Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Wednesday, February 23, 2011

Review 300: Seikat Kembang Merah by Imaen



Seikat Kembang Merah
Penulis: Imaen
Editor: Noor Suraya binti Adnan Sallehudin
cetakan pertama jun 2010
RM20.00
sabah/sarawak: RM23.00
9789675118418
495 mukasurat


"Cinta itu resah gelisah bercampur rindu kelesah dan renyah bercampur mahu"


Tetiba jer aku rasa mcm ada persefahaman yg ketara antara Imaen dan Bahrudin Bekri sejak buku pertama diorang ni. Buku Imaen aku baca semua tapi buku che Din, tak terkejar aku nak baca semua. Produktif sungguh! Tapi aku akan cari masa dan buku2 tu utk dibaca insyallah :) Penulis2 ini menyampaikan kisah cinta thriller yang terselit mesej2 teguran dan kadang2 terasa sinis mematuk hidung walaupun kita tersenyum atau tergelak. Gaya Imaen lebih serius (walaupun ada komedi) berbanding Che Din yang menceritakan kisah2nya dalam irama komedi sepenuhnya. Apa2pun karya kedua-dua penulis ini sentiasa membuat otak kita berfikir. Bukan cerita kosong semata-mata.


Imaen bercerita tentang Gary dalam kisah ini. Seorg jejaka yg memilih jalan hidup yg kelabu, gelap utk menyara hidupnya. Pekerjaannya telah membuat dia tersingkir dari keluarga. Di kelab malam dia bertemu Nina yg jatuh cinta padanya. Bagi Nina, Gary adalah sebutir permata dalam kumbahan. Lelaki yg cocok utk dirinya. Macam susah pulak nak percaya, seorg lelaki yg minum2 sampai mabuk2 langsung tak pernah terlanjur dgn Nina yg memang gilakannya. Tapi Nina tu memang pura2 jual mahal kerana mahu Gary menganggapnya seorg yg menjaga maruah diri.


Gary jatuh cinta pandang pertama pd Tahani, gadis bertudung labuh yang manis. Gary tahu serta merta, itulah bakal isterinya. Macam2 cara dia cuba ngorat Tahani tpi tak berjaya. Dia siap jumpa bomoh utk tundukkan Tahani tapi sebaliknya yg berlaku, dia yg bertambah2 gilakan Tahani. Dgn bantuan rakan2 penjenayah dia merancang satu rompakan di farmasi tempat Tahani bekerja dan berlagak hero menyelamatkan maruah Tahani. Rancangan itu menjadi kerana Tahani sudah mahu berbaik2 dan bersembang2 dgnnya. Gary jugak merapati ayah Tahani, sorang ustaz.


Gary cuba meninggalkan dunia penyeludupan tetapi mendpt halangan. Ketika Tahani sudah membuka hatinya buat Gary, Nina muncul membuka cerita gelap Gary kepada Tahani. Gary terus kena reject 100%. Dendam telah membuat Tahani menjadi mangsa lagi tapi masa kejadian tu Tahani tu pulak macam rilek jer sampai tension Datuk Kazar tu nak gertak Tahani. Tahani ingat tu lakonan Gary and the gang lagi. hehe.


Di hujung2 cerita aku terasa keseluruhan cerita akhirnya menumpu kepada Nina. Semua ini berlaku adalah utk membentuk Nina yang lebih baik.


Cerita ni jadi amat menarik selepas Gary berjaya 'melarikan diri' dari berkahwin paksa dgn Nina. Memang tak sabar2 nak abiskan tambah2 pula rentak cerita menjadi 'fast phase' sehinggalah ke akhir cerita :)


sure fine whatever
rinn


sinopsis/alongside@multiply/blurb:


Lalu siapakah harus dipilih kalau di sana cantik di sini menawan?


Ketika aku melangkah keluar, ada yg tertinggal di sini; angan-angan, harapan dan seluruh hati. Sbg gantinya aku membawa bersama wajahnya, dan rindu padanya - Nur Tahani gadis bertudung labuh.


Aku memang telah jatuh cinta pada dia. 'Bidadari' versi dunia atau akhirat seperti dia hanya layak digandingkan dgn org beriman.


Bagaimana mungkin perempuan cantik, berprofil tinggi dan terlahirr dlm gedung Gucci spt Nina mahukan aku? Dia hanya layak bersanding dgn lelaki kategori 'arresviste-hooray henry'. Sedangkan aku hanya lelaki terbuang. Kelas kambing! Paria! Dalit!


Benarkah, kalaulah cantik itu pintu kpd cinta, setiap lelaki kena bertapa dalam gua dan jalan pejam mata?


Lalu aku melambung dadu terakhir. Kalau aku kalah sekalipun, aku sudah tiada apa2 lagi utk rugi. Sama ada aku lambung atau tidak dadu itu, aku tetap merana; merindukannya separuh mati dan mencintainya seumur hidup.


Terimalah seikat kembang merah daripada IMAEN; yang tetap menulis novel action-romantic, tetapi kali ini nadanya berbeza.

Review 299: Seindah Memori by Ilani Mysara


Seindah Memori
Penulis: Ilani Mysara
RM 16.00
416 mukasurat
ISBN : 983-124-181-9



"Debunga cinta masih mewangi di rimba hatiku yang sepi tak bertepi"


Rupa2nya nilah novel Ilani Mysara yg pertama :) akhirnya dpt juga saya membacanya. Saya mula mengenali penulis ini melalui karyanya yg bertajuk Bayu Asmara, kemudian diikuti dengan 'Kuseru namamu'. Dan yang terkini saya baca adalah novel ini iaitu 'Seindah Memori' yang merupakan karya sulung bonda dgn Alaf 21. :)


Nampaknya memang sejak awal bonda menulis kisah yang sedih. kalau tak sedih mula2, sedih ujung2. Paling tragic tu kalau sedih ujung2 smpai sad ending tu lah. Kisah ni memang sedih betul. Tangkap nangis. Saya ingin mengulangi peribahasa yang pernah saya gunakan dulu 'sudah jatuh ditimpa peti ais, baru nak lepas, peti ais pulak meletup'


Kisah ini berlatarkan pertengahan tahun 60-an. ianya bukan menceritakan kerancakan a-go-go tetapi lebih kepada kisah seorg gadis bernama Dayang yang ikhlas mengejar ilmu ukhrawi. dia menaruh harapan tinggi utk menyandang jawatan sbg seorg ustazah yg disegani. Dayang seorg gadis yg sangat merendah diri dan ketenangan dirinya telah mencuri hati Badri. Badri ni jenis memendam rasa. Dia tidak menolak bila dirinya ditunangkan dgn Siti, namun pertunangan putus kerana melengah2kan tarikh pernikahan. SEtelah putus dgn Siti, dia ditunangkan pulak dengan Tipah dan menerimanya dgn diam. Dia tak menyuarakan hasrat hatinya yg sebenar.


Dayang merantau ke utara utk meluaskan ilmu di dada. Di sana Iqbal mencuri oksigennya sehingga terkedu setiap kali bila bersua. Dia cuba mengingatkan diri tentang hasrat sebenar ke situ. Utk menuntut ilmu, bukannya mencari jodoh. Iqbal sudah bertemu suri yg diimpikan namun darjat keluarga dan peristiwa maklongnya disingkirkan keluarga menjadi pengajaran kepada ibu Iqbal utk tidak menerima Dayang. Namun undangan ibu Iqbal utk berjumpa Dayang dan menjelaskan kedudukan sebenar telah membalikkan hati si ibu lalu jatuh sayang pada gadis yang bijak itu.


Tempoh 3 tahun diberikan utk keluarga mereka mengenali Dayang. Dayang dan Iqbal bersetuju sekiranya selepas 3 tahun hati salah seorg dari mereka berubah, mereka harus redha.


Saya tak ada masalah dgn cerita sedih atau sad ending. cuma saya agak terganggu dengan batas2 pergaulan dalam kisah ini. Dayang adalah gadis yang tau batas2 agama, namun ada pulak scene dia memeluk Bak Man yg dianggap spt bapa sendiri, malah membiarkan Iqbal menyentuh tangannya. Sekiranya Dayang bukan dari background yang kuat agama, mungkin saya dpt menerima tindakannya itu.


Apa2pun memang sayulah bila mengikuti kisah hidup Dayang nih. Kenapalah mak Iqbal tu tak berbincang dgn parents Dayang tentang perjanjian 3 tahun tu, kalau tak, tentu mereka tak menerima pinangan Badri. Nasib Dayang mula berubah kehitaman apabila maruah diri dicabul Badar, adik Badri. Dia tak mau kawin dgn Badar lalu melarikan diri. Musnahlah cita2nya. dalam perantauan dia bertemu Pak dolah yg bkerja dgn Iskmal yg membenci wanita kerana pernah ditinggalkan Haryati yg telah dicurahkan segala2nya, harta dan kasih sayang, namun Haryati telah menolak cintanya dan meninggalkan dia pergi. Kebencian yg sama tumpah pada Dayang. Salah faham akhirnya telah membuka mata Isk. Namun bila dia menjumpai semula Dayang, gadis itu sudah terlantar di hospital. Kakinya sudah tidak kuat seperti dulu.


Dayang berjaya memujuk Badri utk menerima Tipah sbg isteri. Hasratnya utk bersama Iqbal sudah terbayang jelas di ruang mata. Ibu Iqbal mahu dia segera ke Mesir tapi permainan takdir menjadikan laluan hidupnya semakin sukar. Dalam menuju Iqbal, ada lelaki2 yang redha menganggapnya sbg adik dan turut mendoakan kebahagian Dayang-Iqbal.


sure fine whatever
rinn
thanks shikin for the book ;)




sinopsis belakang buku:


Kalau benarlah cinta itu lahir dari hati yang suci dan rela berkorban deminya, mengapa tidak ke jinjang pelamin pengakhirannya? Kalau benarlah cinta itu dari jiwa yang ikhlas, kenapa ada yang ternoda kerananya? Itulah lumrah cinta manusia. Dicintai dan mencintai tidak pernah padam walaupun sering dipersendakan oleh kerenah manusia.


Begitulah kehidupan Dayang yang penuh dengan kemelut cinta. Kali pertama dalam hidup, dia menghadapi dugaan cinta yang sungguh mencabar. Nak ditelan seperti pahit, nak dibuang tak sampai hati. Ungkapan 'Aku cinta padamu' mengajarnya erti reda dan pasrah. Dugaan dan ragam takdir sentiasa bergerak seiring dengan lafaz janjinya. Akhirnya, memporak-perandakan seluruh sendi kehidupannya.


Cinta dua darjat antara Dayang dan Syed Iqbal menguji penantiannya. Namun kerana satu janji, biar datang ribut taufan sekalipun, cintanya tetap dipertahankan walau Iqbal terbang tinggi di langit dan dia hanya melata tumbuh di bumi. Sesungguhnya pertarungan merebut cinta Iqbal memerlukan ketakwaan dan ketabahan sebagai syarat!


Kerenah takdir juga menyaksikan dirinya terlibat dalam cinta tiga penjuru. Cinta yang memusnahkan tiga kasih, tiga perasaan dan tiga hati. Kesemuanya menuntut pengorbanan dan air mata. Seorang harus melupakan dan seorang lagi harus dilupakan untuk memberi ruang pada orang ketiga. Siapa antara mereka yang ketawa gembira dan siapa pula yang akan merintih hiba?

Review 298: Bohemian by Imaen


Bohemian by Imaen
Terbitan Jemari Seni
Cetakan Pertama: Tahun 2008
RM20.00
475 mukasurat
ISBN 9789675118036


Dalam keseriusan bercerita Imaen mampu mencuit hati pembaca, membuat kita tertawa bersama watak2nya. Itu yang sangat saya suka dalam gaya penyampaian Imaen. MAsih terimbas gaya penyampaian yang sama dalam Labyrinth dulu. Dalam Bohemian ni saya sedikit rimas dengan penggunaan nama2 orang femos yang saya tak kenal.. Rasanya dlm Labyrinth dulu pun ada tapi saya tak lah lost sampai macam ni. haha bukan salah Imaen tapi salah saya sbb tak berpengetahuan luas dlm benda am seperti ini. notepad dlm hp saya penuh dengan nama2 yang saya tak familiar spt Michael Crichton, Ermenegildo Zegna, Quentin Tarantino, Sigmund Freud, Robert Le Roy, Butch Cassidy & Sundance Kid, Iwan Fals, harold Lyold, Tian Chuan, Kamal Bamadhaj, Dawud Wharnsby Ali.. errm rasanya ramai lagi. Selalunya kalau membaca, ada perkara yg saya tak familiar memang saya akan catat dan cari apa maksudnya kat internet. Sejujurnya, saya rasa rendah diri bila baca novel ni dan sangat kagum dengan pengetahuan am Imaen.


tapi bagus jugak la.. ntah brapa kali saya bukak balik notepad tu dan search kat internet utk nak mengenali siapakah mereka2 itu. Bagus jugak menambah pengetahuan. Saya ni memang tak ketahuan bab2 mcm nih.


Rasanya org yang kenal dgn nama2 di atas mungkin boleh enjoy kisah ini dgn lebih baik lagi. Mungkin juga target pembaca kisah ini adalah those yg suka pembacaan berbentuk ilmiah. BAcaan ilmiah seperti ini menarik kerana diselang seli dengan thriller, romantis dan komedi yg mencuit hati.


Kisah Fadlan-Nadira memang sangat menarik. Diorang ni memang complete opposite dan itu tidak menghalang mereka dari saling menyimpan perasaan kasih antara satu sama lain.


complete opposite yg macam mana? Fadlan ni jenis2 alim dan seorang pemuzik jalanan yg bercita-cita menjadi penyanyi terkenal dalam genrenya yg tersendiri. Nadira pulak seorg peguam, gadis melayu utara yang berambut perang (celup) yg gemar memakai skirt.


Dalam mengira perkara2 negatif tentang Nadira, Fadlan resah memikirkan mengapa gadis itu yang dia rindukan. Nadira pun resah jugak memikirkan kenapa dia tertarik dgn lelaki penganggur yang selebet penampilannya. Nadira tidak suka permainan ragbi yg dianggapnya permainan para banduan kerana jersinya belang2 tapi bila Fadlan salah seorang pemainnya dia sanggup berpanas di tepi padang :). Part ni membuatkan saya teringin nak baca balik novel Bara by Abdul Rahim Awang. Teringat-ingat pulak pada Dr Haryati, Rosli dan ragbi :)


Debar kisah ini lebih kepada Suhaimi, seorang lelaki biasa yg menjadi pelarian diburu penjahat. Fadlan terlibat secara tidak sengaja apabila camcorder yang menjadi kunci terlerainya kes ini berada dalam simpanannya secara tidak sengaja. Kebijaksanaan Fadlan telah menyelamatkan Suhaimi walaupun camcorder tersebut telah diragut. Dan kebijaksanaan Fadlan jugaklah yg membuat Nadira yg degil dan suka memberi alasan, mula berbaju kurung. :) sweetlah Fadlan ngan Nadira nih. Patutla Kak Ima suka sangat dgn citer Bohemian nih. Imaen memang mempunyai sentuhan semula jadi membuatkan kisah thriller berbaur romantis menjadi bahan bacaan yang seronok dibaca. :) terima kasih Imaen.


sure fine whatever
Rinn


Sinopsis belakang buku:


Cinta membuat kita tidak memandang apa-apa yang datang daripada kita, walaupun ia sebesar mana sekalipun. Sebaliknya, kita hanya akan memandang apa-apa yang datang daripada orang yg kita cintai, walau sekecil mana pun. Cinta membuat kita membuang sifat sendiri, dan mengambil sifatnya sebagai ganti.


Aku
Pemain muzik jalanan
melayari malaysiakini.com
merambu-rambu cari duit
pakai seluar bertampal di lutut
berambut panjang cecah bahu


Dia
seorang peguam
baca Business Times
gaji ribu-ribu
pakai skirt nampak lutut
berambut copper blonde celup


Siapakah dia yg berani mencuri tenang dan damaiku, lalu menggantikan ia dgn resah gelisah?


Siapakah dia berani merampas hening bening malam dengan huru-hara yg tidak keruan ini?


Siapakah dia yg berani mengusik lenaku dgn bygnya?


Dia, yg tidak pernah ada dlm senarai bidadari anganku! Tidak pula pernah sekalipun wujud dlm daftar mimpiku!


Dia, yg dari hujung kaki hingga hujung rambut bukanlah perempuan yg aku mohon lewat doa-doaku kepada Tuhan.


Setelah Vendetta (Gurindam Jiwa) dan Labyrinth. IMAEN melakar risalah pemuzik jalanan - busker- berbicara tentang cinta antara Fadlan dan Nadira, dgn bahasa mantap penuh falsafah, namun disajikan dlm nada manis cara Bohemian.

Review 297: Labyrinth by Imaen


Labyrinth by Imaen
Terbitan Jemari Seni
RM18.00
430 muka surat


Lepas baca buku ni saya rasa saya amat kerdil utk komen hasil karya penulis ini. luas betul pengetahuan Imaen, dari duniawi ke ukhrawi, dari Al-Quran ke hiburan. Membaca buku ini seolah menambah ilmiah, meniti sirah, merenung kehidupan, muhasabah diri. Teringat dulu masa baca Vandetta pun nilai2 begini diterapkan. Labyrinth lebih menarik (bagi saya) sbb ada kisah cinta tak terucap antara Dani dan Maira. Imaen bijak menyelitkan kisah ini menarik pembaca santai seperti saya utk mengikuti kisah Labyrinth dgn teliti. Bagi peminat thriller/adventure kisah ini pasti dalam senarai top 3 dan tidak rugi pembaca yg novel romantis utk mengikuti kisah cinta dani-maira dalam novel ini.

key story dia tentang pembunuhan bersiri yg dilakukan oleh seorang pembunuh misteri yg saya rasa berbintang gemini dan mungkin ada keturunan Gollum (dari Lord of the rings) haha. ni jenis cakap sorang tapi macam menyembang dua orang. Namun pembunuh ini berseni orangnya, pandai menari, melibas pedang, bersajak dan bijak menempatkan diri di kalangan orang yg memburunya.

Kes ini menemukan Dani dgn Kamal dan Hanani, detektif homosid yg terlibat dalam kes ini. Perwatakan Dani amat kontra dgn Kamal mahupun Hanani namun terikat juga persahabatan erat antara Kamal dan Dani. Tempias keluhuran agama Islam dalam Dani melekat juga pada Kamal yg sudah lupa tempat sujud.

Kisah Dani-Maira sudah lama bermula di hati masing2 yg langsung tidak diluahkan oleh kata2. Saat langkah pertama sudah diatur oleh Dani, mak dia pulak sibuk nak jodohkan dia dgn orang lain. Maira menanggung rindu kali kedua apabila Dani balik kg. pestaim dulu masa Dani pi belajar kat oversea. Dani dan Maira serba salah dgn perasaan sendiri, kalau dibiarkan diri hanyut takut nanti membawa maksiat pulak. Bashir pulak makin berani meluahkan perasaan kpd Maira walaupun ditolak mentah2. Hati Maira sudah nekad akan menunggu Dani tapi Bashir pun nekad jugak. Sian Dani sampai decide nak balik kampung tanam jagung sbb frust dgn Maira, tapi satu sms membuat senyum Dani melebar.

Kamal-Hanani-Natasya ada konflik tersendiri. Ingat ker Kamal nak lepaskan Natasya, I'm so glad they're back together and Hanani tak mati masa bertugas.

Tersenyum saya melihat nama Aqmar Aziz melintas di depan mata. Aqmar Aziz yg terpaksa melepaskan Nuur Khalida untuk bersama Tengku Dara. Nampaknya Labyrinth, Nyanyian Tanjung Sepi, Surat Ungu Untuk Nuha, Tanah Andriyana, semua dalam satu universe yg sama :) hmm terlintas jugak nama Dr Farhana, adakah Farhana yg sama dalam 'Rindunya Kian Membara'? aduih.. nampak sangat aku ni dah makin obses dgn karya kak noor suraya.

Thank you Imaen.

sure fine whatever
Rinn

Sinopsis belakang buku:

Dunia Kamal dan Dani berbeza. Namun takdir telah mempertemukan mereka. Pembunuhan berbersiri adalah 'lantai' untuk mereka saling mengenali; mencari jalan keluar dari labyrinth yang membelenggu mereka!

Kamal
Cinta dan rindu seperti kopi... pahit! Setia pula adalah gulanya. Kopi dan gula adalah kepahitan yang manis. Kenapakah cintanya sudah tidak bergula lagi?

Dani
Kadang-kadang dalam riuh di luar, di dalam begitu sepi. Seperti ada tembok yang memisahkan. Seperti gagalnya laut menakluki sungai dengan masinnya. Riuh itu laut dan Dani itu sungai... dan maira?

Maira
Cintaku kepada-Mu adalah laut tanpa pantai... hujan tanpa awan. Rinduku kepada-Mu adalah mabuk tanpa anggur... makan tanpa kenyang!

Bahasa diamlah bahasa yang paling sukar. Dalam diam ada seribu pengertian. Dalam diam ada seribu soalan. Dalam diam ada seribu jawapan. Dan dalam diam ada seribu tafsiran. Dengan diam orang boleh berkata, aku cinta padamu. Dan dalam diam juga orang boleh berkata, kita tidak lagi sehaluan.

lalu diam yang bagaimanakah aku dan Maira?

lalu diam yang bagaimanakah aku dan Natasya?

Seorang diri dia memasuki labyrinth... berjalan dan terus berjalan: jalan yang berselirat. Dia harus memilih, namun setiap pilihan adalah halangan, lalu dia mencipta jalannya sendiri. Dia tahu, pembunuh itu berada dekat dengannya. Siapa?

Sebuah lagi karya romantis-thriller daripada IMAEN, selepas Vendetta(Gurindam Jiwa)

Tuesday, February 22, 2011

Review 296: 5 Tahun 5 Bulan by Hlovate


5 Tahun 5 Bulan
Penulis: Hlovate
Terbitan Jemari Seni
520 muka surat
RM20.00


Karya Hlovate yang pertama saya baca adalah Schubert's Serenade, walaupun 5T5B karya pertamanya tapi masa tu dah berkobar kobar nak baca kompilasi cerita2 "gurindam jiwa". I can't help making comparison lah bila dah baca dua karya penulis yang sama. Bagi saya isi cerita 5T5B tak der apa sangat, cuma cerita ini diselamatkan dari kebosanan oleh gaya bahasa Hlovate yang sangat santai dan bisa membuat pembaca tersenyum, tergelak. Saya pun selalu senyum sepanjang baca buku ni. Kalau ditapis dari segi isi ceritanya, banyak love story yang macam ni. Yg paling saya suka adalah ending citer ni, i can read part IV of the book berulang kali dan senyum jiwang. suka la!


BAgi saya Schubert's Serenade lebih menarik. Sebaik saja abis baca buku 5T5B saya terus capai "gurindam jiwa" dan baca schubert's serenade lagi sekali. Mungkin sebab saya ada ternampak nama Ju'a dalam 5T5B ni. Ju'a tu sepupu Johanna rupanya. Memang saya pasti saya lebih suka SS. SS buat saya senyum, ketawa, hiba, menangis. 5T5B tak der pulak buat saya rasa macam tu. Apa2 pun Hlovate berjaya meletakkan dirinya dalam kategorinya tersendiri dengan penggunaan bahasa, peribahasa yang moden, creative dan innovative, byk betul analogi, terminologi, perumpamaan yang buat kepala hotak kita ni rasa segar. Terima kasih Hlovate.


serba sedikit tentang 5T5B. Mengisahkan Johanna yang bekerja sbg orang gaji sementara menunggu peluang ke luar negara. Sepanjang karier sementaranya itu dia mengenali along sekeluarga. Along sudah mula menaruh hati buat Ana tapi selalu suka sakat Ana, membuatkan Ana rasa lemas. Pemergian Ana ke Universiti Aberdeen mengajar mereka erti rindu tetapi perasaan masih terpendam. Along tercabar dgn kehadiran Jebat dalam hidup Ana. apa2pun ibu bapa Johanna mesti tersenyum bangga dengan kepulangan Ana bersama 3 sijil instead of one. Sijil degree, sijil nikah dan sijil beranak Amir. :)


sure fine whatever
Rinn




Sinopsis belakang buku


Menjadi orang gaji di rumah Encik Latfy sebenarnya tidak sesusah mana kalau tidak kerana Along Serbia yang sarkastik tu...


Ini bukan asam pedas ni. Dah macam masam-kelat-pedas aje.
Masin sangat la ni... lain kali nak letak garam banyak mana timbanglah dulu.
Nak bagi kitorang kena diabetes ke Cik Ana oi...?
Bancuh Along kopi O. Kurang gula. Tapi campur sikit honey.


Namun inilah permulaannya dia belajar menjadi seorang Ana... dan dari sini jugalah Ana semakin dewasa dalam setiap episod kehidupannya...


Kata Ana:
Saya bukan orang yang dicari, Along. Ana yang Along kenal bukan Jo yang sepatutnya Along kenal.


Kata hati Along:
Tanpa diduga dia mengenali seorang Jo di dalam Ana.


Siapa Ana? Dan siapa pula Jo dalam hidup Along?


Seperti mana dia cekap sebagai orang gaji begitulah dia 'cekap' mengendalikan dirinya sebagai pelajar di Universiti of Aberdeen. Namun apabila datang bab 'hati' ada yang tidak kena dengannya sejak dulu. Hatinya pernah berperi: boys are stupid, some men too.


Hlovate mengungkap roman-komedi ini dalam bahasa basah serta jenaka yang selamba. Pelajar luar negara ini mengadun 5 Tahun 5 Bulan secukup rasa; enak di mulut; berkhasiat di minda; penawar di hati... mengisi nurani.

Review 295: Tiga Ceritera Dalam Sebuah Gurindam Jiwa


"Tiga ceritera dalam sebuah Gurindam Jiwa"
Penulis : Hlovate, Imaen, Noorsuraya
Terbitan Jemari Seni Publishing

Ceritera 1: Schubert's Serenade by Hlovate
Gurindam Jiwa:
Tuai padi antara masak
esok jangan layu-layuan
intai kami antara nampak
esok jangan rindu-rinduan

Mulanya ingat nak baca 5Tahun 5 Bulan dulu tapi tak kesampaian.. buku dah dapat tapi dah baca Schubert's serenade dulu. What can i say, awai2 lagi saya dah ngam ngan gaya berbahasa yg errmm boleh dikatakan funky/urban.. huhu ada ke? Rasanya very close to gaya percakap biasa, penampilan perumpaman yg moden dan baru menarik dan mencuit hati dan ada kadang2 tu saya ni bukannya paham sangat, maklumla orang kampung. saya mmg blank tambah2 bab2 muzikal, piano dan violin, blurr la sikit amik masa nak paham tapi sangat enjoyable biler baca kisah ni.

Mengisahkan Ju'a yang kehilangan kasih sayang seseorang yg asalnya bgitu asing bagi dirinya tapi kemudian orang itu (abg shah - abg tiri) menjadi seseorang yg significant dlm hidupnya, tapi pada hari dia menerima adik baru, abg shah pergi utk selama lamanya. Kehadiran EG mencuit hati Ju'a kerana sgt2 mengingatkan kepada abg shah. Dia jadi marah pada EG kerana seolah2 mengingatkan dia pd abg shah, dari schubert's serenade hinggalah ke romano sport dan RXZ membangkitkan kenangan dgn abg shah melalui EG.

Ceritera II: Vendetta by Imaen
Gurindam Jiwa:
Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor di tengah laman
Hendak mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak tangan

fuh.. gurindam jiwa yg nekad ni.. sanggup mati utk kekasih. Nampaknya Imaen seorang penulis thriller yg ada masa depan yg cerah. Bahasa yang digunakan menunjukkan dia begitu familiar dgn isu-isu yg diketengahkan. saya seperti sedang belajar benda2 baru. Mungkin juga sebab saya tak pernah amik tau hal-hal sebegitu sebelum ini. 'foreign legion', komando pencen, macam2 lah. Tajuknya saja menunjukkan cerita ini penuh dengan dendam, dendam seorang kekasih yg mahu membela kematian kekasihnya. Watak utama, D menjejaki those yg terlibat dalam satu rompakan yg meragut nyawa isterinya. Satu persatu diburu dan dihapuskan. Teringat pulak citer P.Ramlee, enam jahanam. :) Not my cup of tea, sekadar membaca dan menghabiskannya, namun di sepanjang pembacaan banyak pengajaran yg dpt saya kutip dan menginsafkan.. yer la tetiba jer gi kedai cari semula buku2 fiqh dan tauhid.. huhu..

I was hoping D insaf dan tak terus membunuh kerana dendamnya sbb dia macam sudah mula kembali ke jalan Allah tapi tula.. dendam tetap perlu dilunaskan, bagi melengkapkan kisah 'vendetta'

Ceritera III: Hati Andriyana by Noor Suraya

Gurindam Jiwa:
Batang selasih mainan budak
daun selasih dimakan kuda
becerai kasih talak tiada
seribu tahun kembali jua

Bila baca tajuknya saya teringat salah satu buku Noor Suraya ada bertajuk 'tanah andriyana'. selepas baca 'hati andriyana' baru lah saya baca 'tanah andriyana'. kelihatannya 'hati andriyana' adalah seperti ringkasan kepada 'tanah andriyana' namun ada jugak 'the lost scenes' yg disisipkan dalam 'hati andriyana' yg menjadikan keseluruhan kisah lebih menarik dan lengkap. kisah permusuhan keluarga di tangan Noor suraya menjadi menarik dan diwarnai kisah2 cinta 4 keturunan. Andriyana-Ku Fitri, Manjalara-Joshua, Ali Hakem-Maryam dan tentu sekali Aliya-Hadi.

Cerita ni adalah tentang sengketa dua keluarga yg berakar umbi dari kehadiran Andriyana ke pulau langkawi, mencuri hati Ku Fitri. Tanah yg diwariskan kepada Andriyana dipersoalkan ke sah han nya.. Pertemuan Aliya dan hadi membangkitkan sejarah & sengketa lama. cinta Andriyana dan Ku Fitri memecah belahkan dua keluarga, dapatkah cinta Aliya - Hadi menyatukan mereka semula? Hadi seorang pecinta yg pasti dengan hatinya manakala Aliya lebih byk berfikir komplikasinya.

Saya belum pernah membaca 'tanah andriyana' semasa membaca 'hati andriyana', tp saya tiada masalah utk memahami kisah ni, semuanya diceritakan dgn baik. Garang betul la aliya tu tapi tak sangka dia berjiwa seni. lepas dia jatuh hati dgn hadi, nenek dia bagi markah B- utk perubahan aliya.. hehe ingat ker leh dpt A- ker.

Aliya dlm buku ini kelihatan lebih berkobar-kobar membongkar misteri kisah moyangnya berbanding aliya dalam 'tanah andriyana'. Kisah Aliya dan tok nek nah ada dalam buku ni, tapi dalam 'tanah andriyana' tak der. Hati Andriyana dan Tanah Andriyana memang saling melengkapi. Benda yg dlm Tanah Andriyana, ada dalam Hati Andriyana.

disebabkan 'hati andriyana' saya beli 'tanah andriyana' :)

sure fine whatever
Rinn

Sinopsis belakang buku:

Ceriteria I - Hlovate (m/s 1-175)

"Schubert's Serenade... lagunya penuh dengan kenangan
Dan dengan kenangan itu cerita ini ditulis.

ingatan untuk mereka yang pernah hadir dalam hidup saya
ingatan untuk mereka yang pernah bersama melalui 'waktu itu' bersama saya
ingatan untuk lagu-lagu yang pernah bertanda dalam hidup saya
ingatan untuk hari-hari yang pernah menjadi sebahagian dari hidup saya

mungkin lagunya sedih
mungkin ceritanya pun sedih
namun kenangan yang bertanda dalam diri saya,
yang datang bersama lagu ini... tiada sejarah dan air mata"

there could be beauty in tragedy, anyway.

Ceritera II - Imaen (m/s 179-319)

Dengan jari aku gali sedikit tanah di tepi nisannya, kukuburkan cincin itu di sisinya.

"Bukan bermakna aku sudah tidak menyayangimu lagi, sampai mati sayang, sampai mati! aku tanam kerana aku ingin bersemadi di sebelahmu. Sedangkan apa yang bakal berlaku hari ini, aku sudah tidak pasti apakah nisanku nanti akan menjadi teman nisanmu... hari ini adalah titik tanpa pulang lagi. Vendetta!"

Ceritera III - Noor Suraya

Hati Andriyana adalah sisipan kisah cinta 'dia' yang menyimpan seriu rahsia, 'dia yang menyimpan seribu cerita, 'dia' yang ingin berkongsi sebuah rasa: Aliya & Manjalara.

Dalam Gurindam Jiwa ini
Manjalara beritakan tentang rasa hatinya
Lalu Fitri Hadi akan mewarnakan citra pertama 'dia' di hatinya
Walau apapun ceriteranya, di pena Noor Suraya
Ku Fitri masih seorang 'Qais' untuk lailanya dan Raden Andriyana... masih seorang puteri.

Cerita Hati Andriyana adalah edisi berkembar dgn Tanah Andriyana, terbitan CESB

Review 294: [tunas] by Hlovate


[tunas] by Hlovate
terbitan Jemari Seni
cetakan pertama: Tahun 2008
ISBN No: 978-967-5118-06-7
RM21.00
540 mukasurat


"the aim of life is to live, and to live means to be aware, joyously, drunkenly, serenely, divinely aware (henry miller)"


[tunas] ni tersadai kat rumah di kampung. sebab tu la aku lambat baca. Biler abis jer baca [tunas] aku terus sambung baca aA+bB. Saja nak amik feel. :) [tunas] buat membaca aA+bB jadi lagi best :) rasa macam rancak jer baca buku nih. macam diiringi satu tempo yg laju. Mengekek-ngekek gelak. I really enjoy membaca buku nih. Lagipun nostalgia la baca kisah2 sekolah nih. Aku dulu pun budak sains jugak. Teringat2 zaman2 mengulit buku2 fizik, kimia, bio dulu. Operasi 'tolong kawan' belakang lab pun ada. keh keh. nasib baik terlepas, kalau tak ntah la. Alhamdulillah abis form 5 aku sambung dalam bidang sains jugak tapi sains kesetiausahaan eksekutif. keh keh keh.


Kisah ini dibahagikan kepada 3 bahagian. Bhg pertama Greatroublemaker_i, mengisahkan perjalanan hidup Addin sbg pelajar tingkatan 4 di Kolej Tunas bersama rakan2 pioneernya di situ. Memang con tahap gaban lah geng diorang nih. Bahagian ke2 Greatroublemaker i'm a senior Addin dan rakan2 melangkah ke tingkatan 5. Peranan con terpaksa di underground kan oleh Addin kerana dia terpilih sebagai Head Girl skolah tu. masa form 5 nilah dia bertemu dgn Benz Alif. Budak taiko yg baru kat skolah tu. Kehadiran Magnificient 7 byk memudahkan tugas2 underground Addin, tapi mereka tu jugaklah yang membuatkan dia kelihatan seperti ada apa2 dengan budak taiko tu.


Tindakan Benz menghinanya di tempat public menyebabkan Addin mendendaminya sampai bila2 (nilah yang terbawa-bawa hingga ke kisah aA+bB). Benz dan Addin berpisah tanpa sebarang penjelasan mengapa Benz buat mcm tu. So kenalah baca aA+bB utk tau kesinambungannya :)


Kisah ketiga lebih menumpu kepada Magnificent 7 yang masuk ke tingkatan 5. Paling seronok baca kisah Air-jee & Tina berperang ala2 saintis. siap ada letusan2 nih. hebat betul. Satu projek menemukan mereka dan memaksa mereka bekerjasama dan bukannya saling menentang. Namun projek tulah yang membuat mereka sedar hanya mereka berdua yang memahami antara satu sama lain. orang lain akan jadi blurr tapi mereka terangguk-angguk faham sambil tersenyum puas :)


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:


“Akak nak bunga apa? Sebut aje.” Lee pula yang menyambung.
“Bunga ros? Bunga matahari? Bunga carnation? Bunga lili? Bunga raya?” Dia membilang dengan jari tangan.
“Bunga bakawali? Bunga teratai? Bunga orkid? Bunga plastik? Bunga lawang? Bunga cengkih?”


Budak bertujuh itu memandang Addin tak berkelip.


“Tulip ada?”


“Kenapa mesti akak mintak the only flower yang kita orang tak ada?”


A-Cid berpaling ke belakang. “Benz, one red rose, full-bloom, with baby's breath in a bouquet, please. Wrap with white organza." Dia memetik jari. “Pink ribbon.”


Benz memandang A-Cid dengan muka yang tak boleh dibaca. “The I-Love-You ensemble?" Keningnya terangkat sebelah.
Addin jatuh rahang bawah. The-what???


“A-Cid! Akak memang tak main la benda-benda macam tu....”


“I’m Panah Arjuna. I spread the love.” Selamba dia menuturkan dengan muka toya.


Masihkah anda ingat pada Benz dan Addin, dalam novel aA+bB?


Kini HLOVATE, mengundur beberapa tahun ke belakang, untuk menyingkap sebahagian persoalan, sebahagian rasa dan sebahagian kisah, tentang Addin & Benz serta Magnificent 7 suatu waktu dulu.


----------------------
Kini HLOVATE, mengundur beberapa tahun ke belakang, utk menyingkap sebahagian persoalan, sebahagian rasa dan sebahagian kisah, tentang Addin & Benz serta magnificent 7 suatu waktu dahulu.

Review 293: Rooftop Rant by Hlovate


Rooftop Rant by Hlovate
Terbitan Jemari Seni
Cetakan Pertama 2009
RM21.00
540 mukasurat
isbn: 9789675118074


"There're times when strangers are like family, and family are like strangers"


Bukan sorang dua yang paksa saya baca buku ni. yang tak baca lagi buku ni pun sibuk suruh saya baca cepat2. adus sabar jer aku. Rasanya memang ramai yg tak sabar menunggu kehadiran novel terbaru setelah membaca 5tahun 5bulan, Gurindam Jiwa: Schubert's serenade, aA+bB dan [tunas]. gap setiap buku tu tidaklah jauh2 tapi ternyata peminat2 hlovate mahu lebih banyak karya2nya :) saya ni bukan pengikut enovel so, saya tak ambil tahu sangat mengenai cerita2 online, tapi kalau dah jadi novel bercetak ni, memang lah saya akan baca sebaik saja ada peluang :)


Rooftop Rant. Hlovate meneruskan rentak tersendirinya dlm penyampaian kisah ini. Dalam delivery tersendiri dia masih mampu memikat pembaca utk terus hooked dalam penceritaannya.


Bagi saya permulaan cerita ini agak kelabu dan saya berusaha utk concentrate. Tak lama keadaan tu kerana bila selak ke muka surat seterusnya kita sudah dibawa ke dunia Jade dan Trisy di bumbung menara Topaz.


Sukarnya menjadi remaja seperti Jade dan Trisy yg ketandusan tumpuan dan kasih sayang parents. Jade yg lebih matang membina haluan dgn cara tersendiri namun bagi remaja sekolah seperti Trisy dia masih terkial-kial mencari arah dan dia akhirnya terumbang ambing dalam membuat keputusan dalam hidupnya.


Komunikasi seharian dgn Jade memberi impak yang amat besar dalam hidupnya. Setiap kali perbualan mereka berlaku, ianya seperti rakaman kekal dalam jiwanya. Kata-kata itu menjadi hikmat utk nya meneruskan hidup. Namun tekanan demi tekanan menjadikan dia lemah dan terkulai seorg diri dalam kepekatan malam di menara Topaz. Seawal muka surat 90 kita sudah dpt memahami keadaan Trisy yg tertekan. Kehibaannya dpt dirasakan dan turut mengundang kesedihan pada pembaca. Dalam keadaan overdosed, Trisy diselamatkan buat kali kedua oleh Jade. Keluarganya entah ke mana. Tindakan Trisy juga telah membuatkan parents dia membuat keputusan utk menghantarnya balik ke kampung utk tinggal dgn datuk dan neneknya. Bermulalah episode baru dalam hidup Trisy. Kehidupan yg semakin bermakna tetapi seperti ada kekurangan kerana Jade tiada bersama-samanya utk mendengar keluh kesahnya. Kehadiran paksunya yg ala2 ustaz rock memeriahkan hidupnya.


Bagi saya kisah ini mengingatkan saya kepada 5 tahun 5 bulan. Rasa macam ada yg sama tapi tak serupa. Rooftop Rant lebih berat dan penuh emosi tapi 5T5B lebih jiwang :)


Kelakar betul pendekatan Jebat utk membantu adiknya, Lekiu berkenalan rapat dgn Trisy. Siap hantar utusan merisik lagi tu! haha. Saya kagum dgn Trisy yg kebal hatinya. Walaupun Trisy dan Jade tidak pernah saling memberi harapan tapi mereka percaya antara satu sama lain. Ending yg membuatkan kita tersenyum panjang :) Terima kasih Hlovate.


heroin2 citer hlovate semua suka dgr mp3 dgn telinga tersumbat earphone ek? hehe


sure fine whatever
rinn



Sinopsis belakang buku:


Lontarkan
...kalau tidak ia meracun
kongsikan
...walau hanya pada awan-awan

Mereka berbicara di atas bumbung
Episod hidup memang berbeza tapi cerita mereka masih selari!


Allah takkan bebankan hamba-Nya dengan
apa yang dia tak mampu!


Hidup tak selalunya lawa
tak selalunya ada pelangi
kalau nak kata a bed of roses pun, duri-durinya tetap ada
kadang-kadang... bilamana 'malapetaka' itu datang,
terasa macam kena gelek ke bumi dek ahli sumo
rasa macam dah tak mampu bangkit
rasa macam dah tak mampu hela nafas


Dengarkan HLOVATE berbicara:
tentang hikayat Rooftop Rant dari puncak Wisma Topaz ini...
tentang Trisy dan Jade...


tentang bukit yg sayup di depan
tentang angin yg membawa salam di belakang
tentang lang sewah yg berlegar melayah di atas
tentang deretan kenderaan yg bersesak-sesak di bawah


dan mereka terus bercerita...
sesudah berani meruntuhkan tembok hati dan dinding rasa


mampukah dibeli tangga-tangga untuk mencapai cita-cita?


ini cerita sebuah bicara
bicara bumbung namanya...

Review 292: Suha Kuasa Tiga by Bikash Nur Idris



Suha Kuasa Tiga
Penulis Bikash Nur Idris
Editor Nor Lisa
Terbitan Fajar Pakeer
RM10.90
Sabah/Sarawak: RM13.90
9789673650439
128 mukasurat


"Kalau berkawan, kita kena ikhlas. Semua org perlukan kawan."


Haaa ni lah jenis buku yg sesuai dibaca budak2 sekolah menengah dan rendah. Cerita zaman skolah ni memang buat aku teringat dan terbayang2 persekitaran skolah aku dulu. *mode kenangan mengusik jiwa* haha.


Kisah Nasuha, anak tunggal yg kemudiannya mendapat seorg adik lelaki, Suhaid. Ibu bapa Suhaid meninggal dlm satu kemalangan jalan raya. Sepupunya yg masih kecil itu membesar dlm keluarganya dan mereka memang sangat rapat dah dilimpahi kasih sayang yg tidak berbelah bagi.


Apabila memasuki alam sekolah menengah, kecomelan Suhaid sgt terserlah sehingga ramai gadis2 di sekolah mereka jatuh hati dgn Suhaid. sampai ada fanclub lah si Suhaid tu. Pelajar2 lelaki memang mencemburui Suhaid dan menggelarnya lelaki cantik terutamanya kumpulan Do Re Mi. NAsuha ni jenis pantang dicabar, nasib baiklah dgn kehadiran Suhail (kawan baru) yg tak banyak berkata2 menyelamatkan Nasuha dalam cabar-mencabar. Suhail sering mengeluarkan idea mencabar yg jenis membina seperti sapa yg terbaik dalam exam dia dikira menang, atau sapa yg menang dalam sukaneka, dia dikira menang. Aku rasa kalau Nasuha yg pilih, mesti jenis sapa kena debik sampai pengsan dikira kalah. Dah la dia tu pompuan.


NAsuha tidak menyenangi Suhail yg tiba2 hadir antara dia dan Suhaid. malah Suhail digelar 'musuh peribadi' tetapi musuh itu sering menyelamatkan keadaan havoc yg ditimbulkan Nasuha.


Pertandingan tuju tin tiga lawan tiga antara Suha kuasa tiga dengan Do Re Mi menjadi kemuncak cabaran utk mempertahankan Suhaid. Pertandingan yg mungkin kelihatan meletihkan tetapi bagi yg menyertainya, Nasuha merasakan dia tidak perlu begitu bersungguh melindungi Suhaid kerana Suhaid sudah pandai menjaga diri sendiri malah Suhaid juga menjadi pelindung dirinya dan Suhail rupa2nya adalah penyelamat dirinya bila2 dan di mana saja. Suhail yg sebelum ini selesa bergerak sendiri akhirnya merasa nikmat hidup berkawan. Dia kelihatan lebih cool bila ada kawan :)


Dah sah-sah la Suhail yg cerdik tetapi pendiam tu syok kat Nasuha yg mcm tigasuku sikit tu :)


sure fine whatever
rinn


sinopsis/blurb/alongside@multiply


"Bila bersedih, bila bermasalah, bila perlukan seseorg... kawanlah yg kita akan cari. Kawan akan faham. Kawan akan tenangkan. kawan akan ada di sisi. Masa tu... awak akan sangat perlukan kawan. Awak kena rasa sesuatu, sebagai kawan, utk buat apa saja yg perlu utk kawan tu. Rasa tu... kena ada."


Kebetulan nama mereka ada dekatnya. Nasuha, Suhaid dan Suhail. Namun, nama yg dekat, bakalkan memungkinkan dekatnya hubungan sbg kawan?


Tet! Salah sama sekali!


Nasuha sangat tidak sukakan Suhail, hanya kerana Suhail bersikap kurang diajar kepadanya pada hari pertama dia mendaftarr di sekolah itu. Dia tidak benci tapi dia sangat tidak suka. Jadi, Suhail musuh peribadinya. Sedang Suhaid, yg hampir nama adalah kawan tersayang. Walaupun dia hairan, bagaimana satu huruf di belakang itu boleh ubah perasaannya, tapi itu hakikat.


Jadi, macam mana nk jawab soalan yg musuh peribadi soal ini. "Kalau mcm tu, awak sudi jadi kawan saya?" Tambah pula bila Suhaid mula cuba berbaik dgn Nasuha dan Suhaid, sampai wujudnya satu jeritan yg sama dari kanopi sukaneka. "Suha kuasa tiga!"


Mahukah Nasha terima Suhail sbg kawan, apabila dia sudah ada Suhaid? Akan berubahkan satu huruf akhir di belakang nama itu?

Monday, February 21, 2011

Review 291: Sonata Kasihku by Siti Hazneza Abdul Hamid


Sonata Kasihku
Penulis: Siti Hazneza Abdul Hamid
Terbitan Creative Enterprise Sdn Bhd
cetakan pertama: Tahun 2008
RM17.90
352 mukasurat
9789838939003


"Salju kasihmu merantai hatiku"
"Sonata kasihku kekadang rancak, kekadang perlahan.
Beralun mengikut rentak hati. Kali ini biarlah ia
beralun menjadi sonata yang mengasyikkan.
Sejak mengenali dirimu, aku mula jadi seorg
perindu. Bagaikan pungguk rindukan bulan,
sambil ditemani sunyinya suasana malam."


Antara penulis yang aku sentiasa tertunggu-tunggu karyanya di pasaran :) akhirnya sampai jugak hajat utk memiliki novel terbaru Siti Hazneza Abdul Hamid "Sonata Kasihku". Sebelum apa2 aku nak ucapkan tahniah buat Siti Hazneza yang baru mendirikan rumahtangga. Semoga diberkati Allah hingga ke akhir hayat. Amin.


Siti Hazneza masih bermain dengan isu perasaan dan emosi wanita. Seperti biasa, garapannya terasa kuat dan menghembus semangat waja ke dalam jiwa pembacanya. Watak2 wanita Siti Hazneza amat cekal dan dibaluti iman yg kuat buat yg Maha Pencipta.


Tumpuan kita kali ini adalah Hawa. Seorang penulis, pensyarah & penceramah motivasi. Seorang Hawa yang sangat cintakan Yun, seseorg yg telah menolak cintanya dan meninggalkan dirinya. Cintanya buat Yun sentiasa subur dan dia sentiasa mendoakan kesejahteraan Yun. Hawa bersahabat baik dengan Haikal, terlalu baik sehingga kalau ditakdirkan mereka berkahwin, mereka akan setuju. namun Haikal tidak sanggup utk 'dimadukan' dengan Yun. Ingatan Hawa terlalu kuat buat Yun. Sesiapa yg mahu mengahwini Hawa mesti sanggup berkongsi kasih dgn Yun. Hawa faham dan Haikal akan sentiasa kekal di jiwanya sbg sahabat yang paling sejati dan paling dikasihi. Muncullah Adam. Lelaki yang sanggup bermadu dengan Yun dan Haikal dalam jiwa Hawa. Dia berjanji akan membahagiakan Hawa. Hawa tidak menolak jodoh yang baik untuk dirinya. Lalu pernikahan itu berlaku. Hawa gembira dikurniakan suami sebaik Adam, romantik pulak tu. Ada terselit babak2 romantis hawa-adam.

Sejauh manakah Adam dapat menahan diri dari bersoal jawab tentang Yun? Adam seperti mahukan sesuatu yang lebih dari Hawa yang berjaya menjadikan dia lelaki yg paling bahagia. Tanpa mereka ketahui, roh Hawa sudah mengenali roh Amirul. jasad mereka tak pernah bertemu namun roh mereka sudah saling menyapa. Siapa Yun? Amirulkah dia? Demi utk menenangkan hati Hawa, Adam mencari Yun.


Memang sayang utk meninggalkan buku ini bila mula membacanya. Tapi aku terstop biler tetiba la pulak ada scene yg agak tersipu sipu utk aku membacanya, yg aku rasakan kalau tak ada scene begitu tu cerita ini sudah cukup hebat dan sangat menarik *sighs*. Cerita yang kita sukar utk meneka apa akan jadi di muka surat seterusnya, apatah lagi endingnya. Setakat ini aku belum pernah kecewa dengan ending novel2 Siti Hazneza. *sengih*


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:

Salju kasihmu merantai hatiku.
Aku ibarat kuda yang patah kakinya...
berlari dalam kesakitan sambil ditemani
rintih-rintih hujan... demi meraih sebuah kemenangan
cintamu. Namun kemenangan itu nyata bukan milikku
bilamana Allah yakinkan aku yang engkau bukanlah
diciptakan untukku. Tapi... izainkan aku terus mendoakanmu
Yun, mendoakan kebaikan untukmu di dunia dan akhirat.
Karena dgn itu roh kita akan saling mengenali.
Di sebalik sonata kasihku... aku cuba mencari kebahagiaan
diri bersama Adam. Seorg suami yang sanggup 'dimadu'
oleh isterinya. bilamana aku gelisah ingatkan Yun,
keutuhan mahligai kasihku bersama Adam mulai goyah.
goyah dilanda badai tatkala cemburu merantai hati. Namun
demi kasih yang mula berputik... akan kubajai sehingga ia
mekar mewangi.

Review 290: Setulus Setia Seindah Nama by Siti Hazneza Abdul Hamid


Setulus Setia Seindah Nama
Penulis: Siti Hazneza Abdul Hamid
Terbitan Pustaka Yamien Sdn. bhd
RM19.90
332 mukasurat

Semasa saya membaca novel ni adik tegur "tengok macam buku motivasi!" haha.. well, never judge a book by it's cover. Masa tengok buku ni kali pertama, nampak saja nama penulisnya, saya tak berfikir 2 kali utk memiliki novel ni. Siti Hazneza Abdul Hamed. Nama tu sudah cukup kuat di mata saya. Bagi saya sentuhannya karyanya cukup berkesan dan ada identiti tersendiri. Ciri2 Islamiyah sentiasa dikekalkan dalam kisah2nya dan sngat menarik.


Setulus Setia Seindah Nama tidaklah setebal mana. Perjalanan pergi dan balik ke Klang dgn menaiki tren dan komuter dari putrajaya sudah mencukupi untuk saya menghabiskan novel ini.


Kisah ini tentang pencarian cinta. Bushra sudah ada gadis idaman dalam genggaman, namun pertemuan pertama dgn Nazneen yg 5 tahun lebih tua darinya mengujudkan tempat kedua dalam hatinya. Agensi mencari jodoh milik Bushra menjadikan Bushra menyamar di Pusat Bimbingan milik Nazneen utk melihat sendiri gadis yang masih menyendiri ini.


Bushra seperti ada sifat tamak. Walaupun sudah ada Zasha, dia masih berhajat pada Nazneen walaupun jelas sekali ciri2 Paksunya, Alif amat menepati kehendak Nazneen dan ciri2 Nazneen amat menepati kehendak Alif. Alif sangat berbeza dari Bushra. Walaupun dia mempunyai 2 pilihan yg sangat dekat di hatinya, dia bertindak memilih yang terbaik untuknya melalui istikharah. Setianya pada Ika tidak berbelah bagi sehingga bila Rafiqah menyebut tentang kewujudan Rafiqah kedua, nama Nazneen langsung tidak terlintas di benaknya.


Alif dan Nazneen sudah ada titik pertemuan sebelum Bushra. Bushra dpt melihat agungnya cinta Nazneen buat Alif. Alif tercabar dgn kehadiran Kazim yang pernah ditolak lamarannya oleh Nazneen. Kazim kembali sbg lelaki yang mempunyai pegangan yang Nazneen cari-cari.


Penggunaan bhs arab dan terjemahan dalam novel ini sedikit memperlahankan bacaan tapi tidak mengganggu penghayatan cerita :)


Singkapan sirah Rasulullah yang diselitkan dalam novel ini disampaikan dgn sangat berkesan. Ada ker buku Sirah Islam yang ditulis oleh Siti hazneza? kalau ada saya nak baca!


sure fine whatever
rinn


Sinopsis belakang buku:


Betapa Rasulullah s.a.w setia pada Khadijah, tiada seorang pun yang mampu mencapai takhta at-Tahirah dalam hati baginda s.a.w. Tidak juga Aisyah isteri yang dicintainya. Rasulullah s.a.w. setia kepada semua isteri baginda, mengasihi setiap seorg dgn nilai masing-masing...


---


"(Lazimnya) perempuan yg jahat adalah utk lelaki yg jahat; dan (sebaliknya) perempuan yang baik utk lelaki yg baik, dan lelaki yang baik utk perempuan yang baik. Mereka (yg baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yg dikatakan oleh org (yg jahat); mereka (ang baik) itu akan beroleh keampunan (dari Allah) dn pengurniaan yg mulia."
Surah an-Nur 24:26


"Hendaklah disegerakan kalau datang 3 perkara; pertama, segeralah bersembahang bila masuk waktunya. Kedua segerakanlah pertemukan mayat dgn tanah (kebumikan). Ketiga, segeralah berkahwin bagi perempuan bersendirian yg bertemu lelaki yg layak menjadi jodohnya."
Mahfum hadis


Dua petikan di atas dijadikan asas bagi konsep perkahwinan dalam penulisan novel ini. Selain itu perkahwinan Rasulullah s.a.w dgn Sayidaina Khadijah bt Khuwailid & Sayidatina Aisyah bt. Abu Bakar As-Siddiq wajar dijadikan contoh ikutan Muslimin dan Muslimat. Penulis juga menekankan yg konsep perkahwinan dlm Islam mampu mencegah kemungkaran di kalangan umat Islam.

Dr Fatimah bt Busu
Bekas Pensyarah
Kursus Penulisan Kreatif USM


Sebuah Karya kreatif kritis buat generasi pembaca yang bersedia utk belajar, mengajar dan diajar.


Izwan Suhadak Ishak
Exco Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia
Penyair muda daripada buku Katahati terbitan Suria Publication.
Penulis Travelog Relawan Misi Kemanusiaan ke Asia Tenggara dan Asia Selatan.

Review 289: Cemburu Seorang Perempuan by Siti Hazneza


Terbitan Creative Enterprise Sdn. Bhd
Cemburu Seorang Perempuan
Penulis: Siti Hazneza Abdul Hamid
RM18.90
350 muka surat


"Akukah yang tidak adil di dalam menimbang kasih?"

WOW WEEEEEEE, ok, macam mana nak mula ya. Memang tak buleh jangka langsung how this story will end up. Cemburu seorang Perempuan sebenarnya menceritakan bagaimana 2 wanita menangani rasa cemburu dengan cara masing2. Seorang menyemai rasa dendam dan seorang lagi mengukuhkan keimanan.

Mengisahkan Zikrillah berkahwin dgn orang yg dicintainya, Emilya. Mereka bahagia tetapi setelah keguguran anak pertama Emi tak boleh mengandung lagi. Dia mahu mengikat kasih Zik dengan cahaya mata, lalu mencadangkan Zik mengahwini his own best friend, Dhiya' kerana Emi tahu Zik dan Dhiya' kawan sampai bila2 dan tak akan wujud 'cinta' antara mereka. Emi mahu menggunakan Dhiya' sebagai medium utk melahirkan anak dia dan Zik. Ibu tumpang. Dhiya' rela
kerana dia memang kasihkan Zik dan menghormati persahabatan Zik. Dia berkahwin dgn Zik supaya boleh melahirkan anak2 untuk Emi dan Zik.

Emi dan Dhiya' tak dapat melarikan diri dari rasa cemburu sedangkan Siti Aishah cemburukan Siti Khadijah, inikan pula Emi dan Dhiya'. Emi nekad Dhiya' takkan memiliki Zik, walaupun Zik tak pernah menyentuh Dhiya' dan setia pada Emi. Zik dan Dhiya' memang sahabat terbaik tetapi selepas 3 kali sabar melahirkan anak2 hebat utk Zik dan Emi, Zik mengaku sayangkan Dhiya' tapi cintakan Emi. Emi
sentiasa menggelorakan perasaannya dan Dhiya' sentiasa memberi ketenangan kepadanya, tempat dia mengadu segala galanya. Dengan Dhiya' dia boleh bersembang apa saja, dengan Emi, hanya cinta yg membara.

Zik tidak mampu 'bersama' dgn Dhiya' kerana terbayangkan Emi, dan Dhiya tak mahu bersama dgn Zik yg mahu menggaulinya kerana rasa simpati, bukan kerana kasih dan cinta. Emi menyibukkan Dhiya' dengan meminta Dhiya' mengandung lagi atas hasutan ibu bapanya yg tak sudah2 menyemai rasa ragu2 Emi atas hubungan Dhiya'-Zik.

Emi mula mengongkong dan mengugut siap guna minyak tanah dan pisau. Jika Zik berlama-lama di rumah Dhiya' Emi akan memukul anak2nya, mencemuh Dhiya'. Dhiya' sabar dan sanggup berjauhan dgn org yg dicintainya malah mencadangkan Nik pura2 meluahkan marah kpd dirinya di hadapan Emi supaya Emi lebih senang hati. Dhiya' melahirkan anak keempat tanpa Zik. Dhiya' pastikan Dhiya dan Zik tidak bertemu. Namun rindu membawa Zik kepada Dhiya' hingga sanggup berbohong pada Emi. Emi mengekori dan dendamnya mekar kembali.

Masa ketiadaan Zik Emi mengajak Dhiya' keluar lalu mencederakan wanita itu.. ni bukan kira tarik rambut, tampar2 ni.. dia guna besi utk meluluhkan seluruh anggota Dhiya' hingga tercerai kedua2 tangannya, wajahnya ditoreh dan dibakar agar Dhiya' tidak mati tetapi menderita. Emi ditakluk syaitan! Dia dah gila! Balik ke rumah dia tak nampak anak2nya yg empat orang tu anak2nya, semuanya mewarisi keindahan Dhiya', dipenuhi ilmu dan amal, dididik dengan al-Quran, dibaja dengan rasa hormat kepada ibu, mama dan ayah mereka. nyawa anak2 itu digugat ibu sendiri, dua pergi utk selama lamanya dua lagi mengalami trauma.

Emi mencederakan diri hingga mati. Zik teruji. Dhiya' yang diterima sekarang sudah tidak sempurna, berkerusi roda, tangan2nya kudung, wajahnya berselubung tapi hati Zik tetap terpaut. Dhiya' dicintai dan dikurniai lagi 3 cahaya mata yg suci.. Dhiya' sentiasa teguh tak kira bagaimana dugaan menimpa. Akhirnya sahabatnya menyintai dirinya seikhlas ikhlasnya

kalau buku ni saya baca suatu masa dahulu, maybe saya tak dapat menerima cerita ni, tapi zaman la ni macam2 berlaku, memang ada ibu, bapa membunuh, mendera anak mereka sendiri semata-mata kerana cemburu. terlalu banyak yg Zik korbankan utk Emi tetapi cemburu Emi yang memusnahkan segala-galanya. Dhiya' tak pernah menuntut haknya sebagai isteri, dia cuma mahu berbakti kepada sahabat karibnya. Siti Hazneza sangat kejam dlm citer ni hehe.. aduih.. ntah berapa kali airmata tumpah bila baca buku nih walaupun happy ending.

sure fine whatever
rinn

terbitan Creative Enterprise Sdn. Bhd.
Sinopsis belakang buku:

Tidak sulit beristeri dua, Dhiya'... kiranya yang kedua itu ialah dirimu. Kiranya yang kedua itu penuh reda sepertimu... Isteri, di wajahmu ada syurga... yang di dalamnya beralun tenang alirannya dan sesekali aku rindu... namun yang sesekali itu, aku seringnya tidak mampu untuk memenuhinya. kasih sayang kita ada sempadan yang memisahkan, hingga ruang-ruang intim antara kita... aku lemas
sebelum waktunya. Andainya syurga buatmu, lalu aku harus menjadi suami yang bagaimana... selayaknya aku di mana? Dan adakah syurga buat suami sepertiku... suami yang sering gagal meletakkan keadilan di dalam rumah tangga. Isteri... melamarmu menjadi isteri kedua adakah suatu yang dinamakan kesilapan, bila tatkala kesempurnaanmu menjadikan aku seorang suami yang gagal....

Review 288: Mimpi Kita Serupa by Siti Hazneza


Mimpi Kita Serupa
Penulis: Siti Hazneza Abdul Hamid
Terbitan Creative Enterprise Sdn bhd
Harga RM18.90
353 muka surat


"Aku tidak mampu berlari lagi. Rindu ini telah lama mengekori."

memang agak teruja nak baca hasil tangan Siti Hazneza sbb sebelum ni i've read Angin dingin dari utara and i really like it. memang ada style sendiri. Siti Hazneza tak lupa menyelitkan tip2 dan nasihat2 dalam berumah tangga dalam karyanya. Tak ketinggalan juga menyelitkan nilai-nilai Islam dalam berkeluarga. Mesti ada mengaitkan perjalanan hidup seharian manusia dengan sirah nabi, hadis dan ayat-ayat suci al-Quran. Seperti Angin dingin dari utara, ada juga cerita non muslim yg memeluk Islam.

Mimpi Kita Serupa ni penuh dengan kisah memendam rasa. yang hasmira seorang wanita yang sangat penyabar dan menurut kata suaminya Syafiq yg tidak mahu dia berhubung lagi dengan sahabat baiknya Fawwaz kerana Syafiq bimbang dia akan berprasangka buruk terhadap Yang Hasmira dan Fawwaz, adik kembarnya sendiri.

Kemarahan Yang Hasmira meletus bila suaminya terdetik keraguan atas kesetiaannya yg tak berbelah bagi walaupun dia sentiasa merindui Fawwaz, dia tak benarkan langsung dirinya terserempak dengan Fawwaz, begitu juga Fawwaz yg begitu menghormati keputusan Syafiq. Bila dpt anak Syafiq beri nama anak itu 'Fawwaz' supaya Yang Hasmira dpt menyebut nama yg dirindui itu tanpa teragak-agak. Syafiq berjaya mengembalikan seri di wajah Yang Hasmira. Tetapi takdir yg menentukan segalanya.

citer ini diceritakan bermula dari diorang sekecil budak2 sekolah rendah, ke alam remaja dan seterusnya dewasa dan matang. dialog2 yg digunakan memang menggambarkan peringkat umur mereka yang semakin meninggi.

Sinopsis Belakang Buku:

Tanpa sedar... kita sebenarnya banyak persamaan. Kebetulan barangkali atau kita sememangnya serasi... Nyatanya Tuhan tetap tidak memberi kesempatan untuk kita sama-sama membuktikan. Ada rasa terkilan, dicubit rasa kecewa bila diri bukan pilihan hati. Namun ada jangkauan yang dapat dibaca. Yang Hasmira sememangnya mencintai Syafiq sejak dari dahulu lagi. Dan di sebalik wajah Syafiq yang selamba, Fawwaz tidak menduga abangnya turut meminati gadis yang sama. Lalu apa dayanya? Halangan bukan jalan terbaik bagi memisahkan mereka. Mereka sudah cukup dewasa...

Lalu Fawwaz membiarkan hati lelakinya basah dengan air mata... Bertahun lamanya begitu. Tanpa Fawwaz tahu, Yang Hasmira turut derita kerana merinduinya. Derita kerana dilarang walau menyebut namanya, apatah lagi berbicara seperti waktu-waktu sebelumnya. Yang Hasmira duka kerana kehilangan seorang sahabat sebaik Fawwaz biarpun kini mereka sekeluarga. Dan jodoh itu sememangnya urusan Tuhan... Bila sampai masanya akan termeterai juga tanpa ada siapa yang menjangka... tanpa ada yang sedar kiranya Fawwaz dan Yang Hasmira telah lama bertemankan air mata.

Review 287: Tiga Jantung Hati by Nisyah



3 Jantung Hati
Penulis: Nisyah
Terbitan Jemari Seni
Editor Mohd Rosdi bin Mohd Zin
Cetakan pertama Disember 2010
RM19.00
Sabah/Sarawak: Rm22.00
97896751185010
452 mukasurat


Kisah ni bila dibaca secara keseluruhannya terasa biasa-biasa sahaja tetapi ada manisnya. Permulaan kisah Nadim-Nadira terasa terlalu cepat. Mungkin kerana penulis lebih banyak menyelami perasaan Nadira. Cerita cinta yg perfect, seorang balu muda yg masih ayu, beranak satu bertemu dgn sorang jejaka hensem berusia 38 tahun yg kaya, romantis dan sangat caring. Memang jadi dreamy dan senyum manis kalau membacanya :)


Imran meninggal dunia ketika Ensha memerlukan kasih seorg ayah. Kehadiran Nadim mengisi kekosongan yg dirasakan Ensha. Dia bahagia kerana ada lelaki yg melayannya spt anak manja dan dia mahu ibunya, Nadira menerima Nadim supaya nadim betul2 jadi babahnya. Nadira pula seperti belum bersedia utk melepaskan kenangan dan ingatan terhadap Imran, namun kehadiran Nadim membuat dia jatuh cinta lagi. Berpuluh kali dia mengelak, beribu kali Nadim datang mengisi hari2nya bersama Ensha.


Nadim terpikat dgn Nadira sejak mula terpandang wajahnya. Walaupun hajatnya tidak direstui ibunya, namun dia nekad. Tak sangka lah Puan Sri Suhaida tu berpura2 baik dgn Nadira utk mengenakannya di hari pertunangan Nadim. Bak kata Stacy, "Jahatnya kamu!"


sure fine whatever
rinn


blurb/sinopsis/novelcinta


"Menahan diri darpada menerima Nadim samalah seperti menelan paku payung


Benarkan cinta seorg perempuan terhdp seorg lelaki itu seumur hidupnya? Biarpun lelaki itu telah tiada di alam fana ini, benarkah cintanya tidak pernah berusik? Biarpun waktu berlalu, benarkah kisahnya takkan berubah?


Lalu bagaimana pula andainya muncul seorg lelaki lain yg setara? kalaupun tidak leih baik daripada si jantung hatinya yg telah pergi itu, apakah cintanya akan beralih arah? susahnya memahami hati perempuan, kadang2 dalamnya tidak terduga; kadang2 berkata 'ya' di dalam, di luarr tetap mengaku 'tidak'!


Sukar sungguh hidup Nadira setelah suaminya mati meninggalkan dia merana berrsama anak kecil si jantung hatinya. Ah, bertambah sukar hidupnya setelah menjadi ibu tunggal itu, tiba2 muncul dia! Dia yg berebut mahu jadi jantung hatinya yg ketiga. Sanggupkah dia membiarkan haitinya diisi lagi kalau kasihnya pada imran sudaah [euh?


Nisyah menulis ttg hati seorg perempuan yg tersepit antara kenangan cinta lama dgn munculnya 'org baharu' yg begitu mengharap cintanya. NISYAH begitu berhati2 membuat keputusan dlm 3 Jantung hati utk mengubah hidup nadira selamannya.

Review 286: Akulah Cinderella by Nozi Danisya



Akulah Cinderella
Penulis: Nozi Danisya
Editor: Jabatan Editorial KNE
Penerbit Kaki Novel Enterprise
RM18.00
Sabah/Sarawak: RM21.00
376 mukasurat
9789675067662
Cetakan kedua Feb 2011


"Bila benci bertukar cinta, hati bak waja pasti luluh dek hangatnya api asmara"


Aku suka kisah Syah bersama adik2nya yg mengharung kesusahan hidup, lalu sifat baik syah membawanya bersama adik2nya ke mahligai datin Zulaikha. Watak Shafiq di awal cerita juga memberi rencah cerita menarik dlm hidup Syah tetapi selepas Syah tinggal di rumah Datin Zulaikha cerita Shafiq yg berusaha memikat Syah dan mula dah jiwang2 dgn budak yg baru nak amik SPM aku rasa agak rimas lah. Apa2pun kisah Syah memang menyentuh hati terutamanya bagaimana selepas PMR ibu dan ayahnya meninggal dunia. dia mengambil alih tugas sbg teraju utama keluarga menyara mereka 6 beradik yg masih perlukan pelajaran. Siang malam dia bekerja sebaik mungkin. Dia sanggup mengubah penampilannya supaya kelihatan lebih lelaki kerana mahu dilihat sbg seorg yg kental dan berani. Tetapi pergaduhan dgn Shafiq sehingga dia dibelasah teruk membuat Syah sedar mengenai kudratnya sbg seorg gadis.


Shafiq hanya tau yg Syah tu perempuan apabila rambut syah terurai selepas dibelasahnya. Dia dihurung rasa bersalah tetapi sikap Syah yg sering mencari gaduh dgnnya membuat Shafiq tu pun asyik bara terbakar saja.


Syah membantu Datin Zulaikha yg diserang sakit jantung. Dan kerana terhutang nyawa, Datin Zulaikha membawa Syah dan adik-beradiknya tinggal di rumahnya sebagai adik angkat. Ingat ka hubungan mereka makin panas dgn pergaduhan, tapi sebaliknya pulak. Shafiq makin berani meluahkan perasaan malah menggunakan ibunya utk memastikan Syah bertunang dgnnya sebelum melanjutkan pelajaran.


sure fine whatever
rinn

blurb/novelcinta@multiply/sinopsis


Nur Aisyah yg biasa dipanggil Syah adalah seorg gadis manis yg cekal menggalas tugas kedua org tuanya yg telah pergi buat selama-lamanya. Seorg yg tegas, bertanggungjwb dan sangat melindungi 5 org adik2nya. Ketiadaan ibu dan ayah memaksa dia membulat tekad berhenti sekolah utk bekerja dan menukar imej menjadi seorg tomboi demi tidak menajdi mangsa buli lagi.


Takdir telah menentukan Syah bertemu dgn Shafiq, seorg lelaki yg panas baran dan bermulut celupar yg dilabel sbg musuh utamanya. Bencinya terhadap lelaki itu melangit tinggi seingga dia telah mengisytiharkan perang terhadap lelaki itu. Pertengkaran demi pertengkaran tercetus antara Syah dan Shafiq dek kerana ego masing2.


"Oi mangkuk ayun! Kau ni apa hal? Nak cari gaduh ke?"
"Oi pendek! Kalau aku gaduh dgn kau pun tak seronok, tahu? Lembik!"
Secara kebetulan juga Syah telah menyelamatkan nyawa Datin Zulaikha, seorg wanita kaya yg baik hati dan juga ibu kepada Shafiq. Kesengsaraan hidup Syah telah menyentuh hati Datin Zulaikha dan cuba utk membalas budi baik gadis itu dgn mengambil Syah dan adik2nya sbg anak angkatnya tanpa pengetahuan lelaki itu. Bagaimanakah reaksi Shafiq?
"Apa ni? Nak cari gaduh ke?"
"Apa dia? Aku baut apa?"
"Kau luku kepala aku tu kenapa?"


Bolehkah mereka berdamai? Bolehkah Shafiq menerima Syah dan adik2nya? Adakah Syah akan selamanya menjadi tomboi dan bersikap dingin terhadap Shafiq? 'Akulah Cinderella' ada jawapannya.

Thursday, February 17, 2011

Review 285: ...Hujan Pun Menari... by Norhayati Berahim



...Hujan Pun Menari...
Norhayati Berahim
Terbitan NB Kara
Editor: Anida Daud
mukasurat: 893
RM29.50
Sabah/Sarawak: RM32.50


"Keikhlasan lelaki itu menghambat jiwanya"

mata berpinar bila tengok ketebalan novel ni yg lebih dari 800 mukasurat, dekat2 900 lah jugak! tapi bila tengok nama kat cover rasa macam dah telan ubat yg mujarab utk masalah mata berpinar tadi :)


Hujan pun menari membawa kisah Muna sekeluarga. Kita menyusuri perjalanan hidupnya sejak kecil sehinggalah dewasa. bapanya seorg ustaz yg aktif memberi ceramah dari masjid ke masjid. Keputusan bapanya utk beristeri baru membuatkan Muna kecewa tapi ibunya pasrah dgn keputusan itu. ayah dan ibunya adalah insan yg tidak berprasangka, selalu bersangka baik dan pasrah menempuh hidup. Mungkin itu menjadikan mereka insan yg tidak berhasad dengki. Walaupun Muna kelihatan memberontak dgn perubahan dalam keluarganya, tetapi sebenarnya dia pun ada sikap berbaik sangka. Tak kira berapa kali org warning dia tentang sikap sahabatnya Tuminah yg sering menyebarkan cerita2 buruk tentang dirinya, Muna tak pernah termakan cakap orang. Baginya, Tuminah tetap sahabat. Tuminah tu stat bencikan Muna bila jejaka idamannya, Dol Azim jatuh hati dgn Muna.


Bagi aku kisah Ustaz Jalil - Cikgu Ara - Ustazah Aminah lebih menarik berbanding kisah Muna yg kelihatan agak stereotype dgn kisah2 sahabat jadi kekasih yg pernah kita baca sebelum ini.


Ustaz Jalil ni memang macam tiada beban batu digalas seteleh berkahwin dgn Ustazah Aminah. Walaupun Ustazah Aminah tu graduan timur tengah yg tinggi ilmu agama, dia bukanlah seorg isteri yg baik. Dia tidak pernah menghormati Ustaz Jalil yg baik tu. Cikgu Ara adalah seorg isteri dan ibu yg sangat baik. Rasa cemburu yg mekar di hati ustazah Aminah menjadikan dia seorg yg tamakkan perhatian dan harta benda ustaz Jalil, sedangkan rumah yg dia duduk tu pun adalah hasil bayaran ansuran yg dikongsi antara ustaz jalil dan cikgu Ara utk masa depan anak2 mereka yg 5 org tu. Sibukla ustazah tu nak rebut harta ustaz jalil yg tak seberapa. Cikgu Ara memang sangat cool dan penyabar orgnya. Dia tidak mudah melatah dan memberontak seperti ustazah Aminah yg sangat tidak percayakan suaminya sendiri.


Kematian Ustaz Jalil menunjukkan cara yg berbeza kedua2 isterinya meratapi pemergiannya. Walaupun berteman air mata siang malam, cikgu Ara pasrah dgn ketentuan Ilahi tetapi sebaliknya ustazah Aminah meraung-raung menyalahkan orang tu orang ni. Yg geram tu, dia nekad tak nak pindah dari rumah yg bukan miliknya.


Kisah ini kemudian tertumpu pada Muna yg semakin meningkat dewasa. Sahabat datang dan pergi tetapi Qurban adalah sahabat yg sentiasa mengikuti perkembangannya dan mereka kembali akrab bila dah bekerja. Muna masih lagi berkawan dgn Tuminah dan Dol Azim. Tuminah masih lagi dgn sikapnya yg suka buat2 baik dgn Muna sdgkan dia pada masa yg sama sentiasa memburuk-burukkan Muna depan org lain. Keputusan Dol Azim berkahwin dgn Tuminah sedikit sebanyak membuat Muna kecewa, mungkin kerana sepanjang persahabatan, Dol Azim sentiasa mempamerkan rasa cintanya kepada Muna. Keputusan Dol Azim akan buat sapa2 saja rasa heran. Macam ada yg tak kena.


Masalah Muna dgn Tuminah sedikit berkurang selepas perkahwinan itu. Kepulangan anak angkat Pak Lang dan Mak Langnya yg berstatus Datuk dan Datin membuat Muna tak senang duduk di rumah besar itu. Dia sering disindir dan dikutuk Danial yg merasakan Muna dan adik beradiknya sedang mengambil alih harta2 bapanya sedangkan dia yg lebih layak (dia tak tau dia tu anak pungut, eksyen lebih). Bila mengetahui status dirinya, Danial membuat perancangan utk berlakon jadi baik dan meminta ibunya meminang Muna utk dijadikan isteri. Muna mulanya menurut tetapi kemudian menolak setelah berbincang dgn ibunya Cikgu Ara yg sangat berdiplomasi. Membuat Muna sedar di mana letaknya rasa cinta yg sebenar.


Qurban pulak menyangka dia lebih tertarik kepada Siti yg manja semacam tu. Tapi pengaruh Siti membawa dia ke arah yg tak baik. Pertunangan Muna membuatkan dia rasa semacam. Tanpa sedar dia membandingkan kelebihan dan kekurangan antara Siti dan Muna. Dari segi rupa mungkin Muna ketinggalan tapi dari sisi lain Muna jauh lebih indah dari Siti.


blurb / novelcinta@multiply / sinopsis

Keikhlasan lelaki itu menghambat jiwanya

Peritnya melihat emak diduakan. walau emak begitu sempurna tapi abah mencari lain. Hendak dimarah, kasih abah pada keluarga tidak pernah berubah. Abah pergi, meninggalkan emak yg mahu tidak mahu, harus tabah. Sbg anak sulung, Muna mengerti, dia dgn emak harus berganding bahu. Empat adiknya perlu dipandu. Kehidupan perlu diteruskan.


Dlm kepayahan menempuh onak kehidupan... Ketika gelap, ketika cahaya suram... sejauh mana Muna pergi, betapa deras langkahnya berlari... Qurban... lelaki itu tetap di sisi.

Review 284: Hati Seorang Wanita by Norhayati Berahim


Hati Seorang Wanita by Norhayati Berahim
520 muka surat
RM19.90
Terbitan Alaf 21 Sdn. bhd

“Apakah suami milik abadi seorang isteri?”

rasanya dah lama tak baca buku NB. elok jugak bila selang lama baru baca bukunya sebab dalam buku ni watak Nurain sangat persis ‘Widad’ dlm “hati yang luka” (dah ada version baru keluaran NB) kadang2 tu ada jugak persamaan dgn watak hero & heroin dalam ‘Pesanan Terakhir seorang Lelaki”, Iqa dan Nik Arif Walau apa pun sentuhan Norhayati Berahim tetap special dgn caranya yg tersendiri. Walaupun bagi saya kisah ini agak biasa tapi scene2 sedihnya sgt menyentuh emosi.. nangis beb. Penerangan Nurain tentang ‘oven’ ‘bakar chip’ semua2 tu seolah2 kilang itu baru dibuka sebulan dua, mungkin NB mahu pembaca turut mendalami kerja Nurain. Apa2 pun itu semua satu pelajaran baru buat pembaca yg blank bab2 ni macam saya la.

Mengisahkan tentang Nurain, anak yg lahir sebelum ibu dan ayahnya berkahwin, menjadikan dia seorang yg berdendam dgn ibu dan ayahnya sendiri, semuanya dipendam. Dia tidak bergantung kepada mereka malah berusaha sendiri utk mencapai kejayaan. Dia juga menjadi orang harapan Datuk Badrul di tempat kerja malah Datuk Badrul turut meletakkan harapan agar Nurain menjadi menantunya dgn mengahwini Zarul yg terkenal dgn sikap mata keranjangnya. Nurain tidak dpt menolak apabila ibu dan bapanya turut masuk campur. Zarul seorang suami yg penyayang tetapi pd masa yg sama dia masih menjalinkan hubungan dgn wanita lain. Kecurangan Zarul akhirnya terbongkar dan pertengkaran mereka membuat Zarul terlajak kata melafaz talak. Zarul menyesal tak sudah dan Nurain meninggalkannya. Nurain diduga lagi apabila ibu dan ayahnya meninggal dunia, dia terkejut apabila bapanya meninggalkan harta yg banyak utk diuruskan oleh Nurain. Tentangan dari adiknya, Nizam ditangani dgn penuh diplomasi sehingga mengikat semula keluarga yg renggang. Zarul setia menunggu Nurain, sentiasa ada agenda utk memikat semula Nurain. Berita tragedi ngeri yg menimpa Nurain menjadikan Zarul insaf dan bersujud pada yg ESA buat kali pertama setelah sekian lama. Doa Nurain termakbul dan doa Zarul juga termakbul.

Sure fine whatever
Rinn

synopsis belakang buku:

Dia dilahirkan di luar kemahuan ayah dan ibunya. Namun, dia pasrah dgn ketetapan Ilahi walau dendam terus menghuni di hati. Perkahwinan yang diatur kiranya tidak menjanjikan apa2. Bagi dia, suami milik isteri yang abadi. Mesti dikasihi sepenuh hati. Rupa2nya tidak ada apa yg dpt dipegang pada janji manis seorang lelaki.

Setelah sekian lama mencari di mana harga diri, di mana kesilapan diri, dia bangun semula bersama tekad di hati. Meski disingkir, meski diuji, namun jiwanya tak pernah mati. Bahagia mesti dicari, peristiwa pahit mesti dilupai kerana hati wanitanya percaya, esok masih ada cahaya, masih ada sinar bahagia.

3 bintang

Review 283: Teguh by Norhayati Berahim


Teguh by Norhayati Berahim
Terbitan Creative Enterprise
RM12.90
225 mukasurat


"Kecewanya berbekalkan cekal dan tekad..."
"Hidup yg paling membahagiakan, dicintai Nina! bukan mencintai & suatu masa nanti Nina akan mengerti"

Hasil karya yang diterbitkan sejak 1996 masih lagi terjual di kedai2 buku. Saya beli buku ni masa pesta buku tahun 2008. walaupun buku NB sudah lama di pasaran ia tak diletakkan di rak2 diskaun 50% seperti buku2 lain. 20% diskaun pun ok what :) Tak puasnya baca buku nipis2 karya NB, saya lebih suka bukunya yang tebal2.

Tiada yang berbelit-belit dan tidak perlu berteka teki bila membaca novel ini. ia diceritakan secara straight forward.

Mengisahkan Nina yang pernah putus cinta dgn Fikri yang memilih wanita lain yang dikatakan jauh lebih baik dari Nina. Tapi kenyataannya tiada siapa yang sebaik Nina. Dia cuba merayu kembali cinta Nina dan menyimpan cemburu terhadap hubungan mesra antara Nina dan Benedict. Persahabatan keluarga memaksa Nina menerima Fikri sebagai suami.

nama watak 'benedict' mengingatkan saya kepada hero NB dalam novel '...lewat musim itu' :)

sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:

Setelah kecewa cinta pertama, nina cekalkan hati meneruskan hidupnya bersama ibu tersyg. Mengahwini Fikri, bekas kekasihnya bukanlah menjadi idamannya kini tp apakah Nina akan terus diulitkekecewaan yg terpendam di hati? Akan bahagiakah hidupnya nanti? atau sekadar menambah kelukaan di hati yg tidak mungkin akan sembuh...

Review 282: Harum Chempaka by Norhayati Berahim


Harum Chempaka by Norhayati Berahim
Terbitan NB Kara Sdn. Bhd
Tahun 2008
RM24.00
isbn: 978983437369
685 mukasurat

"Cinta itu datang ketika hatinya tertutup"


Dah lama tak mengulit buku NB :) akhirnya berjaya juga menghabiskannya. Terima kasih kak ima for the book.


Dalam karya kali ini NB membawa kisah yang jarang2 sekali kita ambil kisah. Dalam suasana kampung juga berlaku kes sumbang mahram. Seorang suami yg menjalinkan hubungan dengan adik ipar sendiri. Entah ke mana hilangnya pertimbangan kemanusiaan. Sudah hilang iman, sudah hilang rasa takut kepada YANG MAHA BESAR. Perkara sebegini sudah berleluasa di sekeliling kita, membuat kita terfikir, apa nak jadi dengan dunia sekarang? kita sudah dikelilingi perkara2 yang dilaknati Allah. Wallah ua'lam.


Tak sah karya NB kalau tak ada watak lelaki yang kita benci sangat2. Tak kiralah heronya atau watak sampingannya. Saya bersyukur sangat2 sebab Chempaka tak end up dengan Sheikh Adli yang sentiasa fikir dialah yang terbaik sehingga Chempaka diperlekehkan tanpa rasa simpati. Geram juga memikirkan Chempaka yang lama mempertahankan persahabatan dengan manusia yang macam Sheikh Adli tu. namun Sheikh ADli terpaksa menelan kembali penghinaan yang pernah dilontarkan kepada Chempaka apabila dia sendiri jatuh cinta pada Chempaka. Itu pun sebab ada lelaki lain yang berkenan dan serius nakkan Chempaka tu. bukan calang2 orang, pilot tuuuuuu. Barulah kalut Sheikh Adli nak menunjukkan rasa cinta dia pada Chempaka. tapi guna approach ala2 caveman zaman batu. tak bertamadun langsung! ishskkk!! marah ni!


Chempaka, wanita tabah menempuh hidupnya yg telah tunggang langgang ditinggalkan ayahnya. Ketabahan yang diwarisi dari ibunya menjadikan dia wanita kental. Rezeki mereka sekeluarga semakin murah namun kerenah adik bongsunya, Dahlia, sekali lagi memalit lumpur dalam sejarah keluarga mereka. Namun semua itu tidak menghalang Andrian utk menaruh rasa kasih buat Chempaka yang sudah dikenali hati budinya. Bunga Chempaka di laman makcik Kejora disunting penuh berhemah namun siapa tahu, ada tragedi menunggu di salah satu persimpangan hidup mereka.


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:


Cinta.
Kadangkala datangnya sekelip mata,
kerapkali hadirnya mengambil masa.
Ketika hatinya merasa cinta,
tidak ada yg sudi menerima.
Ketika hatinya tertutup pada cinta,
cinta itu hadir sehingga menyiksanya.
Chempaka sedar,
benarlah kata orang,
cinta bukan sahaja membuat orang gembira
tetapi boleh mati kerananya.

Review 281: Dendam Yang Terlerai by Norhayati Berahim


Dendam Yang Terlerai by Norhayati Berahim
Terbitan Creative Enterprise Sdn. Bhd.
Cetakan pertama 2004
RM25.90
isbn: 9789838935562


"Bisakah kukutip kasih sayang yang terbuang?"


Ni yang bestnya kalau pi rumah kak ima.. baaaaaanyak buku2 Norhayati Berahim. Aku tak pilih buku2 baru sbb kebanyakannya aku ada. so cari la yang lama2 sikit. Tapi tak der lah lama sangat. buku ni diterbitkan sekitar tahun 2004.


Ceritanya padat dan terasa rugi kalau ada muka surat yang terlangkau.


Kisah Hani Asyikin-Danish-Nik amir, Pn Zakiah-Datuk Nik Hamidi-Tengku Maria. Dua set tiga serangkai ni mempunyai konflik masing2 yang berpunca dari salah faham.


Hani yang tersiksa waktu kecilnya melarikan diri demi mengejar cita-citanya. Insan asing menjadi ibu sejati buatnya. Puan Zakiah menumpahkan kasih ibu seikhlas mungkin buat Hani dan gadis itu akhirnya berjaya bergelar peguam.


Kisah cinta sedihnya dengan Nik Amir berkubur kerana hinaan dan cercaan Tengku Mariam yang tidak mahu anaknya yang tidak tentu keturunan. Anak angkat pulak tu. Nik Amir kecewa, walaupun menerima pilihan hati ibunya, dia menderita hingga menghidap penyakit kronik.


Takdir menemukan semula Hani dengan ayahnya yg sudah terlantar koma. Di situ dia berkenalan dgn Dr. Danish. Danish jatuh hati pada Hani yg setia melawat ayahnya yg pernah menderanya suatu masa dahulu. Walaupun begitu, dia nekad membawa balik ayahnya dan akan menjaganya hingga hembusan nafas terakhir. Di alam perantara ayah Hani menyesali perbuatannya dulu. Hani ni memang baik hati lah dan mudah memaafkan. Bukan saja ayah nya dimaafkan, mak tiri yang pernah membantah dia menyambung pelajaran pun dia bawak duduk sekali dengan dia.


Hani makin tertawan dgn Danish tetapi dia jatuh kasihan pada Nik Amir yg muncul semula. Dengan niat utk menjaga kesihatan Nik Amir, Hani menerima Nik Amir sbg suami dan Danish kecewa frust menonggeng. Namun jodoh pertemuan di tangan Tuhan.


Tak sangka pulak Danish tu anak kandung Pn. Zakiah :) seronok lah dia bila anak angkat kesayangan jadi menantu.


sure fine whatever
rinn


Rasa dendam yang bertali arus ini dapatkah aku empang alirannya? Mampukah kusekat daripd terus mengalir? Hatiku tidak kuat... semangatku telah goyah lalu patah hanyut dibawa arus tidak berperasaan. Entah di mana terdamparnya. Entah di muara, entah tersangkut di celah2 duri dendam. Atau terbenam di lubuk derita. Saat ayah terbujur diam di sini, perlahan-lahan menitis jua air mata anak pelarian ini. Ya... aku anakmu. Kau ialah ayahku dunia akhirat. Setitis dendam yg tersimpan perlu aku leraikan kerana di sini, di dalam tubuh ini, darahmu mengalir sama, memberikanku nyawa... mengajar aku mengenal erti dosa dan pahala. Ayah... dendam ini telah pergi bersama pemergianmu. Tuhan, Kau ampunilah dosa-dosanya...

Tuesday, February 15, 2011

Review 280: Biarkan Aku Merindu by Lily Suriani



Biarkan Aku Merindu
Penulis Lily Suriani
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd
Editor: Mazuen Yahaya
RM19.90
Sabah/Sarawak: RM22.90
484 mukasurat

"Kehangatan Cintamu mencairkan kebekuan hatiku..."

Ni kisah bos-seketeri. Rafiq yg suka bertukar-tukar teman wanita demi utk mencari wanita yg serasi dgnnya utk dijadikan isteri sering menjadikan setiausahanya, Anntasya a.k.a Anne sbg alasan utk dia melarikan diri dari wanita2 yg mula obses dgn dirinya. Tabiatnya itu berlarutan bertahun lamanya sehingga dia tidak sedar Anne sahajalah yg betul2 faham akan dirinya. Anne sendiri takut utk bergelar teman wanita Rafiq kerana faham benar dgn sikap Rafiq itu. Keputusan Rafiq utk akhirnya bertunang dengan Qistina sepatutnya membuat Anne berasa lega, tetapi dia sendiri keliru dgn perasaannya yg wujud rasa tidak senang apabila melihat Rafiq bersama Qistina. Qistina awal2 lagi sudah mengesan keakraban Anne dgn Rafiq dan mula memasang strategi utk menyingkirkan Anne dari Syarikat DecoFiq.

memang semua staff tak suka Qistina yg sudah berlagak bos sedangkan dia baru berstatus bakal tunang bos. Qistina terang-terangan memerintahkan Anne supaya berenti kerja. Kebetulan pula masa tu Anne dpt offer sambung belajar di University Lim Kok Wing, so dia ambil peluang itu sebagai alasan utk meninggalkan DecoFiq. Sikap Qistina terhadap Anne disampaikan oleh staff lain kpd Rafiq dan Rafiq memikirkan semula keputusannya utk bertunang dgn Qistina. Dia tak sangka Anne langsung tak mengadu padanya tentang sikap Qistina. Keputusan Anne utk sambung belajar membuat Rafiq hilang punca. Dia terbayang2 hidupnya tanpa Anne. Baru brapa hari Anne sambung belajar hidupnya kucar kacir. lepas bercuti utk menenangkan fikiran pun dia masih lagi tak tentu arah. Anne yg kebetulan mencari kerja sambilan utk menampung pengajiannya ditawarkan utk menjadi weekend secretary dan menguruskan temujanjinya dari rumah dan secara online. Anne memang tak menolak sbb dia memang dah serasi dgn semua staff DecoFiq. Rafiq berubah ceria semula. Dia cuba menunjukkan prihatin dan sayangnya pada Anne tapi Anne macam buat2 tak faham saja. Kehadiran Idham membuat Rafiq cemburu dan cuba memenangi hati Anne. Tak sangka pulak Idham ngn Qistina tu boleh bekerjasama pulak utk mengenakan Rafiq.

Selain kisah cinta Anne-Rafiq, kisah perpisahan keluarganya dgn ayah kandungnya juga mencuit perasaan. Anntasya sudah berputus harapan utk menemui ayah kandungnya yg menghilang tetapi adik lelakinya, Adam sentiasa tertunggu2 munculnya ayah yg tidak pernah dikenalinya. Prof Azhar terlalu malu dgn sikapnya dahulu utk kembali kpd keluarganya.

Aku memang menyenangi karya2 Lily Suriani. Karya keempatnya ini memang aku tertunggu tunggu kemunculannya :) kisah cinta sebegini mungkin kedengaran biasa bagi penggemar2 novel, tapi sentuhan Lily Suriani memberi keistimewaan sendiri utk kisah ini. Nama Ariana yg sekali sekala muncul menggantikan nama Anntasya, sedikit mengganggu konsentrasi cerita. Mungkin nama asal watak Anne adalah Ariana dan kemudian diganti dgn Anntasya.


Rinn
sure fine whatever


sinopsis/gengkicap/blurb


Namanya Puteri Anntasya, tetapi hidupnya tidak seindah seorg puteri. Hanya 7 tahun dia ditatang bagai minyak yg penuh. Ketika itu, dunianya terasa begitu indah. Namun, akhirnya dia dicampak ke istana rindu yg membuatkan dia terasing sendiri. Merindui seorg lelaki yg begitu tegar melukai.


Rindu itu mendidik hatinya menjadi dingin dan beku. Rindu itu juga mengajar hatinya utk tidak percaya pada cinta. Baginya, lelaki dijadikan daripada software yg sama, tidak setia dan tiada yg suci cintanya.


Ketika tangkai hatinya disapa dgn rasa cinta, dia nanar sendiri. Antara mahu menerima cinta dan menikmatinya dgn sepenuh jiwa atau terus menjadi penghuni istana rindu yg semakin hari semakin usang.


"Ayah... hapuskan rasa rindu ini. Aku ingin bebas dari rasa itu. Aku mahu menikmati rasa cinta tanpa ragu... Ya ALLAH, tolonglah aku."