Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Monday, June 21, 2010

Review 151: 2x5 by Areila Sahimi



2x5
Penulis: Areila Sahimi
Terbitan Kaki Novel Enterprise
RM19.00
Sabah/Sarawak: RM22.00
500 mukasurat


"Terkini daripada penulis best-seller BAJU PENGANTIN MAK ANDAM."
"Seorang kecewa menonggeng. Seorg kecewa berguling. Seorg merentas Lebuh Raya Utara Selatan. Seorg terbang menyeberangi Laut China Selatan. Agak kalau seorg sudah kata sampai ke pusat angkasa ISS. Mahu seorang lagi akan kata dia sudah menjejakkan kaki ke tanah bulan!!!"


ni cerita replacement bride :) eh, dunia penulisan kita makin dirancakkan dengan cerita2 kahwin paksa dan 'love-hate' relationship. 2x5 turut menambah bilangan kepada genre itu dah pastinya nama Areila Sahimi sudah lebih dari cukup utk mendorong peminat2 novel melayu mencapai karya terbarunya ini yg juga merupakan enovel popular di blogspotnya 'akubintangbiasa'


Dalam karya keduanya ini, penulis kelihatan selesa melayarkan cerita romantik komedi dan memang mudah menarik hati pembaca dengan penceritaan begitu. Penulis juga sgt prihatin dengan tagline dan motto2 popular dalam iklan yg digunapakai dengan ton jenaka dalam karyanya. Kali ini karyanya lebih kemas dengan alunan cerita yg tidak meleret-leret. Walaupun kemunculan Sofea seperti sangat predictible tetapi ia tetap menarik utk kita meneruskan pembacaan kerana memang kita nak tau kenapa Sofea menghilangkan diri pada hari pernikahannya. Ada kisah tragic yg disembunyikan Sofea dan kita tertanya-tanya cukup kuatkah cinta Zaim pada Kirin untuk tidak jatuh cinta semula pada Sofea.


Zaim seperti sengaja menempah masalah apabila keluar dgn Sofea dan anaknya. Itu sudah lebih dari cukup untuk menimbulkan syak wasangka siapa saja, tambah2 Kirin. Kirin pulak seperti sengaja menimbulkan syak wasangka Zaim apabila melayan kehadiran bos Zaim, Johan Razi. Memang sesuai sangatlah tajuknya 2x5. Kalau nak tau apa jadi dari hasil peperangan Zaim ngan Kirin, jgn lupa baca citer nih. Sebahagian kisah ini boleh dibaca di blog beliau. Tapi kalau dah start baca tu, mestilah nak tau endingnya kan? :)


Penceritaan scene sedih tu kira menjadilah dan memang tangkap nangis. Tapi ada org kata aku memang senang tangkap nangis kebelakangan ni. haha... entah la.. tengok citer Karate Kid pun aku nangis! huhu...


sure fine whatever
rinn

Also by this author:
Baju Pengantin Mak Andam

blurb/sinopsis belakang buku


Seniman Agung Tan Sri P Ramlee pernah berpujangga... sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Itulah asam garam hidup berumah tangga, pahit manis pastinya akan terasa.


Pada Syakirin, Zaim bukan lelaki jahat. Zaim itu lelaki baik. Cuma perlu ada teknik yg mantap sahaja utk menjinakkannya.


Pada Zaim, Syakirin itu okey juga. Cuma hatinya sahaja belum terbuka untuk menerima kehadiran wanita lain selepas peristiwa pengantin perempuannya hilang pada hari pernikahannya dua tahun dahulu.


Setebal mana tembok ego lelaki, pasti akan runtuh juga akhirnya apabila melihat haknya yg halal itu sudah indah berdiri di depan mata. Masakan dia mahu menolak. Dari rasa dingin, mereka berdua mula membina mahligai bahagia bersama.


Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Datangnya sofea dgn tiba2 mengganggu keharmonian rumah tangga yg dibina. Bila datang insan ke3 memang payah utk meletakkan rasa percaya pada pasangan kerana wanita biasa pasti sahaja punya rasa marah bilamana haknya cuba dirampas oleh wanita lain.


Dalam kalut dengan kehadiran Sofea, muncul pula Johan Razi si hartawan yg hartanya tak habis makan menimbulkan cemburu di hati Zaim. Masakan tidak berperasaan bgitu andai isterinya bukan main bermanis bahasa dgn duda beranak satu itu.


Antara Syakirin dan Zaim, mereka saling menuduh siapa yg curang. Mereka mula mencemburui sesama sendiri. Bila masing2 2x5 memang susah nak tentukan siapa salah siapa betul. Syakirin atau Zaim? Memang cemburu tandanya sayang. Tapi terlebih cemburu boleh membawa padah...

Sunday, June 20, 2010

Review 182: Sweet Sour by Nasz




Sweet Sour
Penulis: Nasz
Terbitan Jemari Seni
RM21.00
Sabah/Sarawak RM24.00
570 muka surat
Cetakan pertama 2010


Tengok kaler cover buku ni pun dah terasa-rasa sweet sour kat ujung lidah. A pleasant shade of green :) Ramai gak la yg rekemen suruh baca buku ni dan ramai yg dah jatuh chenta dgn cerita ni.


Memang tak terasa masa berlalu bila membaca novel ni. Kisah Lia yg sekian lama menyulam kasih dengan Zarul namun jodohnya kuat dengan Joe. Mungkin kedengaran mudah tetapi penulis menyelitkan kejutan kecil di sepanjang cerita dan menyimpan kejutan terbesar di akhir cerita. siapa sangka yg Joe yang memegang kemas perjalanan cerita ini dari mula hingga akhir. Semuanya kerana dia jatuh cinta pandang pertama.


Bagi aku kejutan pertama bermula apabila tiba2 saja Zarul menghulurkan kad undangan perkahwinannya dgn orang lain kpd Lia. Memang frust giler masa tu sbb Zarul memang sgt ngam dgn Lia. Joe seperti mula mengambil alih kedudukan Zarul dalam kehidupan Lia malah berjaya memperisterikan Lia. Alasan Lia? mungkin dia nak selalu dekat pada Zarul, tak dpt kawin dgn Zarul, dapat tengok Zarul pun jadilah. so tugas Joe utk memikat isterinya agak sukar. Bertahun2 bercinta, bukan mudah utk Lia melupakan Zarul. Tapi Joe seorang yg romantis dan dia tak pernah menyembunyikan masa silamnya dari Lia. Dulunya dia seorg playboy yg telah mendampingi ramai wanita sepanjang hidupnya. Lia berjaya mencuri hatinya dan dia sudah tiada hati kepada wanita lain. Memang Joe tak pernah buang masa apabila bersama Lia, mesti dia akan cuba mengambil hati Lia dan bersikap romantis.


Bagi aku cerita ini menarik tapi bagi aku jugak cerita ni tak sesuai utk bacaan remaja kerana adegan intim Lia-Joe selalu diceritakan dgn sgt grafik, pergerakan2 kecil pun diceritakan jugak. Scene2 lain tak diceritakan se detail itu lah pulak. Aku rasa cerita ni dah lebih dari menarik dah kalau tak ada adegan2 tu pun. Mgkin nak xtra kan rasa sweet dan sour dlm citer ni kot ;) Aku bukannya apa kalau yg jenis citer satu persatu utk scene yg mcm ni, rasa mcm bagi tunjuk cara lah pulak.


Joe memang mahu berubah dari jahat menjadi baik semuanya semata-mata kerana cintakan Lia. Kalau Lia menolak cintanya, pasti dia akan terus-terusan menjadi jahat. Malah Joe ni kelihatan seperti tidak menyesali langsung masa lampaunya malah apabila menceritakan sejarah hidupnya dia seperti berbangga kerana melalui fasa itu. Bukan hero favourite aku. Joe membuat aku teringat kat hero kegemaran ramai dlm novel Bahtera Cinta (Iffa Irdina), si Adiputra tu. Dia tu pun jenis layan ramai perempuan tapi bila jatuh hati dgn kejelitaan Wana, baru lah dia belajar erti setia. Selingan lah pulak! Tapi watak2 hero jengkel macam ni sangat memorable lah pulak sbb ada kelainan. Romantis memang tahap terlebih meter (tak terukur).


Zarul pulak mulanya kelihatan spt watak yg kuat, tapi apabila menerima tekanan dari Joe, dia kelihatan spt watak yg lemah and just going with the flow. Bg aku cintanya pada Lia tak cukup kuat kerana dia tak mempertahankan langsung kedudukan Lia di hatinya. Kalau dia ada sejarah hitam pun, dia sepatutnya menghadapinya dan biar Lia sendiri judge him. Dia memilih utk menutup kesalahan lalu.


Ada kejutan yg menunggu anda di akhir cerita. dan yg pastinya, it's a happy ending :) :) :)


sure fine whatever
~alongside~



blurb/sinopsis belakang buku


A - Yg manis, harum lagi wangi itu Zarul

"Kira org ni taraf cincin gula-gula ni ajelah."
"Sepuluh ringgit tu." Sungguh-sungguh dia cakap.
"Berkira... baru sepuluh dah kecoh... bukannya seribu pun." Aku jeling dia.
"Byk cakap pula... kalau tak nak bagi balik." Dia hulur tangan kiri.


Tak tahu pula mcm ni punya seronok apabil dapat cincin... walaupun hanya cincin gula-gula.
"Ni kira orang 'cuplah' ni." Sambung dia lagi.
Aku simpan senyum. Tak boleh senyum depan-depan ni, nanti dia perasan!


B - Yang pahit, masam, masin, payau itu Joe Jambul


"Bayar cincin ni." Kata dia. Betul ke ni, apa yg aku tengah dengar ni.
"What?" aku terjerit di situ.
"Pay for this." Relaks aje dia mengarah aku lagi.
"Okey... saya bayar!" Aku jeling dia.


Tapi kan, juling biji mata aku tengok bil RM10,000 kat Tiffany tu. Gila ke apa? Batu planet mana dia pakai buat cincin bodoh ni!

----
Kenapa Zarul dan Joe Jambul sangat berbeza di hati Lia? Gali jawapannya dalam Sweet Sour. Karya NASZ ini sungguh warna-warni dan santai persembahannya, anda tentu terpesona!

Review 150: Bunga Syurga by Anita Aruszi


Review lama tapi disebabkan skrg aku tengah ngulit buku anita aruszi - tiada sepertimu, aku teringat citer bunga syurga ni, walaupun ni bukan karya pertamanya tapi buku ni lah yg memperkenalkan aku kepada 'anita aruszi' :)


Bunga Syurga by Anita Aruszi
Terbitan Kaki Novel
Tahun 2008


"Andai kau kutip seribu kerikil sekalipun untuk merejam hatiku... namun aku takkan sesekali berpaling dari sisimu"


Akhirnya plastik buku ni aku bukak juga. Dalam kesibukan kerja aku berjaya menghabiskan novel ni. Memang menarik dan aku tak sabar nak tahu pengakhirannya. Makin byk pulak lelaki yang tinggi egonya diletakkan penulis2 sebagai watak utama. WAtak2 begini biasanya mencabar kekuatan watak wanita dalam cerita tersebut. Namun suasana yang diwujudkan penulis di antara Riffki dan Hijjaz memang menarik dan manis.


Atas sebab masalah kewangan Hijjaz terjebak dalam perjanjian yang mengikatnya kepada Riffki. Walaupun bukan terpaksa kahwin ker apa tapi dia terpaksa akur dengan arahan2 Riffki walaupun kadang2 tu mcm gila. Rasanya lelaki ego memang sikapnya tak boleh teka kot? tak konsisten karakter Riffki ni sekejap macam tu, sekejap macam ni, sekejap macam nun. Sikap yg tak konsisten ini membuatkan watak Riffki nampak lemah walaupun egonya kuat. Apa2pun saya suka scene Riffki-Hijjaz dan cerita ini bukan saja menyingkap perasaan Riffki-Hijjaz tetapi juga menyingkap sejarah lama orang tua mereka. Saya suka dengan misteri hubungan lama antara bapa Daniel, bapa Riffki dan ibu Hijjaz.


Ahemmm nama 'Nurul Akma' tu mengingatkan aku kepada nama watak utama dalam Fanfiction jiwangunited yang popular bertajuk 'Percaya Pada Cinta'. *wink to Unknown Author*


sure fine whatever
rinn

also by this author

dedalu di hati

sakti cinta

street vendetta

di bibirnya ada cinta




sinopsis belakang buku:


Riffki - Dia melihat cinta pertamanya dalam wajah suci sang gadis yang dahagakan secangkir kasih. Namun dingin hati lelakinya terus menolak kehadiran rasa dalam diri. Pertemuan demi pertemuan membibit rasa rindu. Tetapi sayang yang tidak terucap seumpama racun menjalar. Bila hati semakin tidak tertahan, kesakitan terasa perit mencengkam. Cinta sepatutnya memberi, mengasihi dan menerima. Tetapi cintanya hanyalah menyakiti, mengasari dan menyeksa diri. Semakin banyak dia memberi, semakin jauh cintanya lari.


Hijjaz - Hablur-hablur rindu sudah lama ternoktah dalam hidupnya. Kesepian membuatkan dia sering bermimpi di siang hari. Namun tidak pernah terlintas di mindanya akan terbit satu saat di mana dia mula merindui insan yang terlalu berbeza. Namun menyayangi lelaki itu bagaikan menyayangi bayang-bayang sendiri. Semakin jauh dikejar semakin dirinya ditinggalkan. Suatu masa dia sudah lelah mengejar bila hakikat maha nyata terhampar di hadapan mata. Mungkin ini takdir azali, satu langkah abadi membongkar sebuah tragedi.


RM23.00
625 mukasurat
isbn: 9789675067112

Tuesday, June 15, 2010

Review 149: Tiga Ceritera Dalam Sebuah Damai


Tiga Ceritera Dalam Sebuah Damai
Penulis: Saidatul Saffaa, Noor Suraya, Syud
Penerbit: Jemari Seni
RM21.50
Sabah/Sarawak: RM24.50
isbn: 978-967-5118-40-1
592 mukasurat
cetakan pertama 2010


Bertambah lagi satu koleksi tiga ceritera dalam simpanan aku :) aku suka set2 macam ni sbb ceritanya gerenti pendek dan tidak meleret. Aku mudah merasa puas hati dengan cerita2 pendek tambah pula bila tengok nama2 yg tertera kat kulit buku ni. Lagi lah membuat aku tersenyum lebar dan pasti ada hidangan kisah manis di dalamnya :)


Ceritera I
Damai by Saidatul Saffaa


Kisah ini seperti kombinasi pengembaraan, percintaan, dan sejarah dalam satu naskah yg interesting utk dibaca. Kalau aku dihidangkan dgn senaskah buku sejarah turki, sah2 aku tak baca. Saidatul SAffa menyulam kisah silam Turki dalam kisah pengembaraan Nas ke Turki. Nas tu nak siapkan tesis dia. Ketibaannya ke Turki menemukan dia dgn Sadiq. Pertemuan yg membuat hati kedua-duanya dicuri oleh satu sama lain. Pengetahuan Nas yg kurang tentang kehidupan masyarakat Turki membuatkan dia yg pd mulanya mula menerima Sadiq bertukar kepada cuba memadamkan api cinta yg mula menyala.


Di Turki ada dua jenis masyarakat Islam. Kalau keluarga yg mengamalkan Islam, mereka akan berpegang pada tali Islam dengan bersungguh-sungguh tetapi ada satu lagi golongan Turki moden yg sudah bersalut solid kebaratan hingga nama sahaja Islam tapi hidup mereka langsung tidak Islam. Sadiq dlm golongan kedua.


Nas cuba mencari damai dengan mencari jalan keluar dari Istanbul. Maka tibalah dia di Konya. Di situ dia mencari arah diri. Dia takut pada dosa silam, pada perasaannya buat Sadiq. Namun dia gagal melarikan diri kerana Sadiq juga sedang mencari diri di situ. Sadiq menemui damai apabila bersama Nas dan dia sanggup berubah supaya dapat menjadi suami pilihan Nas.


Tak sangka pulak Sadiq tu sampai sanggup pasang plan baek punya dgn famili Nas :)

--------
Ceritera II
Yang Jauh di Pulau by Noor Suraya


Bagi yang mengikut kisah Piyah dan Piyan karya Noor Suraya secara online, tentulah tak sabar2 nak tau apa akhirnya kisah Piyah dan Piyan tu. So apa lagi, baca la dalam naskah ni :)


Cerita ini tentang Ainnul Suffiah Syuhada dan Sophan Sophian atau nama glamer masing2 Piyah dan Piyan :)) Piyah adalah gadis kota yang kaya raya yg dihantar oleh ibu bapanya ke rumah toknya di Pulau Langkawi supaya dapat dididik menjadi perempuan instead of menjadi peladang FarmVille FB yang berjaya.


Piyah seorg anak yg menurut kata dan segala tunjuk ajar tok diterimanya dgn baik. Kunjungan ke 'market' ikan telah menemukannya dgn Piyan yg membuat dia termimpi2. Perasaannya tidak hanya sebelah pihak rupa2nya, namun Busu, bestfriend Piyan, bertindak menjadi duri dalam daging membuat kemesraan Piyah dan Piyan tidak memekar. Tambahan pulak Piyah dah salah faham dgn status Piyan.


Salah faham itu berterusan hingga bertahun2. Piyan sangka Piyah menolak cintanya kerana dia penjual ikan, lalu dia sanggup membawa diri ke Scotland supaya bila pulang nanti dia akan bergelar pensyarah, baru lah layak nak sunting Piyah. Akhirnya, sebuah buku resipi terbitan Jemari Seni telah menjadi titik pertemuan mereka semula yang membawa ke pengakhiran yg indah :)


Jgn lupa 'tengok' special appearance 'Kak Nila' dan 'Kak Ajah' Jemari Seni dlm citer ni. hehe.. selalu tengok nama diorang dalam Buletin Jemari Seni jerrrr.

-----------
Ceritera III
Langit... Tetap Biru by Syud


Zahra dalam cerita ini sangat2 mengingatkan aku pada Nisa (Tas Merah Jambu). Sebab diorang ni jenis simpan perasaan kat si jejaka tapi tak luahkan perasaan. Tengok dari jauh saja, tapi bila jumpa, memang buat macam tak ada apa2.


Zahra tak pernah simpan harapan utk mendapat balasan cinta dari Fikri sbb dia tahu Fikri berkasih dengan Hana. Setelah bertahun2 membawa haluan masing2 dia bertemu semula dgn Hana, gadis manja yg ceria. Dia simpati dgn Fikri kerana Hana seperti sudah mulai bosan dgn sikap Fikri yg dikatakan mengongkong. Mungkin Hana tu jenis yg masih suka hidup bebas tanpa ikatan.


Zahra menjadi tidak menentu apabila suatu hari dia menerima emel dari Fikri yg bertanyakan tentang sebuah cerita online yg pernah dikarang Zahra suatu ketika dahulu kerana nama watak dalam cerita tu sejibik sejibun nama Fikri. Emel itu membawa communication diorang secara online tanpa Fikri ketahui yg Zahra adalah kawan Hana masa diorg belajar dulu. Dia percaya namanya hanya kebetulan dlm cerita itu.


Namun ketika menggoogle emel penulis cerita itu, rahsia Zahra sudah terbongkar dan Fikri rasa tertipu kerana kisah cintanya rupanya bukan kebetulan spt cerita yg Zahra.


Sejak identitinya terbongkar Zahra menjadi tidak selesa kerana semakin hari semakin kerap dia terserempak dengan Fikri. Peristiwa dia hampir2 melanggar Fikri gara2 mabuk pil karbon, membuat dia akhirnya bercakap dgn Fikri walaupun hanya sepatah dua. Fikri sendiri heran dgn diri sendiri sbb dia tak rasa nak marah pun. Sweet la cara Fikri nak tackle Zahra tu.


tak dapat nak pisahkan perkataan 'comel' dari setiap ending kisah2 Syud :) Haaa dengar2nya buku baru Syud akan kuar Julai ni :) kat pesta buku selangor boleh la beli.

also by Syud:
Tiga Ceritera Dalam Sebuah Pelangi
Tiga Ceritera Dalam Sebuah Kebun Mimpi
Tentang... Dhiya
Untuk Awak Teja Aulia


sure fine whatever
Rinn


sinopsis/blurb

Ceritera I
Damai - Saidatul Saffaa


"Kamu orang mana?"
"Malaysia." Sekarang ni musim sejuk, tetapi dia rasa... panas.
"Panas ke?"
Pakcik muda ni boleh baca hati orang?
Kemudian...
Telinga sayup-sayup mendengar. Mata cuba fokus.
Baju tu... topi tu... sesusuk tubuh itu.
Ya Allah... apa yang terbentang di hadapan matanya ini?
Benarkah Tun Fatimah bukannya untuk al-Fatih?


Ceritera II
Yang Jauh di Pulau - Noor Suraya


"Terima kasih," kata Piyan.
"Bukannya buku ilmiah pun!" Dia merendah diri.
Piyan membaca catatan dia...


Sophan Sophian,
Selamat memasak! ~Syuhada


"Formalnya."
"Itulah yang saya tulis kepada setiap peminat."
Kononnyalah dia pernah ada peminat selama ini. Inilah himpunan rasa sayangnya pada arwah tok dan 'dia' - si penjual ikan.
Cinta rahsianya!


Ceritera III
Langit... Tetap Biru - Syud


Kata orang menunggu itu satu penyeksaan.
Kata Zahra pula, dia bukan menunggu, Cuma 'dia' sentiasa ada di situ, pada ingatannya.
Kata orang juga, bagaimana langit itu tetap biru...
jika ada awan yang meliputinya?
tika remang oren menjengah setiap senja?
Entahlah.
... kerana pada Zahra, langit tetap biru!

Review 148: Tiga Ceritera Dalam Sebuah Kebun Mimpi


Tiga Ceritera dalam Sebuah Kebun Mimpi
by Noor Suraya, Syud & Rnysa
Terbitan Jemari Seni
2008
RM21.50
536 mukasurat
isbn: 978-967-5118-10-4


SEbelum membaca Kebun Mimpi saya dah dimaklumkan yang ini adalah kesinambungan kepada 2 buah novel karya Noor Suraya iaitu 'Biru Ungu Cinta' dan 'Keranamu Ain'. Ramai sungguh yg tertunggu-tunggu kemunculan Kebun Mimpi versi cetak, aku ni jer yang tak tahu. Saya ni memang tak berapa bagus dalam menghayati e-novel. :) i prefer yang bercetak dan dibukukan. Typical me.


Kebun Mimpi mengumpulkan 3 cerita pendek. Kebun Mimpi oleh Noor Suraya, Tas Merah Jambu oleh Syud dan Albatros: Antara Langit dan Bumi oleh Rnysa


Ceritera I: Kebun Mimpi by Noor Suraya


Banyak yang membuatkan saya tersenyum biler membaca Kebun Mimpi. Bukan sebab citer ni kelakar tapi sebab ramai watak yang pernah saya kenali membuat 'comeback' dalam novel ini. Membuatkan saya nak menyelak semula karya2 Noor Suraya yang lalu.

Sambungan 'Biru Ungu Cinta' dan 'Keranamu Ain' ni membuat saya sedih la.. lara gitu. haha. Ending BUC memang la pilu denga pemergian Seera meninggalkan Kamal seorang menempuh hidup. Ending Keranamu Ain adalah sesuatu yang menggembirakan tapi kegembiraan itu lenyap dalam 'Kebun Mimpi' nih. Penghujung yang masih terumbang ambing dan tiada jawapan yang pasti. Biler kucc & kak ju'a bagi tau Kebun Mimpi ada sambungan, saya sedikit lega :)


Dalam Kebun Mimpi nih banyak menceritakan tentang kehidupan Ain sebagai isteri Adam yang dicintainya dan juga perjalanan seharian dia mengarang kisah "Nyanyian Tanjung Sepi". Menarik juga biler ada feed mengenai 'the making of' Nyanyian Tanjung Sepi yang best tu. Ala-ala info belakang tabir gitu.


Byk dugaan yang menanti Ain. Perkahwinannya dgn Adam melukakan hati ibu Adam kerana ianya tindakan yang tergesa-gesa. Adam masih lagi menyimpan dendam terhadap Hanif yang pernah menyintai Ain walaupun Hanif telah berumah tangga. Ini membuatkan Ain menjarakkan hubungannya dgn Hanif.


Berita Ain mengandung memang menggembirakan, namun Adam terpaksa pergi jauh demi tugas. Kesempatan itu digunakan oleh Ain utk menghabiskan novel NTS yang sedang diusahakannya. Dalam keseronokan menulis, kadang2 rasa sepi menerpa. Tak disangka2 Ain keguguran namun rezekinya ada kerana dia mengandung anak kembar rupanya.


Kamal hadir dalam kisah ini ketika ketiadaan Adam, Adam terpaksa meminta Kamal membantunya menjaga Ain yang masih lemah kerana dia tahu keluarganya takkan mampu menjaga kebajikan Ain. Ain bukan menantu pilihan.


Antara watak2 yang familiar yang muncul semula adalah sbb Dr. Khalida, Nuha, Dahlia, Neem & King Shah erk ramai lagi.. kalau baca ni memang menggamit nostalgia membaca novel2 noor suraya. Yg best nya universe dlm novel kaksu semuanya sama dan mereka saling bertembung dari semasa ke semasa. :)


Ceritera II: Tas Merah Jambu by Syud


iskkk jiwang lah citer nih. haha... macam tak betui jer aku tersengih sengih tersenyum senyum sorang2.


Kisah ini tentang Nisa. Seorg secret admirer. Dia syok kat Adif tapi tak pernah meluahkan perasaan. Dia menyintai dari jauh saja. Hanya rakan2 terdekat yang tahu rahsia hatinya. Berkat mempunyai rakan2 yang tak sabar nak menolong, kad raya yang terperam setahun akhirnya sampai ke tangan Adif. Nisa pengsan. Adif pula semakin curious dan berkat mempunyai rakan2 yang tak sabar nak menolong juga, misi mencari gadis berbeg pink bermula...


Ceritera II: Albatros: Antara Langit dan Bumi


Saya rasa macam baca dua cerita yang tak ada kena mengena antara satu sama lain dalam kisah ini walaupun watak 'Taqi' adalah kesinambungan dari kisah pertama.


Izzah-Ehsan terpisah meninggalkan cinta tak terucap yang tiada closure. Pertemuan semula ada pelbagai kemungkinan dan kehadiran Asri menvariasikan lagi kemungkinan yang sedia ada. Saya lebih suka chemistry Izzah-Ehsan ;)


Adriena-Taqi-Rasydan. Pembacaan sekali lalu sedikit membuat saya confuse tambah2 dengan keadaan Adriena yang tidak menentu emosinya. Lepas tu seperti hilang ingatan pula. Saya seperti tak menyebelahi sesiapa utk digandingkan bersama Adriena, mungkin sbb tiada rasa mesra dengan watak2 dan apa2 kemungkinan sahaja antara ketiga-tiga watak ini saya menerima seadanya. Kisah ini menarik dan sekiranya pembaca diberi peluang mengenali Adriena-Taqi-Rasydan dgn lebih rapat, mungkin ia lebih mengesankan.


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:


Tiga penulis wanita Jemari Seni Publishing berbicara tentang cinta dalam sebuah Kebun Mimpi...


Ceritera I – Kebun Mimpi... oleh Noor Suraya
Masih ingat pada karya pertamanya, Keranamu Ain... ? Inilah lanjutan kisah Ain Najwa selepas itu.


Sudah Ain tanam, sudah Ain semai... namun tidak satu pun yang bertunas itu rupa-rupanya kembang menjadi bunga! Bagaikan kebun mimpi... apa yang hadir dalam hidup Ain ini sekadar sebuah kenang-kenangan.


Ceritera II – Tas Merah Jambu oleh Syud


Gara-gara sekeping kad raya yang ada gambar seekor kucing putih gebu, hidup Nisa tak keruan dibuat dek Anna, Lin dan Nini. Sementara kawan-kawan si penerima kad misteri itu, sedang menyenaraikan suspek: siapakah peminat rahsia Adif? Aiman terus menyiasat, Adif pula jadi resah gelisah.


Jomlah sama-sama ikut Syud membongkar misteri hati Nisa-Adif ini...!


Ceritera III – Albatros: Antara Langit dan Bumi oleh Rnysa


"Ya. Kalau sayapnya elok lagi, ‘dia’ boleh terbang..." balas Ehsan.
Izzah rasa dia yang perlukan sayap sekarang, mata Ehsan yang bening sedang mencuri pandang sejenak, menikam ke dalam tangkai jantungnya. Mata itu duta hati, dan jika mata dengan mata itu sudah bertemu, tentulah larutnya jiwa.


Encik Albatros, pinjamkan sebentar sayapmu itu! Aku mahu lari daripada terkena panahan cinta! bisik Izzah.

Review 147: Tentang... Dhiya by Syud


Tentang... Dhiya by Syud
Terbitan Jemari Seni
RM21.00
545 mukasurat


resepi utama syud utk menarik pembaca adalah menggunakan elemen 'mencuit hati' dgn gaya penceritaan komedi ringan. Pendekatan sebegini biasanya akan menjadikan pembaca mudah mesra dgn watak yang diketengahkan. Saya memang suka dgn gaya santai begini dan kalau tengok review2 saya yang lain pun penceritaan begini memang menjadikan bintang2 saya bersinar-sinar. ;) Bila kedukaan menimpa watak2 kesayangan kita, kita akan mudah merasa simpati dan hiba.

Penceritaan yang seimbang mengenai sepasang watak utama cerita ini. Saya tak terasa Syud berat sebelah dalam menceritakan perihal Lisa dan perihal Azril. Kedua-dua watak ini kita dapat kenali dengan seimbang dan Syud ada keistimewaan utk menyampaikannya dalam bentuk penulisan yang paling mudah dan membuatkan saya menyukai kelebihan dan kekurangan insan2 biasa seperti Lisa dan Azril. Kebiasaannya cerita2 yang kita baca tentunya akan cuba meraih simpati pembaca kepada watak utama wanita yang penuh emosi dan dibebani pengorbanan demi pengorbanan. Sekiranya itu berlaku dalam cerita ini, ia akan menjadikan kisah ini agak stereotype.

kisah love-hate relationship dan kawan jadi kekasih ni ntah sudah berapa kali dialunkan oleh pelbagai penulis. Alunan Syud ternyata ada sentuhan tersendiri dan menjadikan "Tentang...Dhiya" terhighlight di kalangan novel-novel genre ini di rak saya :)

Serba sedikit Tentang...Dhiya. Dhiya Nurlisa mempunyai latar belakang kehidupan yang penuh kesedihan. Mungkin itu menjadikan dia agak beku. Hanya orang2 tetentu dapat merasakan kemesraannya. Azril hadir lalu menambah rencah kisah hidup Lisa. Meletakkan dia dalam pelbagai situasi tak terduga, memberinya pengajaran yang tak akan dilupa. Mereka menyentuh emosi antara satu sama lain dalam keadaan yang mereka sendiri tidak menyangka.

Lepas grad masing2 membawa haluan masing. Mereka putus khabar berita selepas sebuah interaksi yang lebih kepada perdebatan hingga menyebabkan Azril hilang kawalan emosi lalu memarahi Lisa. Lisa pergi bersama rasa terkilan. Azril tinggal bersama penyesalan.

Tahun demi tahun berlalu dan garis takdir mereka bertemu kembali dalam situasi2 yang sentiasa meletakkan mereka di tempat yang sama. Tahun2 yang berlalu tidak memudarkan ingatan mereka antara satu sama lain. Emosi berkocak semula tapi siapa yang perlu melafazkannya?

sure fine whatever




Dhiya Nurlisa & Azril Mustaufi

Mereka 'terpaksa' kenal waktu menyiapkan kerja kursus berkumpulan.

Azril tak pernah faham kenapa Dhiya membencinya habis-habisan. Padahal alasan kenapa Azril dimusuhi sudah jelas, kan?

Menurut Dhiya, Azril tu:

Tipikal groupmate: tak datang untuk diskusi, ambil bena tak bena hal assignment, almaklumlah EOP sekadar kertas elektif untuk bakal arkitek itu!

Sdgkan Azril juga ada alasan sendiri, untuk semua sikapnya selama ini. Cuma Dhiya yang menyinga tak bertempat.

Lepas graduate, masing-masing bawa diri. Fuh, leganya...!

Namun takdir telah menemukan lagi mereka, kali ini dalam suasana yang tak sama. Seperti biasa Azril masih lagi 'masalah' kepada Dhiya. Lalu apa langkah seterusnya, Dhiya?

Tidak semua perkara layak diberi peluang kedua, Dhiya. Usah tegar memberi peluang jika tahu apa sudahnya. Berpalinglah... jika itu yang terbaik!

SYUD ada gaya yg tersendiri apabila bercerita Tentang...Dhiya. Watak-watak ciptaannya terasa hidup dan dekat dengan kita.

Review 146: Cinta Seindah Madah by Puteri Andalas


Cinta Seindah Madah by Puteri Andalas
Terbitan Kaki Novel
cetakan pertama 2008
RM24.00
741 mukasurat
isbn 9789675067044

"Seumpama bayang-bayangku sendiri... ingatan kepadamu kasih... tetap mengekori ke mana sahaja aku pergi"


Ni lah buku Puteri Andalas yg paling aku enjoy baca :) (Yang Tak Terluah pun best gak) Aku suka cara P.A mengolah scene2 biasa menjadi menyentuh hati dan menghibakan. Especially scene Intan dpt hadiah kura2 dari Rashlan yg hospitalized tanpa pengetahuan ayahnya. Sayunya hati mengenangkan Intan yang sanggup memonopoli ayahnya utk dirinya seorang sehingga Rashlan terbiar, nasib baik ada orang gaji dan jiran yg sanggup tolong hantar Rashlan ke hospital. Emak ngan ayahnya bleh teralpa mengenai birthday nya tapi Rashlan awal2 lagi dah tinggal hadiah utk Intan walaupun dia sangat2 tidak sihat. Byk kali jugak la aku terkelip-kelip tahan air mata.


Kisah janda dan suami orang yg terjatuh hati antara satu sama lain, mungkin kurang 'enak' kedengarannya, tapi setelah membaca kisah ini barulah kita dapat merenangi perasaan Sharina dan Reshidi bagaimana mereka tak dapat menghalang perasaan kasih dari berbunga. Ini lebih kepada kisah cinta terpadam dan tak terlafaz. Namun kalau sudah jodoh, tak ke mana. Lari ke hujung dunia pun bertemu juga.


family Sharina siap nak padankan dia dgn Taufik tapi Sharina bijak membaca perasaan adiknya, lalu dia sendiri memasang perangkap agar cinta Taufik tertumpah buat Shazmin :) lain yg diumpan, lain yang tertangkap. Tapi tak per, dapat jugak mak Sharina tu menantu pilihan hati :) Bali menjadi tempat cinta makin subur di hati, walaupun Sharina dan Reshidi bukannya berada di sana bersama-sama.


Saya suka dengan cara Puteri Andalas menggarap watak kanak2 dalam kisah ini iaitu Rashlan dan Atim. Dialog yg dilafazkan watak memang menggambarkan watak2 ini dalam lingkungan usia pra sekolah. Bukannya apa, kadang2 tu kita baca penulis menggambarkan watak kanak2 tapi dialognya lebih menggambarkan kata2 remaja atau org yg lebih dewasa. Rashlan dan Atim memang pasangan sahabat yg sangat memorable dalam kisah ini dan menjadikan Cinta Seindah Madah lebih 'cute'.


Kalau nak tahu bagaimana Sumi Diah, mertua Reshidi sendiri boleh merisik Sharina utk menantunya, kenalah baca buku ni ye? ;)


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:




Luahan Sharina...


"Aku mencintai Asnawi...
Bagaikan aku memiliki pelangi
Tanpa aku sedari
pelangi mengundang tsunami di hati.


Mengenali Reshidi,
rasa kasih menjelma kembali
Digagahi hati cuba menafi
Kerana Reshidi masih beristeri


Onak melilit hidupku
Duri merodok hatiku


Namun kerana kejora hati
'Atim' amanah Ilahi
Aku bangun menggagahi diri
Tekad di hati
Cahaya akan kuburu dan kucari
Bukan lagi pelangi atau tsunami..."


Berjayakah Sharina?

Review 145: Tanpamu di Sisi by Puteri Andalas


Tanpamu Di Sisi by Puteri Andalas
Terbitan Kaki Novel
RM18.00
500 mukasurat


"Andai cinta itu bukan milik ku... aku relakan engkau pergi. Namun jika engkau sememangnya sudah ditakdirkan untukku... Jangan biarkan aku ditinggal sepi!"

Sepertimana kegagalan Irma menghayati novel 'bule gila' pemberian Acik Niah, begitu jugak lah aku semasa membaca novel nih. ntah la kenapa rasa mcam ada yang tak faham, tapi penceritaan tak derlah rumit. hmm mungkin keadaan emosi dan kepala hotak aku ni agak senget pada masa itu. haha.. kak ima pun boleh nampak keadaan aku pada masa tu.. apa2pun, novel ini berjaya aku habiskan dengan jayanya dan aku ulang baca 2 kali kerana mahu menghayati kisah ini.

Irma adalah seorang yang sangat sangat sangat cantik dan baik. Dia tidak perlu berusaha utk kelihatan seperti seorang model kerana dia memang dan sediakala terlalu cantik. Perfect buat jejaka hensem giler seperti Syed Herizal. Yang tak sengaja tercuri bunga kawannya utk dihadiahkan kepada Irma yang jelita menawan hatinya.

walaupun mempunyai peluang utk menggoda Herizal, Irma tak pernah lupa asal usul keluarganya yg mempunyai sejarah hitam. Dia cuba menjauhkan diri tetapi Syed Herizal sudah sukar utk melepaskannya.

Sejujurnya saya lebih berminat utk menghayati kisah Mastura-Hanif, tapi tak banyak kisah mereka. Mastura memutuskan hubungan dengan lelaki yang paling disayanginya kerana satu tragedi yang menimpa anak saudara Hanif. Dia merasakan kecuaiannya telah menyebabkan anak kecil itu meninggal dunia. Hanif ditinggalkan walaupun Hanif kembali dan merayu keluarga Mastura menyambung ikatan kerana terlalu cintakan Mastura. Mastura tetap menolak. Rahsia itu disimpan kejap dalam hatinya dari pengetahuan sesiapa jua termasuk sahabatnya, Irma. Namun, kepulangan Hanif dari Jepun membuat Mastura dalam dilema. Cinta Hanif masih utknya dan Mastura tidak pernah memadamkan cintanya pada Hanif, tapi rasa bersalahnya tidak dapat dipadamkan dari jiwanya. Hanif tidak pernah melupakan hasratnya utk memiliki Mastura, malah keluarganya juga setuju dgn pilihan hatinya. Segalanya terletak di tangan Mastura.

Tak sangka gadis ceria dan nakal spt Mastura mempunyai sejarah cinta seperti itu. hah.. citer Irma-Harry dah jadi citer Mastura-Hanif lah pulak.

Pemergian Irma ke Indonesia tak disangka2 menjadi titik tolak terbongkarnya kisah lama dan rupa2nya hubungan kekeluargaannya dgn harry sangat dekat tetapi masih adakah cinta harry buatnya apabila mengetahui rahsia yang tersirat?

sure fine whatever
rinn



sinopsis belakang buku:

Aku dagang merempat yg menjauhi lelaki. Rahsia besar keluarga tak mungkin kukongsi. Nasibku berubah sejak mengenali teman bernama Mastura. Semata-mata kerana budi Mastura, aku menyangguupi tugas berat. Memperaga pakaian tradsional di majlis tahunan pejabat di dada pentas. Tanpa kuduga kemunculanku di catwalk mencuri hati seorg jejaka bertaraf mulia. Aku tersedar akhirnya aku bukan malaikat dan terpaksa menerima satu hakikat. Manusia biasa sepertiku mempunyai hati yg kepingin bercinta dan dicinta. Kelopak kasih terbuka disirami belaian kata mesra dan gurau sendanya. Namun aku tidak alpa ada segunung rasa yg amat kugeruni. Apa akan terjadi andainya kisah hitam keluargaku diketahui? Mahukah keluarga Syed Herizal menerima diriku nanti? Sendat dgn rasa serba salah aku lari ke Jakarta. Mencari Achik Niah yg menyimpan segala rahsia.

Jika anda mahu mengetahui rahsiaku ini, ekorilah langkahku ke mana sahaja aku pergi membawa sekeping hati menyusuri laluan yg penuh onak dan duri. mengejar cinta murni yang tersemat di hati nurani.

Irma Julita.

Review 144: Jalinan Kasih by Puteri Andalas


Jalinan Kasih by Puteri Andalas
Terbitan Alaf 21 Sendirian Berhad
RM12.00
300 mukasurat


"Kasih Tak Boleh Diusir
Benci Tak boleh Diundang"

cara penceritaan yang sangat mudah dan tak berbelit belit. sangat straight forward dan ada peningkatan kisah dalam setiap bab. setiap konflik dan persoalan yang ditimbulkan dalam buku ini ada penyelesaian dan akhirannya. This is quite good for a 300 pgs punya citer, kira tak tebal sangat la tapi mampu ditamatkan setiap konflik
dengan baik dan tak der la kita menutup buku ni dengan perasaan tak puas hati.

Kisah utama adalah tentang Rosalina, gadis cina yg berkahwin dgn Hadi walaupun ditentang keluarganya. Keluarga hadi gembira menerimanya. Cerita dimulakan setelah beberapa tahun mereka berkahwin dan sudah timbul rasa bosan dan dinginnya hubungan suami-isteri mereka. pemergian Rosalina ke Kanada mewujudkan minatnya terhadap jejaka handsome, Rodney yang turut menyukai Rosalina. Hadi juga teruji dengan kehadiran Zetty yg tanpa segan silu menggodanya. Cinta di hati mereka masih ada dan kembali teguh especially bila mengetahui Rosalina sdg mengandung. Rosalina kembali menghayati hidupnya sebagai Muslimah dan mahu anak dalam kandungannya membesar
dalam suasana Islam, mendengar ayat2 suci al Quran. Perubahan Rosalina turut menimbulkan rasa insaf pd Hadi yang sebelum ini tidak mementingkan agama.

Kelahiran Aliff rupa2nya turut mencatatkan pemergian Hadi yg terlibat dlm kemalangan jln raya. Kemudian diikuti pulak dgn kematian ayah kandungnya. Peristiwa2 ini merapatkan semula hubungan Lynn dgn ibu kandungnya, adiknya serta ibu mertuanya yg patah hati dgn sikap suaminya yg bermain kayu tiga dgn pembantu rumah mereka.

Tak sangka langsung kehadiran Mak Kiah dlm cerita ini ada motifnya tersendiri. rupa2nya adik Lynn adalah anak kandung Mak Kiah yg pernah berkahwin dengan adik kepada bapa Hadi (err paham tak? hehe).

Mula2 tu saya ingat ker bapa Hadi tu suami mak kiah jugak! Penulis bijak mengaburi mata pembaca supaya tak dapat meneka hal ini.

Rosalina semasa menjanda mula memahami yg Aliff dahagakan perhatian seorang bapa. Rodney kembali mencarinya dan melamarnya, pada masa yg sama Dr Hilmi yg menyambut kelahiran Aliff turut mengharapkan cintanya. so nak pilih sapa? kalau cinta, rasanya Rosalina lebih menyintai Rodney (tapi ada masalah dari segi geografi, rodney duduk
jauhhhhhh), tapi kalau Dr Hilmi tu dia kena belajar menyintainya.


sure fine whatever


Sinopsis belakang buku:

Cinta tidak mengenal bangsa. Mengimbau kembali lorong berduri yang
pernah disusuri. Rosalina rela meninggalkan agama asal demi kasihnya
pada Hadi. Agung sungguh perasaan yang bernama cinta, meskipun
terpaksa buang emak, buang saudara namun perkahwinan penuh kerikil
ini tetap diteruskan.

Tiada siapa mengimpikan perpisahan. Trauma kehilangan Hadi di saat
Rosalina berjuang melahirkan Aliff diterimanya sebagai ketentuan
takdir yang ingin menguji keimanannya. Pun, hidup perlu diteruskan.
Berdiri atas kasih sejati seorang Islam, Rosalina akur dengan
tanggungjawab untuk mempertahankan akidahnya.

Kehadiran semula Rodney, pemuda kanada yang pernah singgah di hati
bagaikan mencabar ketakwaannya. Saat diri berada dalam kekeliruan,
ketulusan Dr. Hilmi yang ingin mengisi ruang bahagia bersamanya
menambah resah di dada. Tidak sanggup dibelenggu kenangan lalu,
hatinya terbuka menerima pengganti. Apatah lagi menatap bening mata
Aliff yang rindukan belaian seorang ayah, membuatkan Rosalina
terpaksa memilih antara dua.

JALINAN KASIH. keunikan sejarah cinta dua insan dalam lingkaran
kehidupan sosial masa kini. sesungguhnya, cinta bersifat universal.
Abadinya kasih suci, tidak membatasi konflik keluarga, keturunan,
budaya malah antara dua benua sekalipun. Hanya kekuatan dan
keyakinan diri dapat mengatasi segala rintangan yang melanda.

Review 143: Andainya Kutahu by Puteri Andalas





Andainya Kutahu
Penulis: Puteri Andalas
Terbitan Khalysa Publications & Distributors
ISBN : 983-40714-4-2
cetakan 2004
514 muka surat
Harga : RM 19.90

Buku ni dah jarang2 nampak di rak2 kat kedai2 buku. Antara buku yg ada peminatnya tersendiri, termasuk la Uda yg dok rekemen buku ni kat aku.

Sali dan Sunny yakin mereka adalah adik beradik tiri seibu. Mereka tidak dapat menidakkan perasaan cinta yg wujud di hati mereka.

Sali cuba utk menerima lelaki lain dalam hidupnya namun bayangan Sunny tidak pernah luput dari jiwanya.

Cerita ini lebih banyak menceritakan tentang Sali dgn lelaki yg ingin menyuntingnya sbg pasangan hidup. Sali sentiasa bersikap jinak2 merpati. Mudah didekati tetapi sukar ditawan. Tugasnya sbg guru menyerlahkan lagi budi pekertinya yg baik. Cikgu Dhel adalah seorg lelaki yg sangat baik dan sifatnya itu mencuit perasaan Sali namun dia sedikit kecewa bila mengetahui yg cikgu Dhel sudah berumah tangga tetapi sedang di ambang kemusnahan. Kejadian isterinya dipanah kilat mengikat semula cikgu Dhel kepada isterinya. Ingat ka cikgu Dhel tu nak tinggalkan jer wife tapi dia jaga wife sampai sembuh. Baik la cikgu Dhel tu.

Sali amat memahami keadaan cikgu Dhel. dia jadi resah apabila dia mula menjadi perhatian cikgu Zul yang bermata keranjang. Teman sekampungnya tu menggunakan keakraban ibunya dgn nenek Sali utk merisik Sali. Di samping itu, sahabat baiknya Adib turut merekemenkan Sali kpd abgnya yg sudah lama kematian isteri, Jeff. Jeff tu hensem giler tapi Sali tak jatuh hati lah pulak. Walaupun dia cuba rapat dgn Jeff, dia sentiasa tak dapat menolak ajakan Sunny. Atas alasan sayang antara adik beradik mereka bertemu melepaskan rindu.

Nenek Sali sebenarnya tak suka mak Sali tu, Jenny, sorang wanita berketurunan Cina yg masuk Islam setelah berkahwin dgn bapa Sali. Nenek Sali ni berjaya menghancurkan rumah tangga Jenny dan mengambil Sali. Tinggallah Jenny bersama Sunny.

Kejadian kemalangan yg menimpa Sali memaksa Jenny memunculkan diri dan menyelamatkan Sali yg kehilangan byk darah. Kemunculannya tidak disenangi nenek Sali. Jenny terpaksa pergi tanpa mendedahkan identitinya sbg penderma darah kpd Sali.

Kunjungan nenek Sali ke Mekah telah membuka matanya tentang kehidupan sebenar Jenny yg tidak pernah meninggalkan Islam. Pertemuan mereka di Tanah suci menjadi titik penyatuan semula keluarga mereka.

Pertemuan itu juga menjadi titik kegembiraan Sunny dan Sali bila mengetahui bahawa Sunny tu rupanya anak kepada Lenny, kakak Jenny. dia menjaga Sunny spt anaknya sendiri hingga Sunny sendiri tidak tahu yg dia rupa2nya anak saudara kpd Jenny. Kali ni nenek tidak membantah lagi kerana dia mahu Sali bahagia.

sinopsis/blurb
Ibunya murtad!
Sali Aida malu lantas menidakkan kehadiran wanita yang melahirkannya ke dunia. Padanya kasih nenek adalah segala-galanya namun bukan untuk selama-lamanya. Kedewasan menyedarkan dia ada luang kosong dalam hidupnya. Sunny muncul di tengah -tengah kekosongan itu. Kehadiran Sunny untuk menyatukan dia dan ibu menyingkap nostalgia manis masa lalu. Tanpa diduga kehadiran Sunny menyemai cinta melakar rindu.

Lain misi lain pula terjadi. Mereka hanyut membina impian yang tidak berkesampaian terdampar kelemasan dilambung ombak cinta yang nyata berkesempadanan...

" Ya...Allah tabahkanlah hati hambaMu ini. Jauhkan dari kesesatan. Dorongkan aku hambaMU yang lemah ini ke jalan yang Kau redhai." Semoga Sunny juga tabah menerima perpisahan yang menyakitkan ini...

Seandainya kutahu kau memang milikku...
Seandainya kutahu begitu luhur hati ibu...
Taklah seberat ini beban penderitaan yang kugalas di bahu...

Sure fine whatever

Review 142: Hatiku Di Harajuku


Hatiku di Harajuku by Ramlee AWang Murshid
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd 2006
Harga : RM 19.90
Halaman :588
ISBN : 983-124-240-8


"Biar betapa jauh hatiku sentiasa di sisimu"


Cerita yang tidak meleret tapi kisah kekejaman dunia yakuza kurang menarik perhatian saya. Struggle jugakla nak habiskan separuh kisah ini. Saya tak sangka juga yang siri pembunuh yakuza yg berlaku di Jepun dilakukan oleh Noriko. Kagum pulak saya dgn watak yang nak kata 'hitam' tak 'hitam', 'kelabu' tak 'kelabu' si Noriko. Saya sangat sangat sangat sangat suka citer ini selepas kembalinya Risyam ke Malaysia. Konflik dan misteri yang ditaburkan sangat menarik berbanding kisah Risyam-Sabrina-Noriko di Jepun. Dan yg penting sekali endingnya! Sungguh tak disangka. Marvellous! tak rugi spend masa hingga melepasi tengah malam utk menghabiskan kisah ini. Noriko memang sentiasa menjadi element of surprise dalam kisah ini sehingga ke muka surat terakhir! Thanks Ramlee Awang Murshid for the surprising ending :)


Kisah cinta yang dipaparkan dalam novel ini kurang feel tapi saya suka garapan ungkaian konflik identiti Risyam dan situasi2 yang melibatkan Risyam bersama imam Daud & Dr Rafika. Ada scene2 yg sangat menyentuh perasaan dan membuat saya menangis. Ada yg mendapat peluang kedua utk meneruskan hidup di landasan yg betul, juga peluang kedua utk mengabadikan cinta sejati kerana mungkin peluang ketiga tidak akan muncul lagi.


Tergelak jugak biler Rafika komen yg wajah Risyam seiras Felix AF! haha.. dah la citer pasal Jepun (tagline Akma AF kan 'konnichiwa!') hmm budak2 jiwangunited bleh aar cari novel ni hehe.


Kisah ini tentang Ryu Watanabe/Risyam, bekas Yakuza, ahli kumpulan pembunuh kejam di Jepun, ala2 mafia lah. Cinta Noriko yang menjadikan Ryu Watanabe seorang Yakuza Amikie yang digeruni, namun perkahwinan Noriko yg diatur ayahnya melumatkan hati Ryu lalu membawa diri ke Malaysia dan menyamar sbg sorang yg dungu. Dia insaf dan kembali ke jalan Allah dgn bantuan Imam Daud. Siri pembunuhan ala yakuza di Jepun menggamit perhatian Risyam. Dikatakan pembunuhan2 itu angkara Ryu Watanabe. Risyam ke Jepun utk menyingkap misteri tersebut. Sabrina (bos Risyam di Malaysia) menaruh hati pd Risyam kerana Risyam pernah menyelamatkannya. Dia yakin Risyam ada identiti tersembunyi. Sabrina menyusul Risyam ke Jepun. Pertembungan Risyam-Noriko-Sabrina menyulitkan lagi keadaan mereka yg diburu yakuza jiro yang mahu melenyapkan yakuza amikie dan mengambil alih kuasa secara total. Risyam sygkan Noriko dan pd masa yg sama terharu dgn perhatian SAbrina utk nya. Noriko penuh dgn dendam terhadap yakuza jiro yg membunuh suami dan ayahnya serta kumpulannya. dendam itu makin menggunung dgn kehadiran Sabrina yg dianggap meragut cinta Risyam utk nya. Selepas selesai isu penculikan SAbrina di Jepun dia kembali ke Malaysia bersama harapan yg Risyam akan menyusul tak lama kemudian setelah menyelamatkannya.


Kematian Noriko mematahkan semangat Risyam namun ada harapan utknya di Malaysia. Namun kepulangannya menimbulkan keraguan di hati Sabrina apabila bermulanya pembunuhan ala Yakuza di Kuala Lumpur.


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:


Ryu-Watanabe berasa tidak dirahmati; lahir di penjara dan membesar di rumah kebajikan. Dia seorang yakuza yg digeruni. Malah seorg samurai yg mahir bermain pedang. Jenayah adalah gelanggang permainannya dan penamat kepada permainan itu adalah maut.

Sabrina tertarik mendengar kisah cinta yakuza~ Ryu-Watanabe dan Noriko. Ia bagaikan sebuah mitos yang tidak pernah terungkai. Tersimpan menjadi sebuah rahsia yg tidak pernah terbongkar. Terpengaruh dgn kisha itu, Sabrina bersetuju menerima pelawaan Murni utk melancong ke Tokyo. Di Harajuku, mereka mencari Ryu Watanabe.


Dan, bagaikan kebetulan... saat inilah Ryu-Watanabe muncul. Benih cinta tumbuh subur walaupun ia bukan pandang pertama. Noriko cemburu dan berdendam. Akhirnya cinta tiga segi itu menjadi percintaan berdarah. Tou Aii atau pedang cinta menjadi saksi pertumpahan darah itu berlaku. Cinta tidak selalunya indah. Ia kadangkala berkalang noda.


Hatiku di Harajuku adalah debaran mengasyikkan sentuhan Ramlee Awang Murshid. Diwarnai cerita cinta yg menggugah hati. Pertarungan yg mencemaskan, saspens, konflik jenayah serta sebuah kisah keluarga menyayat hati. Sayonara - ungkapan yg tidak akan anda gemari.


Sinopsis di website alaf 21


Ryu-Watanabe berasa tidak dirahmati; dilahirkan di penjara dan membesar di rumah kebajikan. Sepanjang hidupnya tidak pernah tenteram lalu membawa diri ke Jepun. Dia menyertai satu kumpulan yakuza dan menjadi samurai yang mahir bermain pedang. Jenayah adalah gelanggang permainannya dan penamat permainan itu adalah maut.


Dalam kumpulan itu, dia jatuh cinta dengan Noriko. Kisah mereka dan kumpulan yakuza menjadi tarikan kepada Sabrina untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Dia bersama Murni melancong ke Tokyo untuk mencari Ryu-Watanabe.


Adakah mereka dapat menemui Ryu-Watanabe? Siapa sebenarnya Ryu-Watanabe itu? Adakah dia menyesal menganggotai kumpulan yakuza dan menjadi samurai?

Review 141: Rahsia Perindu


RAhsia Perindu by Ramlee Awang Murshid
Terbitan Alaf 21 Sendirian Berhad
RM 19.90
576 mukasurat
"Tanpamu aku tak mampu bernafas sendiri"


masa demam, masa selsema i started reading this book.. ni la baru habih.. memang berpinar-pinar kepala.. citer ni penuh ke confuse san. Pada permulaan cerita saya rasa macam cerita ni diceritakan dalam situasi 'semasa' dan 'telah lalu' yg dicerita berselang seli tanpa warning kepada pembaca.. kita kena merumus sendiri.. atau mungkin cerita itu jadi selang seli sbb those yang dalam situasi 'semasa' sedang menceritakan tentang situasi yang 'telah lalu'. bila menghampiri separuh buku i can't help making guesses sapa sebenarnya 'Leopard' jgn la pandai2 nak teka sepanjang membaca buku ni, memang gerenti tak kena punya lah! hehe.. memang kena baca second round la to sort things out mana yang benar, mana yg ilusi. Nanti la bila reda demam dan selsema ni boleh aar baca lagi sekali so tht my kepala tak pening.


Tulisan pada cover macam citer hantu jer.. tapi sepanjang baca buku ni tak der 'terserempak'. :) Kisah ni sebenarnya menumpu kepada character Maria dan Harris. Pembunuhan Rashdan menjadikan Harris sbg salah sorang suspek. Kejadian Maria ditembak semasa majlis persandingan merumitkan lagi pemikiran kita.. Leopard yg mengaku membunuh Rashdan adalah watak yg paling misteri dan keliru dalam citer nih.. kisah split personaliti memang menarik utk dibaca.. ehmm teringat kat Gollum dalam Lord of the Rings.. rasanya mesti Gollum dengan Maria ni 'Gemini'.. hehe..


Ada satu part tu mention tentang seseorang yg memberi keterangan palsu matanya akan melirik ke kiri, menandakan orang tu sedang menipu


satu pesanan penting di akhir buku ni "BERHATI-HATILAH DENGAN REALITI, KEMUNGKINAN IA SEKADAR FANTASI."


sure fine whatever


sinopsis belakang buku:


Amylia bersetuju membela seorang penjenayah yang kemungkinan besar akan menghadapi hukuman mati mandatori kerana membunuh. Setelah meneliti mental anak guamannya, Amylia mendapati sesuatu yang tidak munasabah berlaku. Dia memohon perintah mahkamah untuk mendapatkan khidmat doktor psikiatri bagi melakukan psikoanalisis.


Dr. Azlan mendapati anak guaman Amylia; Leopard mengalami gangguan mental. Pada masa yang sama, usahanya membela Leopard mendapat rintangan. Amylia yang diburu ketakutan mengalami perubahan emosi. Namun begitu, dia tidak mudah mengalah walaupun nyawanya sentiasa diburu maut oleh pembunuh yang sentiasa mengintai pergerakannya.


Perjuangan tetap diteruskan juga. Oleh kerana tidak tertahan menanggung pelbagai dugaan, suatu hari Amylia jatuh pengsan. Dan apabila dia sedar semula, segala-galanya telah berubah.


RAHSIA PERINDU penuh debaran yang menggelisahkan pembacaan anda. Sentuhan luar biasa daripada `novelis thriller no. 1 Malaysia' ini sarat dengan kisah cinta suami isteri yang meruntun perasaan. Saspens sehingga merasakan ada 'orang lain'sedang memerhatikan anda!

Monday, June 7, 2010

Review 140: Satu Janji by Ramlee Awang Murshid


Jangan tak tau, RAM pun boleh buat citer kawin paksa yang best! tambah2 disulam dgn kisah thriller dan homocide yg penuh misteri :)


Satu Janji by Ramlee Awang Murshid
Terbitan Alaf 21
RM 19.90
568 muka surat


once dah start baca memang tak lepas la. Puas hati dapat baca kisah thriller homoside yg penuh tanda tanya. Ada diselitkan kisah cinta Luqman yg bertepuk sebelah tangan. The twist in the tale yg dimainkan di sini memang menarik dan ada part2 yang kita tak dapat teka langsung kebenarannya.. kisah ini seolah olah ada dua cerita tapi semasa menghampiri penamat, kedua-dua kisah ini bertangkup kemas dan ada
kesinambungan. RAM bijak menggunakan resepi novel cinta yang popular iaitu percintaan selepas perkahwinan.


kisah ni bermula dari kes pembunuhan Datuk Abdullah, bapa angkat Luqman. Luqman menggalas tanggungjawab di pejabat. Polis memerhatikan Khalid, CEO di pejabat Luqman kerana disyakki sbg dalang pembunuhan. Pertemuan dgn Adelia menjadikan Luqman jatuh cinta dan menyamar sbg penebar roti canai utk menghampiri Adelia. Dia mahu Adelia jatuh cinta padanya, bukan harta bendanya. Tetapi Adelia sudah punya pilihan hati, kerana ketelanjuran janji adelia pada keluarga, pinangan Luqman
terpaksa diterima.


Laila pula terperangkap dalam dunia pelacuran setelah dijual oleh teman lelakinya sendiri. She end up dgn orang2 yang diupah membunuh Datuk Abdullah (subra dan Jay), mereka berniaga dadah dan perempuan. Laila berjaya menitipkan clue kpd pihak polis tetapi terperangkap sbg pemuas nafsu kpd Jay supaya dpt bersembunyi daripada Subra dan jimmy yg boleh membunuh bila2 masa saja.


Menarik juga bila Laila sebenarnya anak kepada tukang cuci di syarikat Luqman, wanita tua itu rupa2nya ibu tiri Luqman. Masa baca mula2 tu ingat ker Makcik Munah tu ibu sebenar Luqman, tapi rupa2nya ibu kandungnya masa sikap cemburu isteri pertama. Penculikan Adelia menjadi titik permulaan segala-galanya terungkai.


ish.. banyak yg menarik, kena baca la kalau nak tau citer nyer..


Tak sangka ada watak SUHANI dlm citer ni! hehe sama nama ngan adik kiter! tp di muka surat 302 ada kesilapan nama suhani kerana nama salina telah digunakan.. maybe tersilap taip kot. or asalnya RAM nak guna nama Salina but then tukar kepada Suhani?


sure fine whatever


terbitan alaf 21 sdn bhd
sinopsis belakang buku:


Balas dendam, pencarian keluarga kandung, keadilan, kasih sebuah
percintaan, air mata dan kesetiaan seorang lelaki yang bernama suami,
adalah satu janji yang melingkari hidup Luqman.

Tragedi pembunuhan ayah Luqman, telah membuka satu rahsia yang menjadi
hijab jalur pengkhianatan. Pada ketika inilah Luqman menemui Adelia
Mustapha. Kasih dan cinta Luqman, rupa-rupanya menjadi racun berbisa
di hati Adelia.

Janji yang begitu teguh di hati Luqman akhirnya membawa musibah.
Dengan segala kudrat, Luqman berusaha bangkit untuk menggapai janjinya
semula. Dan di hadapannya ada seseorang yang telah menghulurkan tangan
untuk membantu Luqman melaksanakan satu janji yang pernah terungkai.

Review 139: Hijab Sang Pencinta by Ramlee Awang Murshid


Bagi aku Hijab Sang Pencinta mungkin tak sehebat siri pertama dan kedua novel ini tetapi ia adalah kesinambungan yang wajib diikuti pengikut setia kisah ini. Rasanya Saifudin akhirnya sakti kerana dia telah berjaya menggapai awan, sbb kan dia naik flight dalam citer ni. hehe.

Hijab Sang Pencinta by Ramlee Awang Murshid
Terbitan Alaf 21
Cetakan pertama 2008
RM 19.90
520 mukasurat
isbn 9789831243855


"Dendam itu bara
Marah itu api!"


Excitednya nak baca citer ni. Aku memang suka sangat2 dengan Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu. Memang kisah2 yang menakjubkan dan membuatkan aku hooked dengan buku2 nih. Ntah mengapa aku kurang hooked dengan Hijab Sang Pencinta. Bukan kerana endingnya. Aku agak berpuas hati dengan endingnya. Mungkin kerana terasa seperti membaca versi lain Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu. Lagipun Manggala tu tak der lah ngeri sangat kalau nak compare dengan Nyi Burga Kelara tu.


Kalau dlm Bagaikan Puteri, Haryani terperangkap di zaman Laksamana Sunan, dalam Cinta Sang Ratu pulak Dani terperangkap dalam tubuh Senggara, kali ini giliran Laksamana Sunan pula terdampar di zaman kita, di dunia Dani dan Haryani.


Kelakar betul scene Laksamana Sunan nak pakai jeans ngn t-shirt ketat. haha sabo jer aku. Laksamana Sunan kata "Subhanallah... seksanya pakaian zaman ini". Iyo lah tali pinggang yg ada buckle tu dia pi ikat ketat2 macam baju taekwando, mau tak sengkak ulu hati. hehe.


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:


RASA rindu terhadap keluarga menggamit hati Saifudin merentasi Tanah Sumatera untuk pulang ke Punggor, Tanah Melayu. Namun, kejahatan seolah-olah memburunya. Setiap langkahnya dibayangi halangan yang tak berkesudahan.


Berita kepulangannya di Tanah Melayu sampai ke pengetahuan Sultan Melaka. Kemarahan baginda kerana tidak dapat mengahwini Haryani menyebabkan dia mula menjadi buruan orang istana.


Saifudin lari ke gua. Di situlah bermulanya satu lagi keajaiban. Jasadnya berpindah merentasi hijab masa untuk sampai ke abad 21. Sekali lagi Saifudin bertemu dengan Haryani dan kisah cinta yang melangkaui masa mekar semula.


Namun, kejahatan yang senantiasa mengiringi setiap injak kakinya masih mengekori. Kali ini tebakan musuh durjana mengakibatkan sengketa yang tercetus di langit berlaku lagi.


HIJAB SANG PENCINTA - pelengkap trilogi Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu ini sarat dengan konflik hingga ke akhir. Lagenda minda, Saifudin atau Laksamana Sunan ciptaan Ramlee Awang Murshid sekali lagi menggentar perasaan dan menggetar naluri anda yang menghayatinya. Ikutilah epik thriller ini...

Review 138: Cinta Sang Ratu by Ramlee Awang Murshid


Kesinambungan Bagaikan Puteri ni pun aku enjoy sangat2 walaupun dah beberapa kali aku ulang baca. Memang karya yg tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. Siri novel ni lah yg membuat aku sedar yg bukan cerita yg tentang cintan cintun saja yg memenuhi citarasa aku, kisah2 adventure thriller pun sangat best kalau kena gayanya :)


Cinta Sang Ratu by Ramlee AWang Murshid
Terbitan Alaf 21 Sendirian Berhad
Harga : RM 19.90
Halaman :572


"Tatkala cinta berbisik suaranya memuji TUHAN. Pabila rindu terusik, rasulnya jadi pilihan."


Sambungan Bagaikan Puteri ni memang menarik, best! :) seronok dpt baca kisah mistik yg mcm nih, ada kepuasan. Macam ada sambungan jer, kasih Dani belum bersambut, ala.. Haryani tu ego sangat la.. tapi ada signal2 positif, kira ok la tu :)

Cara penulisan yang berterusan dari 'Bagaikan Puteri', watak Saifudin masih kekal teguhnya, watak Ratu Sulaman memang menarik (nama sulaman ni sebab mak angkat dia a.k.a maharani tu suka sulam-sulaman ke? hehe). Ada perkara yang mudah diteka dan ada juga yang tak dijangka langsung hingga bisa membuat pembaca tersentak. And tht element is good in a story. Tak sangka watak Dani pun ada terlibat dalam 'crossline' antara abad ke 15 dgn abad sekarang sama macam Haryani dulu cuma bezanya dia tak koma, dia jadi hilang ingatan dan tidak siuman. Lepas Dani terselamat dari tsunami tu ada tak ek dia or Haryani terserempak dgn Carra Lina yg pi cari Ichlas kat Acheh? hehe.. ter cross over masuk citer 'Bahtera kasih' la pulak.

Kisah kali ni

Di abad ke 15.

Saifudin yg cedera selepas terkena panah sihir Ratu Sulaman memang dlm keadaan parah. Ratu masih teringat2 wajah suci SAifudin yg mengucapkan sebagai insan dia sayangkan ratu. RAtu tu siap pi skodeng SAifudin and tak sangka2 dia jatuh cinta dgn SAifudin, siap ushar2 lebih2 lagi sampai kena tegur. Dia turut terpikat dengan kesabaran dan sifat lemah lembut saifudin hingga membuka hatinya utk meminta saifudin ajar dia ilmu yg saifudin guna. Kebijaksanaan dan kesabaran Saifudin menjadikan Ratu rela memeluk Islam dan selepas melafazkan kalimah Syahid seluruh sihir di badannya terlepas, masa rawatan tu aurat Ratna (nama asal ratu) dgn saifudin diragui lalu saifudin sudi memperisterikan Ratna. syokla Ratna tu, pucuk dicita ulam mendatang. Ratna jadi muslimah sejati tapi ibu angkatnya Maharani yg maha jahat tetap mahukan waris takhtanya kembali, Ratna dikidnap hingga memaksa Saifudin belayar ke Pulau Utara utk menyelamatkan isteri tersayang. Maharani tak dapat melembutkan hati Ratna so dia gunakan ilmu sihir utk mengembalikan Ratu Sulaman yang kejam. Part yg ternanti nanti adalah pertarungan antara Ratu Sulaman dgn Saifudin. Err masa SAifudin dpt kalahkan Maharani tu kan dia ukirkan kalimat alif-lam-lam-ha di dada Maharani utk membuang sihir, hehe masa tu terus teringat masa kecik2 dulu kalau ada barang kesayangan mesti nak tulis alif lam lam ha tu diikuti dengan lafaz 'sapa amik berdosa'.. *sambil tulis alif-lam-lam-ha kat kulit buku Cinta Sang Ratu* :p

Zaman sekarang...

masa tsunami, Dani diselamatkan oleh Pak Mustakim serta anaknya Saliha. Dani ni macam mereng sikit. Ntah rasa apa membawa Haryani ke Aceh utk mencari Dani tapi dalam perjalanan, dia terrrrrrrrrsinggah di Manggala, kampung yg hampir pupus dan didiami oleh manusia serigala. Pak Mustakim, Saliha dan DAni pegi ke Manggala utk memulihkan Saliha yg disyakki masih mempunyai darah Manggala kerana Pak Mustakim ni sebenarnya keturunan Manggala yg sudah insaf dan beriman dgn ALLAH. Kehadiran Haryani tepat pada masa jasad Dani di abad 15 ditikam Saifudin (ni kena baca sendiri kalau nak tau kisahnya). Dani terus jadi siuman semula dan perjalanan mereka di Manggala tu memang penuh debaran la. Haryani tu calon perawan ke 100 utk menghidupkan semula baka awal Manggala. Kalau ikut nak cerita kat sini memang la banyak, exciting.. tapi kena baca sendiri lah :) thanks Ramlee Awang Murshid.

sure fine whatever
Rinn

Sinopsis belakang buku:

Cinta Sang Ratu
laksana langit mencengkam purnama,
ibarat mutiara di lautan biru
saujana mata memandang, seluas langit terbentang.

Tatkala cinta berbisik, suaranya memuji TUHAN
Pabila rindu terusik, rasulnya jadi pilihan.

Sampai masanya cinta jadi taruhan
Sang Ratu menjadi impian.

Akhir Kurun ke 15: Ratu Sulaman terus memerhatikan kerumunan orang ramai. Dia tertinjau-tinjau dan mengharapkan Laksamana Sunan segera bangkit. Seketika tadi dia berjaya melepaskan sebilah anak panah tepat ke belakang lelaki itu. Jantungnya kini bagai direntap kasar apabila melihat jasad Laksamana Sunan diusung beramai-ramai. Hatinya rawan teringatkan ucapan lelaki itu kepadanya.

"Sebagai manusia, aku sayang kepadamu."

Awal abad ke-21, bersendirian di bilik tidur, Haryani meraih ingatannya kepada Dani. Lelaki yang telah menyelamatkan nyawanya itu kini hilang sewktu tsunami melanda Aceh. Harapan untuk Dani hidup amat tipis. Tidak mungkin Dani selamat dari badai ombak itu. hanya kata-kata Dani sahaja yang menjadi pengubat resahnya.

"Haryani, walau apapun yang berlaku, saya tetap mencintai dan menyayangi awak."

Dua wanita dari dua zaman ditakdirkan mencari lelaki-lelaki yang pada mulanya mereka benci. Dan, akhirnya bertemu dengan orang yang dicari. namun, apakah lelaki-lelaki yang ditemui itu masih memegang kata-kata mereka sebagai satu janji?

Cinta Sang Ratu...
Mengulang kisah perkelahian di langit
yang berlanjutan kepada peperangan di bumi
semata-mata kerana cinta.

Sinopsis di website Alaf21

Pastinya anda ingin mengetahui cerita seterusnya setelah membaca Bagaikan Puteri. Apa yang berlaku kepada Laksamana Sunan dan Haryani? Akhir kurun ke-15, Ratu Sulaman terus memerhatikan kerumunan orang ramai. Dia tertinjau-tinjau dan mengharapkan Laksamana Sunan segera bangkit. Seketika tadi dia berjaya melepaskan sebilah anak panah tepat ke belakang lelaki itu. Jantungnya kini bagai direntap kasar apabila melihat jasad Laksamana Sunan diusung beramai-ramai. Hatinya rawan teringatkan ucapan lelaki itu kepadanya.

Awal abad ke-21, bersendirian di bilik tidur, Haryani meraih ingatannya kepada Dani. Lelaki yang telah menyelamatkan nyawanya itu kini hilang sewktu tsunami melanda Aceh. Harapan untuk Dani hidup amat tipis. Tidak mungkin Dani selamat dari badai ombak itu. hanya kata-kata Dani sahaja yang menjadi pengubat resahnya.

Inilah kisah pertembungan dua zaman yang pastinya membuatkan anda sayang sekali untuk meninggalkan walaupun satu perkataan kerana ceritanya semakin PANAS!!!

Review 137: Bagaikan Puteri by Ramlee Awang Murshid


Tak kira berapa kali baca karya ni, aku tetap suka walaupun endingnya entah happy entah sad. Tapi perjalanan cerita tu cukup menarik dan mengujakan :) Ni aku paste kan review yang penah aku buat.

Bagaikan Puteri by Ramlee Awang Murshid
Terbitan Alaf 21 Sdn Bhd
RM19.90
580 mukasurat


"Awan... kalau dapat kucapai maka saktilah hamba."


sebuah ceritera epik thriller.


memang action adventure lah citer nih. olahan citer fiksyen yg diselang seli dengan mitos dan fakta memang menarik minat saya.. tambah2 den suka bebenor citer2 epik, mistik dan science fiksyen spt lord of the rings, x-files, charmed, starwars. hehe apa kaitan dengan novel ni? sepanjang membaca buku ni saya tak dpat lari dari membuat perbandingan dengan citer2 yg saya sebutkan di atas. X-files memang saya minat giler sampai kalau dikatakan menjadi salah satu dari 'monster of the week' pon saya tak kisah! :)

apa beza laksamana sunan dgn hang tuah? hang tuah menentang musuh yang cuba memporak perandakan melaka dan beliau patuh dgn sultan melaka manakala laksamana sunan menentang musuh-musuh mistik, manusia2 yang bertuhankan iblis dan beliau amat patuh kepada Allah S.W.T.

saya ni memang penakut sikit bab2 melibatkan watak2 mistik pontianak, kuntilanak, hantu bota (dlm citer ni dipanggil balan-balan) dan yang sewaktu dengan nya.. tapi disebabkan citer best, kugagahi la jugak. hehe.. Haryani tu kira berani giler sbb biler dia sedar siapa Balan tu dia tak der la mcm ngeri sangat.. kalau org lain dah lama pitam.

Cara musuh2 laksamana sunan mati macam watak2 demon dlm charmed lah.. sama ada menjadi debu, terbakar, hilang bersama asap.. pertarungan Wali Sufi dengan Purba Hitam patuh pada Nyi whatsoever tu membuat saya terbayang pertarungan Yoda dengan Darth Vader yg patuh pada Sith Lord. ermm tentu wali sufi ngan purba hitam tak gunakan lightsaber.. hehe.. JQ, i missed you ;) lagi satu, kurun ke 15 dah ada telekomunikasi wireless hehe.. cara wali sufi di Acheh berhubung dengan Saifudin/laksamana sunan di tanah melayu melalui hubungan telepathy, tak yah top up atau bayar bil. Sian Laksamana Sunan dok cuba cari line nak contact wali sufi tak dapat2 rupa2nya org tua tu dah mati di tangan purba hitam yg meracuni makanannya.

Bila Nyi whatsoever menyebut 'tiada lelaki yang buleh membunuhku' terus mengingatkan saya kepada citer Lord of The Rings. Dark Lord yg bangga dengan kekebalannya bangga menyatakan "no man can kill me" akhirnya rebah selepas dicantas oleh seorang wanita yg turut turun ke medan perang dgn menyamar sebagai lelaki. selepas mencantas Dark Lord, wanita itu berkata, "I'm no man!"

ok! enough with the perbandingan, kalau nak ikutnya kepala den ni macam macam nak diluahkan. This book really stimulate my brain lah. serba sedikit tentang "bagaikan puteri". Haryani yang koma setelah menjadi mangsa ragut terperangkap di akhir abad ke 15 dan bertemu dgn Laksamana Sunan. Mereka bercinta tanpa meluahkan perasaan.

Dani yg melihat Haryani terlantar koma buat kali pertama terus jatuh cinta dan mahu mengahwini Haryani apabila dia sedar nanti. Darah keluarga Laksamana sunan yg mengalir dlm dirinya membulehkan dia berinteraksi di alam perantaraan dgn Haryani. Cinta Haryani kpd Laksamana Sunan terlampau kuat dan dia enggan kembali ke abad 21.

Cakaran Nyi Burga Kelara menjadikan Haryani dihuni makhluk penyembah iblis dan tak akan cure sampai bila2, memaksa Laksamana Sunan membenamkan keris silver keris nanggroe ke jantungnya dan melantunkan kembali Haryani ke abad 21 tanpa rela.. masa tu di abad 21 Haryani sudah siap dikapankan dan sedang terbujur di liang lahad!

kena baca to feel the excitement.

sure fine whatever
Rinn

Terbitan Alaf 21 Sendirian Berhad
Sinopsis belakang buku:

"Apabila hujan turun, melimpahlah air dari perbukitan, aliran menujah ke batu, melekuk tanda waktu beralih, seiring nyawa menghanyut usia, sejalan nafas melangkah ke hujung."

Haryani dan Laksamana Sunan.. saling jatuh cinta. Pertemua kedua insan ini dalam satu dimensi di luar batas jangkauan manusia, malah sukar diterima logik akal. Mereka dari zaman berbeza.

Haryani terperangkap dalam perkelahian antara kebaikan dan kebatilan manusia. Perjalanan yang panjang, penuh ranjau dan cabaran membuatkan Haryani dan Saifudin mendiamkan sahaja cinta yang terpendam.

Dani... pertama kali melihat Haryani yang terlantar koma di hospital terus jatuh hati. Dia berusaha membawa Haryani kembali semula ke abad 21.

Antara dua lelaki, Haryani terpaksa membuat pilihan. Antara dua nyawa dalam jasadnya; sama ada tinggal bersama Laksamana Sunan pada penghujung kurun ke 15 atau kembali semula ke abad 21. Tiada dua kehidupan dalam zaman yang berlainan. Salah satu kehidupan itu mesti mati!

BAGAIKAN PUTERI... penuh konflik, tragedi, pengembaraan, mistik dan magik. Hanya kerana cinta... manusia sanggup berperang!

Read Malaysia 2010


Salam All,

Aku pun tak perasan book fair read malaysia ni. Semalam dpt emel dari kaksu NB kara, barulah aku tau. Mcm tak der promotion sangat lah pulak. tapi NBKara ada release buku baru! Join venture penulis Norhayati Berahim ngan Anuar Kamarudin, diorang kira berduet la kot dlm satu novel ni. hihi. Boleh dapat kan kat Read malaysia 2010 ni yang diadakan di MIECC, Mines Resort City.

Sabtu Ahad lepas aku tak tau yg pesta buku ni dah berjalan, kalau tak boleh la jugak jengah2. Weekend akan datang ni ada lagi, kalau ada sapa2 nak jengah. aku tak bleh pi lah, aku balik kampung, ada program baek punyaaaaa dgn famili ;)


boleh ke http://www.readmalaysia.my/ untuk maklumat lanjut :)

Friday, June 4, 2010

Review 136: Dengan Sepenuh Hati by Qaseh Qaisara


Dengan Sepenuh Hati
Penulis: Qaseh Qaisara
Terbitan Fajar Pakeer
RM19.90
Sabah/sarawak: RM22.90
cetakan 1: 2009
483 mukasurat
isbn 9789833880799


"Sekali jatuh cinta, selamanya kekal cinta."


Kisah bagaimana sebuah persahabatan berubah menjadi cinta sejati tanpa kedua-dua menyedarinya. Masa zaman skolah Ashiqah dan Harris bukanlah set2 pelajar genius. SPM pun diorang kantoi. Namun mereka mempunyai semangat yg sama utk meneruskan hidup dan saling menyokong.


Mereka mula bersahabat sejak zaman skolah tambah2 setelah Harris menjumpai surat 'salam perkenalan' dari Ashiqah utk abg tirinya, Fahmy. Harris menjadikan surat itu sbg modal utk mengusik Ashiqah. Harris yang sering disalah tafsir oleh semua org di sekolah menjadi orang yang paling disenangi Ashiqah. MEreka serasi walau sering bertekak.


Fahmy sekadar mengenali sahaja Ashiqah yg turut digelar bini popeye oleh Harris kerana saiz Ashiqah yg macam papan plywood.


sedih la part Harris kena libas ngan tali pinggan bapak dia tu. Fahmy tu la kaki report. Lepas kena libas tu Harris makan dgn lahap nya. Seharian dia tak makan. huhu... memang sedih kalau org lapar kena pukul.


Disebabkan tak cemerlang SPM Harris mengajak Ashiqah sama2 bekerja dengannya di Chalet milik ibu tirinya (ibu Fahmy). Di sana persahabatan mereka semakan akrab dan cinta berbunga dlm diam di hati masing2. Dua2 tak berani meluah perasaan. Ashiqah pun tak perasan sejak bila Harris sangat suka pakai baju t-shirt yg ada gambar popeye. Bg Harris tu mungkin cara nak menunjukkan pada Ashiqah kalau Ashiqah bini popeye, dialah popeye nya. haha dua2 mengong!


Setelah 5 tahun bahagia bekerja bersama, Fahmy kembali dari luar negara. Keangguhan makin terserlah seiring dengan kematangan usianya. Ashiqah yang tak dipandangnya dulu sudah menjadi wanita yg cantik jelita. Dengan perasan nya dia menganggap Ashiqah masih lagi syok kat dia macam zaman skolah2 dulu. Ashiqah ni set2 minah blurr yg lambat tangkap. dia tak perasan langsung dgn perasaan Fahmy kepadanya. Fahmy siap bgtau mak dia yg Ashiqah dah setuju nak kawin dgn dia.


Harris frust giler. Gadis yg dipuja2 bertahun2 lamanya nak disambar abang tiri sendiri. Tula awai2 takmau luah perasaan. Hampir2 dia menggigit jari. Nasib baiklah mak Fahmy tak berkenan dgn Ashiqah yg dianggap tidak layak utk Fahmy kerana tidak berpendidikan tinggi. Baginya Ashiqah lebih layak utk Harris.


Hampir2 Harris nak membawa hati yang luka balik ke KL. Nasib baiklah dia terdengar sesi luahan perasaan antara Ashiqah dan Sutinah. Bahagianya dia tak terkata rupa2nya Ashiqah pun syok kat dia jugak. Bahagia Harris berganda2 apabila ibu tiri yg tak penah bercakap elok dengan dia tiba2 jer datang dan sudi menguruskan pernikahan antara dia dan Ashiqah sesegera mungkin. Bukan tu saja, Chalet tu telah diserahkan sepenuhnya kepada Harris dan Ashiqah. Sebenarnya ibu tiri dia tu nak pastikan Fahmy melupakan Ashiqah sbb dia nak kawinkan Fahmy dgn Umairah, anak saudaranya yg kaya raya supaya Fahmy buleh mewarisi harta mereka kelak.


Memang la kesian kat Fahmy tapi memandangkan sikap dia yg eksyen dan perasan bagus tu, biaq pi padan muka dia. heh heh.


lawak la NAjwa Hartini, kawan baik Ashiqah dari zaman skolah tu. Dia memang sejak azali tak bekenan Harris kawan dgn Ashiqah. Yerla mamat tu set2 muka yg selalu kena rotan kat depan perhimpunan. Dia beriya gi cari Harris utk warning jgn dekat dgn Ashiqah. Skali lepas penat beleter tu tengok2 Ashiqah dah mengandung pun. haha... lambat betui bertindak.


pg. 475

"Bye, bye, aunty. Jangan selalu datang sini. Ayah saya tak suka..." Harris mengajuk suara budak-budak.

"Bukan aku cakap. Ini anak aku yg cakap," kata Harris sambil tergelak kecil.


sure fine whatever


sinopsis / blurb


Ashiqah sukakan Fahmy, seorg pelajar tingkatan enam. Lantas sepucuk surat berwarna merah jambu berpindah tangan. Namun surat itu juga lah buat Ashiqah tidak serupa orang buat beberapa ketika. Kerana tidak serupa orang itu, akhirnya Ashiqah terlibat dengan satu insiden. Dia terlanggar Harris, pelajar tingkatan 5 yang juga merupakan adik tiri Fahmy.


Episod pelanggaran itu buat Harris mula terkenang-kenang akan Ashiqah. Membawa pula pertemuan kepada surat merah jambu di bilik Fahmy. Harris menggunakan surat merah jambu sbg alasan utk mengusik Ashiqah dan akhirnya mereka mula menjadi sahabat yang paling akrab.


Persahabatan yg bermula dari zaman persekolahan membuahkan rasa cinta namun cinta itu hanya kekal menjadi sebutan dalam hati kerana setia keapda persahabatan, sehinggalah Fahmy muncul semula. Ashiqah yang tidak pernah dipandang awalnya, mula mencuri perhatian Fahmy sekali gus menggugat kasih Harris terhadap Ashiqah.


Sebenar-benarnya, siapakah yg paling layak menerima cinta Ashiqah? siapa pula mahu Ashiqah dengan sepenuh hati?

Wednesday, June 2, 2010

Review 135: Berteman Rindu by Qaseh Qaisara & Sarnia Yahya



Berteman Rindu
Penulis: Qaseh Qaisara & Sarnia Yahya
Terbitan Fajar Pakeer
Dwilogi Cinta
RM19.90
Sabah/Sarawak RM22.90
isbn: 9789833880942
493 mukasurat


Kisah pertama dalam 'Berteman Rindu' ini adalah karya Qaseh Qaisara. Aku rasa penulisan QQ lebih berkesan dalam menulis cerita pendek. kisahnya yg biasa2 jadi menarik dengan sentuhan nya yg tersendiri. Kisah ini tentang Amal, gadis dari kampung yg ingin mencuba nasib mencari kerja di kota. Pekerjaan yg diterimanya menemukan dia dgn bos muda yg garang, eksyen dan bongkak, Hakim. Hakim ni jenis masuk kerja ikut suka hati. Dia ni macam tak minat nak kerja sbb dia tengok tak de point pon kerja berat-berat, kaya raya tetapi hidup kosong. Hakim lebih senang meluahkan perasaan dgn pakcik Ehsan yg lebih bertolak ansur dan melayannya spt seorg anak berbanding ayahnya sendiri yg lebih banyak mengarah itu ini.


Memang first time jumpa Amal, dia dah tersuka tapi tak reti macam mana nak menunjukkan perasaan dia. Dia lebih suka menarik perhatian Amal dgn cara marah2. Hanya dgn cara tu dia dpt berdepan dgn Amal. Kesabaran Amal menjadikan Hakim jatuh cinta dan berubah sedikit demi sedikit sebelum betul2 berani mendekati dan meluahkan perasaan kepada Amal.


Hakim ada tarikan tersendiri dan sikap Hakim yg semakin berubah menarik perhatian Amal. Semasa mereka mula menyulam cinta, Emma pulak muncul mengacau. Emma ni sepupu Hakim yg mahu dijodohkan dengan Hakim. Bapa Hakim tak nak harta mereka jatuh ke tangan org luar. Mak Hakim memang cukup tak bekenan dgn Emma yg perasan bagus dan bangga dgn kecantikan sendiri tu. Yg best tu mak Hakim siap galakkan dia lari dari rumah dan pegi cari Amal daripada dok rumah dan berkawin dgn Emma. Lepas tau Amal tu ada hubungan cinta dgn Hakim, bapak Hakim terus pecat dia dan dia balik kg, kerja kat chalet ibunya.


Percutian tak terancang Pakcik Ehsan ke cherating menemukan dia dgn Amal sekaligus dengan isterinya yg telah lama menghilangkan diri angkara fitnah. Penantian dan pencarian Pakcik Ehsan berakhir dan amat membahagiakan dan dia nekad tidak mahu nasib yg menimpa dirinya dan isterinya tak akan berulang pada Amal. Dia akan pastikan Hakim akan berkahwin dgn Amal.


Rupa2nya dalang pemisah antara Ehsan dan isterinya adalah Salina, ibu Emma. Salina tu syok kat Ehsan tapi Ehsan memilih utk berkahwin dgn sorang model jelita. Fitnah telah memisahkan mereka namun kesetiaan kedua2nya tidak sia2 apabila mereka bertemu semula setelah hampir 24 tahun terpisah.


Bapak Hakim sudah tak keberatan nak menerima Amal kerana Amal tu anak kawan baiknya. Hakim suka ar sampai tak sabar2 nak menikah malam tu jugak. Malam tu saja dua kali dia kena sekeh ngan mak dia sbb gatai semacam.
----------------

Kisah kedua dalam 'Berteman Rindu' adalah karya Sarnia Yahya :) antara penulis fajar pakeer yg terkenal. Sentuhannya dalam kisah jiwang-manis masih ada tarikan seperti karya2nya yg lain. Peminat2 Sarnia jgn ketinggalan membaca karyanya yg ini ya.


Kisah kali ni tentang Najla yg kecewa apabila Anas memutuskan pertunangan mereka 7 tahun yg lalu kerana berkahwin dgn perempuan lain ketika belajar di luar negara. Kepulangan Anas mengganggu ketenteraman hidup Najla yg masih bersendirian. Anas percaya dia masih berpeluang menebus kesalahannya terhadap Najla sekeluarga. Tetapi cabaran buat nya kerana terpaksa berhadapan dgn keluarga Najla yg telah dipalit malu seumur hidup.


Anas makin bersemangat bila ada saingan dari Hanif. Najla memutuskan utk menolak lamaran dari kedua2 jejaka itu. Anas tidak berputus asa, dia yakin keputusan Najla utk hidup sendirian adalah kerana masih ada perasaan cinta utknya cuma dia sudah serik utk ada sebarang hubungan dgn Anas lagi. Anas semakin berani mendekati Najla, tambah2 apabila mendapat sokongan dari ibunya yg memang dah anggap Najla seperti anak sendiri dan Najla sendiri tidak dpt menolak hakikat yg dia sayangkan ibu anas sebagaimana dia sayangkan ibu sendiri.


Lawak la part Anas kat spital lepas eksiden tu. Dia selubung sampai kepala sbb susah nak tido siang2 yg si Najla ingat dia dah mati. Penat jer nangis. hehe.


Peluang itulah yg digunakan oleh Anas utk merebut kembali hati Najla. Macam2 trick dia buat. :)

sure fine whatever






sinopsis/blurb


Sejauh mana pun mereka membawa diri, Najla dan Amal tidak mudah melupakan segala yang pernah menjadi milik mereka. Bukan mudah melupakan segala yang pernah menjadi milik mereka. Bukan mudah juga untuk mereka merelakan perpisahan. Bukan juga mudah melupakan kepergian.


Amal tahu dirinya hanya gagak di rimba dan Hakim umpama merak kayangan. Sudah ditakdirkan Hakim itu tidak untuknya. Namun bukan salahnya apabila kasih setia tercipta utk lelaki itu. Najla sedar cintanya kepada Anas Salihin tidak pernah pudar walau jarak dan waktu memisahkan mereka. Namun, Najla tidak sanggup untuk terus berharap apabila terbukti cinta itu tidak berpihak untuknya.


Apakah benar Amal dan Hakim tidak berhak untuk bersama hanya kerana dunia mereka berbeza? Dan, selama mana pula Najla dan Anas terdaya menyembunyikan rahsia hati? Selama mana mereka rela berteman rindu sedang di hati ada cinta menemani?

Review 134: Diari Mat Despatch by Bahruddin Bekri


Diari Mat Despatch
Penulis: Bahruddin Bekri
RM9.90
Sabah/Sarawak: 10.90
9789675406522
155 mukasurat
PTS O.N.E Sdn. Bhd.


Bersedialah untuk tersenyum dan tergelak. Penulisan ini mungkin kelihatan sangat polos dan innocent tetapi bagi aku ianya sangat sarat dengan kata2 sinis yang penuh teguran dan kata2 penguat semangat. Banyak kata2 peniup semangat yg sesuai dijadikan pegangan hidup. Ayat2 mudah yg dipersembahkan dalam naskah ini mempunyai maksud yg mendalam dan jadikan ia penanda aras dalam kehidupan seharian kita. Ini adalah cerita biasa yg kita sendiri laluinya, cuma ia mengajak kita berfikir sambil melalui nya.


Kisah ini tentang seorg mat despatch yg mempunyai ijazah. Dia tidak memilih kerja lantas menerima kerja sbg mat despatch. Pada masa yg sama dia cuba2 mencari kerja sampingan utk menambah pendapatannya. Dia menaruh harapan utk diterima sbg editor sambilan, dia perlu mengambil ujian Bahasa Melayu Tinggi (BMT). Lalu dia mengambil keputusan utk menulis diari harian kisah hidupnya dengan menggunakan Bahasa Melayu Tinggi utk menajamkan lagi penggunaan bahasa melayunya dan membantunya lulus dalam ujian BMT itu nanti. Setiap hari dlm catatannya dimulakan dengan Tip2 Bahasa Melayu Tinggi yang mudah tetapi kita tidak ambil tahu mengenainya walaupun kita dulu pernah mempelajarinya.


Mat despatch ni adalah lelaki biasa yg mudah jatuh hati. Kisah hariannya dihiasi kehadiran wanita2 yg dipujanya dalam diam tapi dia sendiri tidak tahu apakah itu cinta. Kawan2 dan orang2 yg ditemuinya turut memberi nasihat mengenai wanita. Susah juga bagi lelaki biasa sepertinya utk memahami wanita2 yg kompleks. Kisah biasa yg membuat kita berfikir tanpa kita sedari.


antara petikan2 menarik:

page 73
"Betullah malas itu tanda tidak amanah kerana tubuh manusia ini adalah tubuh yang rajin. Bayangkan sahaja sekiranya jantung malas berdenyut dan darah malas mengalir. Pasti tubuh celaka. Jadi apabila malas, aku bukan sahaja tidak amanah kepada bos aku, malah aku tidak amanah kepada tubuh aku yang rajin ini."


page91
"Hidup ini umpama jalan. bukan cepat atau lambat yang menjadi penentunya, tetapi jalan yang bagaimana kita lalui. Walaupun kita pantas tetapi melalui jalan yang salah, kita pasti tetap akan binasa."


Banyak lagi yg menarik yg dikongsikan penulis dalam naskah 'buku laporan sains' yang lain dari yang lain ini :)


sure fine whatever


sinopsis/blurb:


Peringatan:


Kepada sesiapa yg menjumpai buku ini, ini bukanlah buku laporan sains sekolah walaupun ia memang sepatutnya buku laporan sains. Tetapi ini adalah diari. Oleh kerana aku tidak mampu membeli diari, aku beli sahaja buku laporan sains. Jadi apa yg aku mahu beritahu adalah, jangan baca diari ini dan jangan pulangkannya. Buang ataupun bakar kerana apabila membaca diari ini anda akan mengetahui rahsia aku dan aku akan malu.


JADI TOLONGLAH JANGAN BACA.