga namun amat nakal di belakang mereka. Suatu hari tanpa diduga, Arumi dan Jad telah bertemu. Pertemuan itu telah menyatukan mereka ke alam perkahwinan. Namun di hari pernikahan mereka, Arumi mendapat berita yang kedua-dua ibu bapanya menemui ajal dalam satu kemalangan jalan raya. Arumi mula benci pada Jad yg dianggapnya punca semua malapetaka ini berlaku. Takdir ALLAH, pada hari yang sama, suami yg baru dinikahi ditangkap oleh pihak berkuasa dan disumbat ke dlm penjara. Apakah yg terjadi pada Arumi? Bagaimana pula dgn Jad?


Tidak mengahwinkan Arumi, mungkin anak gadisnya itu kian liar. Kini, sudah dikahwinkan, menantunya pula sudah menjadi 'menantu hantu'. ~ Tuan Akalil


"Oleh kerana kau pun dah berhenti kerja dan org pun tak tahu kau tu ada status isteri orang, apa kata kau tinggal aje kat rumah ni, tapi bukan sebagai isteri aku dan aku pun tak suka bela pelacur. Kau duduk sini jadi orang gaji aku!" ~ Jad Izzuddin


"Kalau setakat kau nak aku masuk bilik kau, layan kau, tak mengapa Jad, aku akur. Tapi aku tak akan benarkan kau lukakan hati anak aku sepanjang hidupnya. Jangan buat sistem barter dgn membabitkan perasaan Kif. Kif langsung tak salah apa-apa." ~Banin Arumi


-------
Saya suka mencari kelainan. Membaca novel dan melihat persekitaran memberi inspirasi untuk menulis rentetan hidup Banin Arumi dan Jad Izzudin. Kisah isteri yang tidak boleh menerima hakikat takdir jodohnya. Kisah seorg suami yg berdendam. Diselitkan juga beberapa hadis dan ayat alQuran sbg panduan. bisik-bisik gelora sememangnya mengasak daya, rasa dan minda! Insya Allah, jiwa yg lompang dapat diisi, diselami dan dijiwai. ~Fauziah Ashari~

Review 426: Hadirnya Cinta by Pitteriah Abdullah


Hadirnya Cinta by Pitteriah Abdullah
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd
RM15.00
400 muka surat

"Kehalusan kata-katamu membuat aku tergoda"


saya rasa idea dalam cerita ini sangat menarik, tetapi cara penyampaiannya kurang berkesan.


Yasmin nadilla dan Daniel Ezairy bertemu setelah diculik. Daniel mengaku Yasmin Nadilla isterinya supaya tidak diganggu penculik. Setelah dibebaskan mereka berpisah. Yasmin Nadilla pulang utk berkahwin dgn Amran tp perkahwinan telah berlangsung cuma pengantin perempuannya adalah adik kandungnya sendiri, Hasliza. Keluarganya membencinya kerana sudah 3 kali tidak balik di hari perkahwinannya, cuma kali ini Yasmin Nadilla tidak sempat berterus terang. Dia membawa hati ke Terengganu, di sana Daniel Ezairy muncul kembali dgn ugutan akan menceritakan peristiwa penculikan jika Yasmin Nadilla enggan menyamar sbg isterinya (supaya tak diganggu wanita2 yg memang syok kat dia yg hensem tu). Daniel berubah menjadi orang lebih berguna. Tanpa rela Yasmin Nadilla melayan keluarga Daniel. bila Sharifah Mastura muncul semula dan ingin berkahwin dgn Daniel, Yasmin Nadilla sgt gembira tapi Sharifah Mastura tak jadi nak kawin dgn Daniel sbb tak nak bermadu. Ibu Daniel mula sedar yasmin Nadilla jauh lebih baik dari Sharifah Mastura.


sepanjang cerita yasmin nadilla tak menunjukkan langsung hatinya mula lembut dan suka Daniel tu sbb dia memang mcm tak bekenan langsungla, tapi tetiba pulak decide nak kawin ngan Daniel.. mungkin sekadar nak menghilangkan rasa resah Hasliza yg takut Yasmin Nadilla ngorat balik Amran. sepatutnya saya rasa sedih bila Hasliza membaling keluar semua hantaran Daniel utk Yasmin Nadilla di hari pernikahan mereka.. tapi tak rasa sedih pun.. saya rasa ada masalah dari segi penyampaian cerita. storyline citer ni sangat menarik.. tapi tu la.. ada yg gagal disampaikan dengan baik. anyway, kalau sukakan kisah benci jadi cinta
yg diselitkan dengan adventure dan thriller buleh la baca buku nih..


sure fine whatever
Rinn


terbitan alaf 21 sendirian berhad


Sinopsis Belakang buku:


Yasmin Nadilla suka melancong. Kali ini Pulau Santubong, Pulau Sejinjang menjadi destinasinya. Namun malang tidak berbau, Yasmin Nadilla telah diculik bersama seorang anak hartawan bernama Daniel Ezairy.


Sejak menjadi tahanan, Daniel Ezairy sudah mula tertarik dgn Yasmin Nadilla walaupun dia sudah ada kekasih bernama Sharifah Mastura. Yasmin Nadilla tidak boleh menerima cinta Daniel Ezairy kerana dia sudah bertunang dengan Amran.


Pelbagai cara dilakukan untuk menarik perhatian Yasmin Nadilla. Namun semuanya gagal. Yasmin Nadilla sedikitpun tidak ambil kisah tentang perasaan Daniel Ezairy. Dia betul-betul setia pada tunangnya dan tidak mungkin akan berpaling tadah.


Sebaik sahaja dibebaskan, yasmin Nadilla pun pulang ke kampung. Alangkah terperanjatnya apabila dia mendapat tahu adiknya, Hasliza sudah berkahwin dgn Amran. Hancur hatinya. Dia tidak sangka adiknya sanggup merampas bekas kekasihnya.


Sejak kepulangan Yasmin Nadilla, hati Hasliza tidak pernah tenteram. Dia berasa sangsi terhadap kakaknya. Dia takut kakaknya akan merampas kembali hati Amran. Pelbagai konflik berlaku hinggakan Yasmin Nadilla membawa diri ke Terengganu.


Di Terenganu, Yasmin Nadilla telah bertemu kembali dengan Daniel Ezairy. Dapatkah Yasmin Nadilla menerima cinta Daniel Ezairy?

Review 425: Bunga Bukan Semusim by Elias Hj. Idris


Terbitan Creative Enterprise Sdn. Bhd
Bunga Bukan Semusim by Elias Hj. Idris
RM32.90
761 mukasurat


"Hatiku cemburu... sedangkan kau bukan milikku"


Penerima anugerah Majlis Buku Kebangsaan Malaysia, Novel terbaik 1994.


Femos jugak novel ni tapi not my cup of tea lah. sejak tahun 1997 hingga 2002 sudah 5 kali diulang cetak. Kisah seorang lelaki yang asalnya kukuh pegangan agamanya hilang maruahnya apabila kekasihnya memungkiri janji dan mengahwini lelaki pilihan keluarganya. Menyentuh kisah2 kehidupan lelaki itu sebagai pengujung kelab malam, gigolo dan penyeludup dadah.


Secara ringkasnya cerita ini menumpu kepada watak Kamal Hanafi, seorang bakal guru yang berkasih dengan Zahida Hanim. Dia ni kuat agama dan ilmu mempertahankan diri. Setelah berpindah ke Kelantan dia serumah dengan lelaki2 yang bebas melanggan perempuan tapi iman nya kukuh dan kasihnya pada Zahida Hanim masih utuh. Tiba2 Zahida Hanim memutuskan hubungan kerana dipaksa kawin oleh keluarganya. Kamal Hanafi berubah sikap, semakin baran, pendendam dan amat bencikan Zahida Hanim. karier perguruannya ditinggalkan dan berpindah ke KL & bekerja dgn syarikat pengiklanan yang sentiasa melibatkan dirinya dalam urusan entertain pelanggan hingga ke hotel dan kelab malam. Cik Mohaini orang pertama yang menarik minatnya utk menggauli wanita. Dia melepaskan dendamnya kepada wanita2 yang menyerah diri padanya. Kamal Hanafi meninggalkan agensi pengiklanan bila mula terlibat dengan ibu ayam, Liza. pendapatannya belipat kali ganda.


Kamal Hanafi juga terlibat dengan kumpulan2 gelap seperti Red Dragon dan Black cat. Ilmu mempertahankan diri yang dimilikinya serta kawan2 sepeguruan yang bagaikan saudaranya menjadikan Kamal Hanafi kebal di mana2 saja.


Selepas 2 tahun Kamal Hanafi balik ke kampung dan terpaksa mengahwini Norazira kerena tak mau melukakan hati ibu bapanya. Norazira isteri yang baik, dia cuba menjauhi aktiviti lamanya, menubuhkan agensi pengiklanan sendiri tetapi akhirnya dia terjerumus semula. Nina Kamariah mengugut utk menjatuhkan agensinya jika enggan lagi melayan. Kamal Hanafi terjerumus dengan lebih jauh lagi.


Isterinya melahirkan 2 anak dan meninggal dunia selepas kelahiran anak kedua, ketika itu Kamal Hanafi sedang berbulan madu dgn Nina Kamariah di Phuket. Kematian Norazira menginsafkan Kamal Hanafi, betapa dia telah mensia-sia kan seorang isteri yang setia dan sabar. Dia nekad menjaga anak2nya dgn bantuan Mak Nab yg setia dgn keluarganya. Syarikatnya dijual dan hasil mencecah 20 juta didermakan.


Dia membuka syarikat hartanah utk menyara keluarganya dan mencari keseronokan dengan menunggang motosikal berkuasa tinggi. Menemukan dia dia dengan Mas Idayu dan Anum Suraya. Dia agak keberatan utk beristeri lagi mengenangkan dirinya yang gagal sebagai suami dahulunya. Mas Idayu rupa2nya adik sesusuan manakala Anum Suraya dipaksa berkahwin dgn pilihan keluarga. Zahida Hanim yg sudah menjanda kembali tapi Kamal Hanafi tidak dapat melupakan sebab utama dia terjerumus ke lembah dosa dan sebab utama isterinya disia sia kan. dia masih meletakkan sedikit kesalahan itu pada Zahida Hanim. Tak mungkin dia akan menerima wanita tu lagi.


Anum Suraya bercerai dgn suaminya yang kaki perempuan. Hati Kamal Hanif terbuka utk beristeri tetapi tragedi menimpa apabila dia tiba2 diserbu polis dan kejadian tembak menembak telah meragut nyawa Anum Suraya dan Zahida Hanim. Kamal Hanafi dituduh menyeludup dadah utk kumpulan Red Dragon tapi setelah dibicarakan didapati Kamal Hanafi tak pernah menerima upah utk urusan itu kerana anaknya telah diculik oleh kumpulan Red Dragon dan sebagai balasan dia terpaksa melakukan urusan itu utk menyelamatkan anak lelakinya. apa ra polis main tembak jer tak pasai2 dua orang mati mcm tu saja. tak tau apa jadi dengan anak2 Zahida Hanim. Kamal Hanafi pasti berdendam dgn polis yang melepaskan tembakan itu, kalau bukan dia pon yg buru mereka tu, mesti rakan2 sepeguruannya akan melunaskan dendam tu.


Tasya, teman seibu ayamnya setia menanti Kamal Hanafi. Tasya sudah lama meninggalkan kerja lamanya semenjak mengetahui Kamal Hanafi sudah mengahwini wanita lain (Norazira). Dia patah hati melihat orang yg dicintainya berkahwin dgn orang lain dan langsung menjauhkan diri dari semua orang. Mereka akhirnya bersama.


ha walaupun tak berapa ringkas ni kira dah ringkas la ni daripada asalnya 761 muka surat!


sure fine whatever


Terbitan Creative Enterprise Sdn. Bhd


Sinopsis belakang buku:


Kamarul Hanafi kecundang dalam menilai erti keluhuran dan kesetiaan Norazila. Dia tenggelam dalam dunia kerakusan dan dendam yang tidak terpadam. Sementara itu Nina Kamariah terus mengambil kesempatan dan Mummy Liza pula mempergunakannya. Dia terus tenggelam dan menelan kepahitan demi kepahitan. Bukan salah siapa; dia sekadar mencari titik noktahnya. Dan Natasha yang menjadi galang gantinya.

Review 424: Diari Seorang Guru by S. Hawa


Terbitan Alaf 21 Sendirian Berhad
Diari seorang guru by S. Hawa
Harga RM 11.00
300 mukasurat

"Dari helaian waktu kutemui halaman dirimu"


:) ntah kenapa this book manage to make me smile. Memang rasa macam baca diari. Gaya bahasa sangat santai seperti bercakap dengan diri sendiri. Pengalaman seorang guru baru, Kamaliah memang menarik dan realistik (mungkin sebab saya pon penah gak merasa jadi cikgu baru).


ntah mengapa rating saya utk kisah ini agak tinggi, mungkin dikaitkan dengan pengalaman sendiri jugak kot :)


Dalam coretan diari ini Kamaliah meluahkan segala-galanya, tentang keluarganya, kisah seharian di sekolah, perasaan yang mula berputik terhadap Azhar yg di conquer oleh cikgu Rozita.


Pengalaman-pengalaman kelakar yang dititipkan juga sekali sekali menyebabkan ketawa tersembur keluar especially masa dikejar sekumpulan sapi jantan semasa menunggu bas dan juga kejadian 'fire drill' yg menyebabkan Kamaliah yg tak tau apa2 lari berterabur sama ligatnya dengan budak2 lain yg panik, dgn rambut mengerbang dan bersalut salah satu baju tidur yg menjadi koleksinya.


Cerita yang biasa tapi cara penulisan yang menarik dari perspektif yang lain menjadikan buku ni agak special.


SErba sedikit tentang buku ini. Mengisahkan cikgu Kamaliah yg mula bertugas di sekolah sri Meranti. Agak jauh dari rumahnya, terpaksa naik bas yg disewa khas. Di skolah Kamaliah bertemu dgn guru2 yg bermacam2 perangainya spt cikgu syam yang peramah dan becok, cikgu azhar yg mulanya pendiam tapi sgt menyenangkan, cikgu rozita yg cemburu kerana syok kat cikgu azhar dan lain2 lagi lah. Cabaran besar Kamaliah di sekolah adalah berdepan dgn pelajar, cikgu rozita yang dah anti dgn dia dan juga musuh tradisinya sejak azali iaitu tikus.


Ada juga diselitkan kisah kakaknya maliah yang bercerai akibat fitnah dan angkara orang luar yg berhasad dengki dgn bekas suaminya. Kamaliah memainkan peranan menjernihkan semula keadaan.


Sure fine whatever


Terbitan Alaf 21 Sdn. bhd.
Sinopsis Belakang buku:


Kehidupan Cikgu Kamaliah berubah sejak bertugas sebagai guru di Sri Meranti, sebuah sekolah pedalaman di Sabah. Di sanalah pelbagai peristiwa pahit dan manis dialami satu persatu. Karenah pelajar-pelajar tidak melunturkan semangatnya, tetapi sindiran guru-guru lain pula mengundang rasa putus asa.


Di kala menghadapi perit getir, kata-kata perangsang dan dorongan daripada Cikgu Azhar membuatkan Cikgu Kamaliah tidak keseorangan. Semangatnya berkobar-kobar untuk menjadi pendidik yang berdedikasi demi bangsa, agama dan negara.


Hubungan rapat Cikgu Azhar dan Cikgu Kamaliah membuatkan Cikgu Rozita cemburu dan menuduh Cikgu Kamaliah mahu merampas Cikgu Azhar daripadanya. Namun peristiwa 'fire drill' di asrama merungkai memori empat tahun lalu.


Diari milik Cikgu Kamaliah tercatat segala rahsia hati. Tatapilah diari ini untuk mengetahui apa yang akan terjadi. Diari yang sarat dengan pengalaman, kasih sayang, suka duka kehidupan, pengetahuan dan erti kehidupan seorang guru.


Sinopsis dari website Alaf21:


Kisah seorang guru yang mengajar di pendalaman Sabah. Dia mula mengenal erti ketabahan dan cinta. Diarinya menjadi perakan suka dan duka. Ingin kenali guru sebagai insan seni, inilah rahsianya.

Review 423: Karina Kuntum Terlara by Putri Klasik


Terbitan Berita Publishing
Karina Kuntum Terlara by Putri Klasik
158 mukasurat.



Cerita yang sangat clear, sudah terang lagi bersuluh. Baca tajuk dah boleh agak kisah seorang wanita yang bernama karina yang hilang kehormatan diri dan terjebak dalam pelacuran. Ending pon macam boleh teka la bagaimana takdir yg akan menimpa Karina nanti. Buku yang nipis mungkin penyebab cerita menjadi agak pantas. Kalau penulis mengulas scene dan watak dengan lebih mendalam, kisah ini akan menjadi lebih menarik tambah-tambah lagi dengan adanya watak-watak hitam seperti Datuk Iskandar, Amelia dan Arshad.


Penulis bijak menyembunyikan pertalian Amelia/Arshad dengan Karina. Memang tak menyangka langsung mereka ada pertalian saudara. Arshad memerangkap Karina ke lembah pelacuran dan Datuk Iskandar yang menyiksan Karina hingga meragut nyawanya, hasil maklumat yg diberikan oleh Amelia.


Awal-awal lagi penulis telah berjaya mengejutkan saya bila Qai yang ikhlas ingin membawa Karina keluar dari dunia sbg seorang perempuan simpanan dan akan mengahwininya. Qai sanggup berhadapan dengan lelaki yang menyara karina. Kejutan besar buat Qai bila lelaki yang dia terpaksa berhadapan adalah bapanya sendiri dan Karina pula sedang mengandungkan anak bapanya.


Sure fine whatever



Terbitan Berita Publishing Sdn. Bhd.
Sinopsis Belakang buku:


Mengisahkan perjuangan seorang anak muda bernama Qaidar untuk menyelamatkan kekasihnya Karina daripada terus terjerumus di lembah pelacuran. Banyak rintangan yang dihadapi oleh Qaidar termasuk daripada ayahnya, Datuk Iskandar, ibunya sendiri, sahabatnya, Amelia dan Abang Amelia, Arshad. Namun begitu, takdir menentukan segala-galanya. Berjayakah Qaidar mendirikan mahligai bahagia yang diidam-idamkan bersama Karina? Dapatkah Amelia memenangi hati Qaidar? apakah reaksi Arshad dan Datuk Iskandar? Semuanya terjawab dalam kisah yang berakhir dengan tragedi ini.

Review 422: Untuk Kau dan Aku by Najwa Aiman


Untuk Kau dan Aku by Najwa Aiman
Terbitan Creative Enterprise
Tahun 2004
RM34.90
830 mukasurat
isbn: 983-893-560-3


"Aku tak pernah bercinta... tetapi kenapa aku merinduinya?"


Ni merupakan kali kedua saya membaca karya Najwa Aiman. Saya lebih suka kepada kisah cerita ini berbanding karya nya yg sebelum ini saya baca iaitu 'Antara Kau dan Dia' yang lebih heavy dan mempunyai unsur 18sx yg sangat2 tak sesuai dibaca oleh remaja.


Kisah yang ini kira dalam 'tayangan umum' lah :) Kisah sahabat dan juga memendam perasaan cinta. Cinta yang tak dilafazkan menjadikan Azhar dan Azura tiada jodoh. Faziha berjaya menarik perhatian Azhar sehingga sahabat sendiri yang dalam kesusahan dilupakan Azhar. Kecewanya saya dengan Azhar masa tu sehingga membuatkan saya rasa Miza tak payah la pilih Azhar tu.


Apa2pun saya rasa Azhar telah memilih orang yang tepat untuk membuat offer yang terpenting dalam hidupnya. Cuma keputusannya di tangan Miza dan kita tak tahu apa kata putus Miza. Tentunya lebih menarik jika Azhar sendiri berdepan dengan Miza. Azhar tidak berani meluahkan perasaan pada Azura tapi dia berani bermalam serumah dengan Faziha. Kalau Azura merupakan obsesinya kenapa dia tiada keberanian yg diperolehinya ketika bersama dengan Faziha? Bagi saya Azhar tidak cukup menyayangi Azura kerana membiarkan Azura dimanipulasi lelaki yang tidak baik seperti Zarif tu.


Tak sangka watak Miza menjadi penting as the story goes. Miza seorang wanita yang tak plastik tapi suka menggunakan perumpaan yang ada perkataan 'plastik' :) Watak yang menarik dan memorable.


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:


Mengapa persahabatan ini tiba2 berlainan rasa? sedar atau tidak... kasih sayang perlahan-lahan mengambil ruang... menyusur, menyusup di celah-celah bicara kau danaku. Kau masih tidak sedar... bila sesekali ayatku menyongsang makna... bicaraku mula bertukar nada. Malangnya kau masih jua tidak sedar2... tatkala melamarku buat teman baikmu. atau... egokah yang meletakkan kau dan aku dalam jurang yg amat payah? Miza... aku tahu matamu basah bila kau cba mengalah. Dan sendumu itu masih mampu kudengar walau kau cuba menjauh...

Review 421: Antara Kau dan Dia by Najwa Aiman


Antara Kau dan Dia
Penulis: Najwa Aiman
Terbitan Creative Enterprise
harga: RM29.90
713 muka surat

"Masihkah ada kasih dan rindu biarpun cuma sedetik?"
(daripada penulis best seller Untuk Kau dan Aku)


Dah lama tak melapangkan diri membaca buku2 tebal mcm ni, this one 713 muka surat. so masa cuti panjang raya cina ni saya guna utk pelan2 abiskan buku ni. kali pertama baca hasil karya Najwa Aiman. buku ni pinjam dari kaksu, dia terang2 menyatakan rasa tak suka ngan cerita dlm buku ni. mesti lama baca baru abis tu.. :)


From my opinion, buku ni mengandungi watak2 utama yang kita tak suka. hanyut bergelumang dosa. Rizmal seorang lelaki yg baik rajin, tapi tak tahan dgn godaan Ilyana yg begitu iras dengan cinta sejatinya Idayu semasa menuntut di luar negara. dulu masa break dgn idayu, dia cuba rapat dgn Aliza. bila balik malaysia, dia jumpa Ilyana, dia syok kat Ilyana. Sepatutnya tajuk citer ni "Antara Kau, Dia dan Sorang Lagi" hehe.. Masa Rizmal pening memikirkan hatinya di mana, pada Ilyana? pada Idayu? dia sempat meluahkan rasa rindu pada Aliza! Aduih..


Suka la sajak2 yg diselitkan oleh penulis dlm buku ini. memang jiwang!
kisah ini tentang Rizmal yang separuh mati menyintai Idayu tapi Idayu minta putus. Semasa bertemu Aliza dlm satu kursus mereka saling berhubungan melalui surat sehinggalah Rizmal balik ke Malaysia, bekerja dgn sebuah syarikat dan bertemu dengan Ilayana yang mengingatkan dia kepada Idayu. Semasa Ilayana menceritakan tentang adiknya yang baru grad, saya dah macam dpt meneka ada kaitan dengan idayu bah kan terlintas jugak di fikiran, "dia ni mesti kakak Idayu".


Bila plot mcm ni dah dikesan, macam boleh agak dah ending dia mcm mana nanti, yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran.


Ilyana berkahwin dgn Johar tapi Johar tk mampu bagi nafkah batin. Ilyana menggoda Rizmal dan mereka terlanjur, bukan sekali dua, dah mengalahkan laki bini. Bila Ilyana mengandung, semuanya terbongkar. Johar rela menerima Ilyana seadanya, Rizmal sanggup menebus dosanya mengahwini Ilyana. Idayu dan Aliza kecewa. Idayu membenci Rizmal tetapi Aliza menasihatkan Rizmal supaya meminta ampun kpd Tuhan atas dosa2nya. Rizmal tidak menjadi pilihan mana2 wanita, perasaan Aliza juga tak berapa clear terhadap Rizmal tapi hingga ke akhir cerita dia setia menemai Rizmal yang kecewa bila Idayu kawin ngan orang lain.


Berani rizmal ni mintak Idayu kembali kepadanya setelah Ilyana menolak utk menjadi isterinya selepas diceraikan Johar. Mana ada perempuan nak terima lelaki yang menyebabkan kakaknya sendiri mengandung tanpa ikatan yang sah?


sure fine whatever


Terbitan Creative Enterprise Sdn. Bhd.
Sinopsis belakang buku:


Sama-sama bermain buih cinta di dasar asmara... mengapa karamnya hanya aku seorang?


Ilyana - mendampingi gadis itu saban hari terbayang gadis idaman yang telah terlepas daripada genggaman. Terlerai daripada pelukan saat hujan salji melatari, membeku bersamanya api cinta yang menghangatkan.


Idayu - di mana-mana wajah itu menabiri ruang pandangan. Bersilih ganti. Memenuhi ruang-ruang memori. Meletakkan hati lelakinya di simpang perjalanan.


Antara kasih pada Ilyana dan rindu pada Idayu, Rizmal keliru. Memiliki kedua-duanya, Rizmal akur... tidak ada hukum yang mengizinkannya.


Namun pelayaran jauhnya bersama Ilyana, sering-seringnya melekakan... keseronokan-keseronokan yang disembunyikan dalam diam. Juga membiarkan Ilyana lemas keseorangan... dia bukan insan yang suka baling batu sembunyi tangan.


Lalu di pelabuhan sepi ini, Rizmal meghindarkan diri daripada terlanjur lagi. Membilang harga diri yang satu, satu pergi.


Namun dia tidak bisa membiarkan Ilyana karam keseorangan... bila benih kasih mereka akhirnya bercambah di taman larangan...

Review 420: Ratu Hatiku by Azlini Hassan


Ratu Hatiku
Penulis: Azlini Hassan
Terbitan: Creative Enterprise
RM18.90
346 mukasurat

"Kau barangkali tidak sedar tatkala gerimis membasahi hati kita. Namun aku merasa tempiasnya... sehingga basah hatiku kerana mencintaimu sebegitu lama..."


Gaya penulisan yang tidak mengelirukan dan agak straight forward walaupun ada bab yg diselitkan 'flashback' secara tiba2. ada sedikit kesalahan menggunakan peribahasa di seawal muka surat enam "Ambil yang keruh dan buang yang jernih". sepatutnya buang yang keruh ambil yang jernih.


Norazirawati atau Azi ni perwatakannya macam tak berapa kuat dan tak ada fokus. Kalau dia nak digambarkan sebagai seorang yg ego, tak terserlah sangat, kalau dia nak digambarkan seorang yang cepat salah faham ada masa2nya dia amat bertimbangrasa. RAsa simpati yang ingin ditimbulkan terhadap watak 'Azi' ni kurang berkesan. Bagaimana pun memang agak tertanya tanya ke mana arah hubungan Azi/Amir apabila Hairie muncul kembali menagih cinta Azi yang jelas masih ada rasa sayang kepada bekas tunangannya itu.


Rapat sangatkah hubungan yang terjalin antara Azi dan Tauke Lim yang sehingga mewasiatkan kedai perabotnya kepada Azie yang dianggap sebagai anak, kenapa tak dari awal2 lagi semasa Azi disindir sindir jiran tetangga kerana menjadi penganggur dan menumpang rumah bapa saudaranya selama bertahun tahun. Bila Azi dah membawa diri ke KL baru la Tauke Lim nak cari Azi nak bagi kerja, sepatutnya dah bertahun tahun yg lalu rasanya.. Azi seorang yg cepat membuat conclusion negatif, contohnya masa bapa saudaranya menyarankan dia ke KL dan semasa sepupunya memberitahu dia terpaksa berpindah rumah tu, Azi macam mementingkan diri sendiri dan tak memikirkan situasi orang lain.


serba sedikit tentang kisah ini: Azi seorang graduan yang menganggur dan tinggal bersama keluarga bapa saudara nya kerana ibu bapanya telah meninggal dunia. dia disindir jiran tetangga kerana menumpang, tidak mempunyai pekerjaan dan masih belum berkahwin walaupun sudah berusia 27 thn. Bapa saudaranya tidak dpt lagi menanggung Azi kerana dia sendiri terpaksa menanggung isteri dan 7 anaknya, Azi membawa diri ke KL, selepas berpindah dari rumah sepupunya yg bakal mendirikan rumah tangga dia bekerja sbg pelayan restoran yg membawa pertemuannya dengan duda hensem, Amir. Mereka bercinta dan Zali, adik angkat Azi tidak suka amir yang sebenarnya mempunyai sikap yg tersembunyi, iaitu cemburu dan panas baran yg over.


Sinopsis belakang buku dan dia kulit depan buku adalah luahan hati Hairie yang masih menyintai Azi walaupun sudah lama putus tunang dengan Azi sbb dia ni dulu menagih dadah, tetapi telah insaf dan menjadi anak yang berjasa kepada ayah dan ibunya dengan mengembangkan perniagaan keluarga. Amir bekerja dgn Hairie dan cuba membawa Azi masuk bekerja dgn mereka tapi lepas tau Hairie bos kat situ, Azi menolak. Zali lebih senang dgn Hairie yang cepat mesra dan tidak tuduh melulu. Dia terang terangan meminta Azi memilih Hairie dan bukannya Amir sbb Azi ni macam seimbang saja cintanya antara dua lelaki tu.


Amir yang tidak penyabar dan membuat keputusan melulu berputih mata bila Azi mendapati Amir bermesra dengan Jes dan membuatkan Azi membulatkan hati siapa pilihan yang sepatutnya sebagai pasangan hidupnya.. Untungla dapat anak datuk yg betul2 sayang padanya. :)


Sure fine whatever


Terbitan Creative Enterprise Sdn. Bhd.


Sinopsis belakang buku:


Tidak mudah untuk aku lemparkan kisah silam ini. Kerana di dalamnya ada cerita sedih yang menyentuh perasaan. Rasa kesal yang bukan sedikit... yang tidak pernah surut-surut malah terus membukit. Namun untuk menebusnya, aku rasa berdosa kerana terpaksa merampas dirimu daripada lelaki lain. Lelaki yang selama ini aku sangkakan tidak menyimpan perasaan padamu. Lelaki yang telah aku luahkan seluruh perasaan tentang cinta dan impianku untuk hidup bersamamu. Sedangkan aku tidak sedar sebenarnya... impian dan cintaku telah menghancurlumatkan hatinya. Kekasih... biarlah aku undur diri demi memberi peluang untuk kau mengecap bahagia bersama kekasih yang kau puja... kekasih yang kau sayang, yang terlebih dahulu mencurahkan rasa cintanya padamu. Jangan ada rasa bersalah padaku... kerana aku ikhlas melepaskan apa yang aku sayang demi sebuah pengorbanan.

Monday, June 13, 2011

Review 419: Kau Selalu Ada by Durrah Fatiha



Kau Selalu Ada
Penulis: Durrah Fatiha
Editor: RUzita Awaludin
Terbitan Alaf 21 Sdn Bhd
RM18.00
Sabah/Sarawak: RM21.00
479 mukasurat
9789831245378


"Indahmu persis kerlipan bintang melatari pekat malam..."


Menarik juga kisah tiga gadis nakal ni. Keakraban mereka disenangi keluarga malah mereka kelihatan lebih akrab daripada adik beradik. Qayyim yang merupakan abang kepada Malihah secara tidak langsung turut memainkan peranan sebagai seorang abang juga kepada Syahindah dan Nurnisa. Qayyim memang arif benar dengan kerenah tiga gadis itu yang kadang-kadang tidak terduga. Pukul 3 pagi sambut birthday sbb mak dia bagitau dia dilahirkan jam 3 pagi. Setelah tamat belajar, ketiga-tiga mereka bekerja di syarikat Qayyim.


Malihah kurang berkenan pada Syiqin, gadis yang berjaya mencuri hati Qayyim. Dia nampak sendiri sikap sebenar Syikin yang disembunyikan di sebalik senyuman manis. Malihah mencadangkan agar Syahindah dan Nurnisa mengorat abg Qayyim supaya perhatian Qayyim dapat dialihkan dari Syiqin. Tanpa mereka ketahui, Qayyim terdengar rancangan licik mereka dan bersedia menghadapi pelaksanaan misi menggodanya oleh si Indah dan Nisa dengan hati yang senang :) Qayyim memberi kerjasama yang sangat baik sehingga Indah dan Nisa sendiri terkejut dgn respond dari Qayyim. Permainan bertukar menjadi sesuatu yang serius apabila ketiga-tiga hati telah tersentuh oleh perasaan halus. Qayyim memutuskan hubungan dengan Syiqin dan memilih Nisa menjadi tunangannya. Indah yg lebih pendiam menyembunyikan kekecewaan agar persahabatan mereka terjaga. Pertunangan dengan Nisa telah menjauhkan Indah dari Qayyim. Qayyim baru menyedari yang dia lebih selesa bersama Indah berbanding Nisa. Indah merupakan teman berbual yang sangat baik. Malah aktiviti kemasyarakatan yg sering disertainya menunjukkan keikhlasan hati Indah yang sangat luhur. Selepas bertunang dgn Nisa tu barulah 'chemistry' antara Indah dan Qayyim terserlah.


Syarikat Qayyim dilanda masalah apabila isteri muda bapanya berpakat dgn abgnya untuk mengikis wang syarikat. Qayyim tidak mahu kehilangan sesuatu yang telah diusahakan mereka sekeluarga sekian lama. Syiqin tampil dengan menawarkan bantuan yang tidak dapat ditolak dengan syarat Indah dan Nisa mesti diberhentikan. Syiqin memang cemburu sangat dengan kemesraan mereka bersama Qayyim. Pertunangan dengan Nisa akhirnya senyap begitu saja dan Syiqin mengambil alih. Perkahwinan dengan Syiqin memberi ruang yang luas untuk Syarikat Qayyim bangun semula. Dia tidak sampai hati memberhentikan Indah lalu menghantar gadis itu untuk bertugas di ladang miliknya yang tidak diketahui Syiqin. Nisa pula mahu berniaga sendiri.


Syiqin mengamuk apabila mengetahui Indah masih bekerja dengan Qayyim dan menghasut Mak Mah supaya menggalakkan Bidin mengorat Indah. Bidin keterlaluan apabila cuba memperkosa Indah. Indah menghadapi trauma dan keluarganya bimbang tiada lelaki yang mahu memperisterikan Indah lagi jika mengetahui apa yang telah terjadi. Indah tidak pernah menjalani pemeriksaan dan tidak menceritakan apa yang telah terjadi dengan Bidin. Qayyim tampil menawarkan diri untuk melindungi Indah dan memperisterikannya. Indah mendapat sokongan penuh dari Malihah dan Nisa. Mereka mahu Indah segera sembuh dari trauma yang dihadapinya. Walaupun Qayyim cuba mengelakkan menyebut tentang Bidin, dia sendiri ragu-ragu dengan kesucian isterinya.


Takdir untuk watak Syiqin agak 'predictible' tetapi terasa terlalu tergesa-gesa sehinggalah ke detik penamat kisah ini. Apa-apapun, it's a happy ending :)


sure fine whatever
Rinn


blurb/AlongSide/sinopsis


Malihah, Syahindah dan Nurnisa sering mencuri perhatian Qayyim lewat kerenah manja dan nakal mereka. Biarpun hanya Malihah sahaja adik kandungnya, Syahindah dan Nurnisa juga punya tempat istimewa di hati Qayyim. Kenakalan mereka terbawa-bawa apabila masing-masing sepakat melaksanakan satu misi rentetan idea Malihah yg mahu memisahkan ikatan cinta antara Qayyim dan Syiqin. Mereka jelik dengan sikap manja Syiqin. Lantas, Indah dan Nisa cuba untuk mengalihkan perhatian Qayyim.


Ternyata misi mereka tidak semudah yg dirancang. Perasaan cinta yg sengaja dibuat-buat oleh Indah dan Nisa dalam menjayakan misi mereka telah meresap jauh ke dasar hati masing-masing. Mereka benar-benar jatuh cinta dengan Qayyim!


Dan, Qayyim juga menyedari dia telah tertarik dgn dua teman adiknya itu. Penantian cinta mereka ternyata mendera perasaan apabila masing-masing enggan meluahkan. Indah atau Nisa? Qayyim bingung mahu membuat pilihan!

Review 418: Dia & Dia by Bunick Firdaus



Dia & Dia
Penulis: Bunick Firdaus
Editor: Harny bt. Abu Khair
Terbitan Jemari Seni Sdn Bhd
Cetakan pertama Feb 2011
RM21.00
Sabah/Sarawak: RM24.00
584 mukasurat




Cinta antara Arissa dan Fazril terbina dari sebuah persahabatan yang tulus. Mereka tampak sejiwa di mata sesiapa sahaja malah hubungan mereka direstui keluarga walaupun darjat mereka jauh berbeza. Namun aturan takdir menghalang perjanjian romantis di gunung Kinabalu dari menjadi kenyataan. Fazril terpaksa menikahi sepupunya yang kematian tunang tetapi sedang mengandung anak tidak sah taraf. Demi menutup malu keluarga, Fazril akur dan Arissa memahami walaupun hati mereka sama-sama hancur berderai.


Irfan hadir di hari pertama luka Arissa bermula. Takdir seperti mahu menemukan mereka lagi dan lagi. "La Tahzan" menjadi penyambung perkenalan dan Irfan sedikit demi sedikit berjaya membalut luka walaupun tidak sembuh sepenuhnya. Watak Dania yang psyco semacam menjadi dugaan utama keakraban yang mula terjalin. Dania hadir dalam keluarga Irfan atas rasa bersalah Irfan terhadap keluarga Dania. Impian yang disogokkan ke dalam minda Dania sejak kecil menjadikan Dania menaruh harapan menggunung terhadap Irfan.


Tindakan Dania mengupah orang untuk menculik dan merogol Arissa amat mengejutkan. Arissa trauma dengan kehadiran Dania selepas itu. Dendam Dania bukan sedikit. Dia sanggup mengacukan pistol ke arah Arissa dan memang berniat melepaskan tembakan.


Irfan terganggu setelah mengetahui status Fazril di hati Arissa. Dia cepat-cepat mengaturkan pertunangan sehingga Arissa tidak dapat mengelak, lagipun dia sudah menyatakan persetujuan.


Setelah bertunang, barulah Irfan memberi ruang kepada Arissa untuk memilih sama ada meneruskan berkahwin dengan Irfan ataupun berada di sisi Fazril yang sedang menjalani proses penyembuhan setelah menjalani pembedahan buah pinggang. Jelas kelihatan Arissa masih mengasihi Fazril namun mengekang perasaannya dan mengalih kasih kepada Irfan walaupun sudah mengetahui Fazril telah berpisah dengan isterinya. Fazril masih setia menyintai Arissa.


Aku rasa Arissa akan lebih selamat bersama Fazril. Dania tu 'scary' semacam saja. Tambahan pula dia sedang mendapatkan rawatan psikologi. Terasa seperti Arissa sengaja meletakkan diri dalam bahaya dengan memilih untuk bersama Irfan sedangkan dia lebih menyintai Fazril berbanding Irfan.


Perkahwinan dengan Irfan memang cukup membahagiakan Arissa. Dania kelihatan masih mencuba untuk mengganggu keharmonian rumah tangga Irfan dan Arissa. Fazril pula masih menagih cinta Arissa walaupun ditolak mentah-mentah. Tindakan Arissa menceritakan keadaan rumahtangganya kepada Fazril membuat aku rasa kurang senang. Arissa dan Fazril yang manis kelihatan seperti watak yang tidak suci lagi. Masing-masing sudah melakukan kesalahan besar.


Rasa cemburu dan tuntutan tugas sebagai polis trafik membuat Irfan tidak mempedulikan Arissa yang sedang sarat mengandung anak pertama mereka. Arissa sudah hilang kepercayaan Irfan. Bagi aku, Arissa dan Irfan tentu sudah sangat-sangat maklum yang punca yang akan meretakkan rumah tangga mereka adalah Dania dan Fazril. Mereka sepatutnya menjauhi kedua-dua punca itu. Tetapi seperti sengaja mengundang musibah pula. Arissa keguguran dan hubungan dengan Irfan juga semakin jauh sehingga Irfan nekad menceraikan Arissa. Irfan rasa bersalah kerana memisahkan Arissa dari Fazril. Bagi Melayu tipikal seperti aku, aku lebih suka jika Irfan dan Arissa menjaga perkahwinan mereka. Ikatan perkahwinan adalah sesuatu yang jauh lebih berharga berbanding cinta pertama. Bagi kes Arissa dan Irfan, masih ada harapan untuk diorang terus menjadi suami isteri.


Fazril kembali menjejak Arissa. Di saat dia redha menerima Fazril kembali, Irfan dan keluarganya muncul semula di hadapan Arissa. Kalau anda jadi Arissa, siapa yang jadi pilihan? Pilihan anda itulah yang akan menentukan sama ada kisah ini adalah 'happy ending' atau 'sad ending'.


sure fine whatever
Rinn


blurb/alongside/sinopsis


"Dia hadir dlm hidupku utk menyembuhkan rawan yg bersarang di dada. Sedangkan dia yang pernah hidup dalam hatiku ini terpaksa mengusung dukanya sendirian. Kejamkah aku pada dia andainya aku tidak mampu mencintai dia sepertimana aku mencintai dia yang seorg lagi?"


Cinta dan kasih yg saling menagih; yang mana satu pilihan Arissa?


Mahupun Irfan biarpun Fazril; dia dan dia sering sahaja membuat hati gadisnya keliru. Telahpun Arissa cuba melarikan hatinya ini jauh-jauh, dayanya entah hilang di mana? Apakah yang tidak kena dgn hatinya yg sekeping ini?


Dia memang lelaki penyayang. Namun selembut mana pun dia cuba mengubati hati Arissa yg luka, mana mungkin Arissa melupakan cinta pertamanya. Apatah lagi pd saat Arissa hampir menggapai bahagia, ujian pula datang bertimpa-timpa!

Antara memori dan harapan, yg mana satu jadi pilihan? Antara dikasihi dan mencintai yg mana satu haru dicari?


---
Nukilan pertama BUNICK FIRDAUS ini cuba menyelami bilau hati seorg wanita pada dia yg mahu berkongsi hati dgnnya. Bukankah 'keliru' itu maknanya hati sudah tersentuh? Biarlah Dia & Dia menjelaskan semuanya!

Review 417: Saat Kau Kata Cinta by Anis Ayuni



Saat Kau Kata Cinta
Penulis: Anis Ayuni
Editor: Mazuen Yahaya
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd
518 mukasurat
RM19.90
Sabah/Sarawak: RM22.90
9789831245194


"Hatiku telah lama tertinggal dalam lipatan duka lara"


Perkenalan selama 3 bulan di PLKN menjadikan Nuril dan Darwina sahabat. Darwina menganyam impian bersama Hijaz yg dicintai sejak zaman sekolah namun apabila Nuril menunjukkan gambar-gambar mesra dirinya bersama Hijaz di luar negara membuatkan Darwina patah hati namun menyembunyikannya dari pengetahuan Nuril. Hijaz memberi alasan mengahwini Nuril utk membalas dendam pada Darwina yg tidak mengendahkannya selepas itu. Nampak sangat kaki kelentongnya. Masa berbual di telefon dengan Nuril siap bersayang-sayang dan "I miss you". Sia-sia saja sikap berani Hijaz mempertahankan cintanya di hadapan guru-guru di zaman sekolahnya.


Azril berjaya mengembalikan keceriaan dalam hidup Darwina. Darwina kembali bahagia membilang hari dia dan Azril akan dapat bersama-sama ke akhir hayat. Tetapi segalanya musnah dengan kemunculan isteri Azril yg dikahwini atas pilihan keluarga. Lagi sekali Darwina mengundur diri.


Hijaz tiba-tiba kembali dan cuba merayu kembali hati Darwina. Kemunculan Abg Syafi yang dikenalinya ketika bercuti di luar negara menjadikan Darwina ada tempat berlindung.


Perjalanan cinta Darwina diceritakan bersulam dengan travelog menarik membawa kita menyusuri United Kingdom bersama Abg Syafi dan Darwina :) Sememangnya antara Azril, Hijaz dan Syafi, Syafi lebih matang dan gentleman. Mungkin faktor usia menjadikan Syafi lebih berhemah dalam bercinta.

Selain kisah cinta Wina, Wina juga menghadapi masalah untuk menerima hakikat bahawa ayahnya berkahwin lain setelah ibunya meninggal dunia. Dia menolak mentah-mentah untuk mengenali ibu tirinya (Umi) yg sangat disenangi adiknya, Amar. Dia tak dapat menyelami kesunyian hati ayahnya apabila kedua-dua anaknya sudah dewasa. Sunyi hati ayahnya terubat dengan kehadiran umi. Emosi cerita aku rasanya paling kuat ketika Wina mula menyedari keikhlasan hati umi dan keluarganya menerima ayahnya seadanya. Sedangkan dia tidak langsung mengambil tahu. Dia hanya tahu hatinya kecewa bila ayahnya kawin lagi.


sure fine whatever
AlongSide




sinopsis/alongside/blurb


Melihat gambar-gambar Nuril bersama Hijaz sewaktu percutian mereka di Paris membuatkan hati Darwina tersentak. Namun dia tiada kekuatan utk menceritakan kepada Nuril hal yang sebenar. Bimbang Nuril akan mengambil tindakan di luar jangkaan. Lalu, 'direlakan' episod cinta anak-anak sekolah antara dia dgn Hijaz berakhir dgn kehancuran.


Takdir menemukan Darwina dgn Azril. Lelaki itulah sandarannya utk membina bahagia. Sedang hatinya diulit cinta, dia bertemu dgn Syafi sewaktu kunjungannya ke United Kingdom. Pertemuan yg tidak meninggalkan tanda di dalam hati kerana di tanah air sudah ada yg merindu.


Tanpa diduga, sekali lagi dia diuji. Bahagia yg diharap, derita yg tiba. Emosi Darwina menjadi seperti roller coaster apabila Azril rupa-rupanya berdusta dlm bercinta.


Kemunculan Hijaz setelah sekian lama menghilang membuatkan hati Darwina kacau. Lelaki itu tidak pernah jemu merayu jiwanya. Benarkah hadirnya syafi sebagai penyelamat rumah tangga Hijaz dan Nuril?

Review 416: Arjuna Hati by Norzailina Nordin


Arjuna Hati by Norzailina Nordin
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd.

"Engkaukah itu dalam tidurku?
Engkaukah jua dalam jaga ku?"

Wow, i like the way penulis mix the facts and ficiton. dua kali saya
baca kisah Dean up until the part where he died. Selepas dari itu
kisah-kisah keturunannya diceritakan dalam bentuk fast forward dan
kembali ke rentak normal apabila menceritakan tentang decendant Dean
bernama Azahari yang pergi ke London untuk menyusuri kisah Dean di
sana seratus tahun dahulu. Di sana dia bertemu dgn keturunan Dean dan
juga Sarena. Tapi bila cinta sudah mula bertamu, kehadiran Natrah yang
menyimpan perasaan terhadap Azahari mengganggu cinta Sarena dan
Azahari. Azahari seolah-olah tak dapat memilih sedangkan memang jelas
dia syok kat Sarena tu dan dia tak bertepuk sebelah tangan. Pada
natrah , perasaannya lebih kepada rasa terhutang budi. I'm a reader yg
suka happy ending and i think Serena deserve Azahari tapi tragic
ending pulak for her.. aduuuuuuus.

Menarik yer catatan belakang buku oleh Prof emeritus Dato' Khoo Kay
Kim. dulu i read Arca kasih, ada komentari by A Samad Said. Lepas ni
rasanya dpt la baca 'Getaran Rindu' by Norzailina Nordin. :) Yam, I'll
read after you eh?

Antara sejarah2 yang diimbas dalam buku ini adalah First world
exhibition 1851 di London, Akta larangan memiliki hamba abdi 1833, ni
mesti masa zaman Abraham linchon ni. ada jugak disebut tentang Francis
Light sultan Muhamad Jiwa, pembubaran negeri-negeri selat, penubuhan
UMNO, dan banyak lagi lah.

Kisah buku ini tentang Shahbudin yang sesat ketika di PUlau Pinang,
end up in a ship. dan bila kapal terbakar dia diserahkan kepada seorg
pemilik ladang. Di sana dia jatuh cinta dgn Isabel, mereka berkahwin
hanya dgn restu bapa isabel, mak isabel tak suka. Perkahwinan itu
menghasilkan 3 cahaya mata. Shahbudin atau Dean menjalankan urusniaga
mertuanya. Isabel menyalahkan Dean bila bapanya meninggal dunia dlm
letupan lombong. Hubungannya dgn isteri makin goyah. Dean ditipu dan
ladangnya tergadai, namun begitu dia pernah membeli dan menyewakan
beberapa premis melalui syarikat guaman. Namun ada juga yg menipu.
Isabel membawa dua anaknya utk ke amerika tetapi kapal mereka karam
lalu meragut nyawa mereka. Hanya anak sulung Dean, Allan yg tinggal
tapi Dean gagal mencarinya lalu kembali ke Malaya.

Di Malaya dia berkahwin lain dan keturunannya berkembang. Jurnal Dean
yg berusia seratus tahun menarik perhatian Azahari (tahun 2003) lalu
membawanya ke London utk menjejaki keturunan Dean di sana. Azahari
atau Harry melakarkan kisahnya yg tersendiri di sana.

sure fine whatever
Rinn

catatan belakang buku:

Novel ini merupakan satu percubaan untuk menjelajah masalah dan
pengalam merentas budaya, bukan di kalangan penduduk Malaysia, tetapi
di antara orang Melayu dengan orang British. Yang lebih menarik,
peristiwa-peristiwanya berlaku di England pada Zaman Victorian dan
negeri-negeri di Tanah Melayu iaitu melibatkan Pulau Pinang dan
perlis, ketika British masih dlm proses meluaskan pengaruhnya di
kawasan ini.

Usaha perintis ini memberi harapan bahawa bidang novel di negara kita
semakin berani menjalankan experimen supaya para pembaca akan terdedah
kpd proses globalisasi. Seringkali novel lebih berjaya memperkaya
pengalaman seseorang daripada buku sejarah kerana novel menembusi hati
sanubari manusia, manakala sejarah yang biasa disampaikan secara
amoral, terpencil dan tanpa emosi tidak dpt mewujudkan perspektif yang
real.

Mudah-mudahan NORZAILINA NORDIN akan memperkenalkan pula tema-tema
lain yang akan membawa pembacanya ke dunia baru - lain daripada yg
lazim mereka temui.

-Profesor Emeritus Dato' Khoo Kay Kim-
Jabatan Sejarah, Universiti Malaya